Thursday, February 16, 2012

ENTRY UNTUK MY BELOVED AMIRA NG :)

HAAAAPPPYYY   BIIIIRTTHHDDAAAAYYYYYY 
MIRA    MIAMORRRRR 



Saya kan, tak tenang sungguh tak ucap birthday awak :( Uhh... Daripada 11 Februari lagi saya berjalan mundar-mandir teringatkan 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari...Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira. Sebab kekangan masa dan FB yg sy dah tutup tu, lambat pulak saya wish birthday awak. Kalau duduk katil sebelah-sebelah, saya selit je terus birthday card celah tilam awak. Bukan setakat tu, saya nak selit hadiah biar bonjol-bonjol tilam awak. Hihi..




Whatever it is,
Maafkan saya Mira..
SEMOGA AWAK PANJANG UMUR + MURAH REZEKI + DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT + BAHAGIA DENGAN FAMILY AND UR BELOVED ONE + CANTIK-CANTIK SOKMO + KERJA DENGAN PALING CEMERLANG (Im proud of u! Bangga pernah satu dorm dari form 1 okey!!) + BFF xoxo + DIMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT + JADI ANAK YANG SOLEHAH PD IBU BAPA + KEKAL BAIK + SEMUA SEKALILAH YANG BAGUS-BAGUS sebab Mira tak pernah tak bagus. Selalu adore kan awak ok :') Masa first-time masuk Tanjung lagi.



Baiklah
HAPPY BIRTHDAY ONCE AGAIN MY DEAR. Muahx


Saturday, February 11, 2012

Which one should I play?

I'm in between..... Ehehehe if you're in my shoes kan, which song will you choose? Yang romantik-romantik la sikit, bulan Februari ni haa. Ohoh memain je.. Eh back to the topic, saya sangat keliru nak belajar/main lagu mana. Oh by the way, I play the piano.. jejejejeje.  Tolong pilihkan untuk saya yang mana nak sambung belajar please...................



  • Who Says by Selena Gomez (I play half song ady!) - sambung lagu ni sampai habis...
  • The One That Got Away by Katy Perry (I play 3/4 song ady!) - belajar bridge and I'll complete the song
  • Secrets by One Republic
  • Set Fire To The Rain by Adele
  • Give Your Heart A Break by Demi Lovato
  • It Will Rain by Bruno Mars (I play half song ady!) - sambung je la lagu ni senang...


Tapi dalam hati nak belajar lagu baru no. 4 tu? hmmm :Pp Malas nak sambung lagu yang dah reti main sikit-sikit. Lolllllll.

Thursday, January 19, 2012

Sempena birthday saya 15 Januari 2012, saya mahu.....

mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang masih menghargai, mengingati, realize my existence dengan mengucapkan ucapan yg meaningful seperti 'happy birthday', 'selamat hari lahir/jadi', even 'hb'. Wpun pendek, itu semua bermakna sangat² tau.. Rase dekat je dgn org yg wish tu dan buat saya gembira tak kepalang. Wah.



Thanks kepada semua yg wish :

1) Mostly kat wall Facebook
2) Message Facebook
3) SMS
4) iMessage
5) Viber
6) MMS
7) Call
8) Face to face
+ mana mana channel dan talian hayat yg ada

20% from whole value

Finally dah selamat reply satu-satu. Ambik masa jugak lah kan nak reply setiap satu wall post sebab sangat berterima kasih. Taknak lah reply copy paste je ucapan yg sama sebab bg saya, org dah wish tu kite kene lah berterima kasih lebih sikit.... :D Bukan selalu orang nak bertegur sapa ngan kite nie... Thanks all.




Special thanks untuk semua yg berkorban celebrate walaupun tak di suruh. Terharu sangat :

(Yang ni taknak list ikut nombor sbb semua eksklusif dan semuanya sy prioritize)

- Housemates yg bertungkus lumus hadiahkan glossy choc cheese cake bertatahkan macaron yg sedap ni..
- Family yang tak putus-putus bagi kasih sayang  + bagi tuuuuut dan rabito, bawak pergi klinik, jaga saya time saya terhuyung hayang nak pengsan minggu ni sobs. Bagi itu ini semua yang terbaik tanpa di request. Waaaaa terharunyeeeeee
- Whom it may concern yg belanja makan makanan 1st class.
- People yang bagi gifts
 



Serius terharu sbb sy tak mengharapkan apa-apa celebration sebab sy takut menyusahkan orang.... huhu. Kalau boleh masa hari jadi, nak duk senyap2 je dalam rumah. Boleh ke? To those yg x listed in any categories kat atas ni, takde masalah :):) Seriously takde masalah....Lagipun sekarang musim exam kan? Cumanyaaaa sy risau mereka ni terasa hati dgn saya sampai dendam tak nak bertegur sapa. I am really sorry :) Semoga ukhwah yg sedia ada terjalin tak putus sampai situ je tau. 



Thanks again buat semua yg appreciate my existence dan doakan lah ye kesihatan saya, haritu saya kena intramuscular injection sedas & intravenous injection sedas. Sakit gile IM injection. Kenapa? taknak bagitau dan takkan bagitau. ~___^ Adoii.


Friday, August 12, 2011

Nasihat Abah yang terkesan di hati..... :'D

Harini 11/8/11.. Cantik sangat tarikh birthday Abah kali ni. Memang once in a lifetime saja dapat tarikh secantik ni sebab nanti tak dapat dah.. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Kalau tahun 2111, mesti jadi 11/8/111.. Nampaknya kena tunggu 11 Ogos 3011 baru dapat 11/8/11 lagi sekali, which is impossible..


Birthday abah jatuh pada 11 Ogos / 11 Ramadhan.. Kita tak sambut dengan kek & candle blowing, Abah tak suka.. So, untuk solat terawih malam ke-11, Abah bawak pergi Masjid Putra, Putrajaya.. Best sangat sebab ramai sangat orang. Parking full macam solat raya dah :) Bila jalan kaki nak masuk main gate yang besar tu, ramaaaai sangat orang feeling macam kat Mekah. Tapi takleh lawan Mekah la, Mekah lagi amazing!


Eh? Jap!!! Tapi bukan nak cakap pasal ni.. 

Haritu Abah ada pesan something yang mengubah pandangan pada kehidupan. Tink* ehee. Emmm, Abah memang motivator terbaik! His words are wise...

Abah pesan... 
Dalam apa pun situasi, susah dan senang, saya tak boleh tinggal doa. Saya tak boleh berpuas hati dengan apa yang saya ada dan capai sebab saya tak tahu apa yang akan jadi in the future, sebab semua ni kerja Allah. Sepatutnya kalau saya berjaya, saya lebih tingkatkan doa. Bukan berdoa time susah saja. Kejayaan ni tak kekal tanpa izin Allah. 


Sebagai contoh, saya tak boleh bangga kalau saya dapat 4 pointer semasa study (contoh saja) sebab tak semestinya kerja besar.. Saya tak boleh bangga ada mata comel Selena Gomez (sah-sah la contoh yaaa kawan-kawan sekalian) mana tahu one day buta. Semua di luar jangkaan kita. Abah pesan, jangan main-main ya :) Rezeki dari Allah, Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Apa yang perlu saya buat, ialah banyakkan berdoa untuk bekalan hari mendatang... Kuasa doa sangat powerful dan kuat :'D


Tapi doa pun kenalah secara beradab. Saya kena patuhi semua adab berdoa. Dan yang paling penting abah pesan, mestilah merendah diri dan berlapik semasa berdoa. Pertama sekali, kena banyak istighfar sebab kita manusia mestilah banyak dosa. Sangat tak sopan yaa buat jahat tapi berdoa nak yang best-best jer... mintak masuk syurga terus. Amboi doa nak yang best je tapi beramal cincai-cincai jer :P Tebal betul muka you yer...  Mula-mula kena mohon keampunan dulu.. Siapalah kita ni nak mintak lebih-lebih terus.


Saya  : Abah, macamana pulak kalau berdoa yang kita ingat saja? Tak ingatlah doa panjang2...
Abah : Sebab tu kena manage doa. Tingkatkan usaha cari doa-doa yang bagus. Himpunkan. Sangat rugi orang yang berdoa cincai dan dunia saja. Mestilah yang terbaik dan include dunia akhirat...


Saya  : Alamak, habistu kalau baca dah dekat 10 tahun (contoh saja) doa versi simple tu macamana? rugilah kak ngah?
Abah : Jangan risau. Doa kena istiqamah. Doa ni bukannya kita baca terus makbul. Kita sendiri tak tau bila Allah makbulkan. Sebagai contoh : Nabi Adam berdoa mohon ampunkan dosanya, menangis sampai pipi terguris (kesan air mata) selama 40 tahun baru Allah ampunkan.. Nabi Nuh pulak, berdoa untuk meramaikan pengikut naik bahtera, tapi hanya 750 saja yang naik bahtera tu dalam tempoh 950 tahun berdoa... Sobs.. Tak perlu risau tentang masa, itu di luar jangkaan kita. Yang penting, kita modified dulu doa kita kalau rasa tak complete :) Makin meaningful kalau baca in a long term, InsyaAllah..



Saya merenung balik, tak salah berkongsi personal life kat public tapi sebenarnya apa motif sebenar kita tulis? - Gaji bulan ni boleh beli 4 butir beg Louis Vuitton. YAY!!! Confirm la nak bagi semua orang tahu pasal ni (walaupun sikit), bahasa kasarnya menunjuk. Kalau taknak, takkan tulis kat public ye dak? Ish2. Riak ni one day akan memalukan.. Tak semua yang kita rancang, menjadi... Kena ada Plan A B C dan D... Nauzubillah...



Bye..

Thursday, August 4, 2011

Girls tak boleh baca 1 hari 1 juzuk.

.


Alhamdulillah.. Puasa tahun ni rasa bermakna sangat sebab indescribable betul susah nak bagitau hangpa... 1) Sebab hati ni tenang sungguh, syukur Alhamdulillah.. 2) Dapat puasa dengan family tercinta dan Mak (nenek).. Seronok sangat tengok mak berselera sungguh makan.. Mak happy. senyum memanjang alololo. Terawih sama-sama terlanggar siku ngan mak hehehe.. Tengok TV ngan mak sambil borak dengan makan buah.. Sebenarnya saya happy tengok umi saya bahagia dan happy *hugs* Bila seorang ibu ni happy, anak dia dapat rasa jugak tau.. Syurga di telapak kaki ibu.. Sekarang ni ada 2 orang ibu di rumah saya dan bila tengok diorang happy, bertenang-tenang betul hati saya. Eh? 




OK lah nak pegi sambung tadarus. Abah dah banyak juzuk nak habis dah 30 juz.. Saya hari ke-3 baru merangkak kat Juz 5.. huhuu kenapa ni tak produktif :(




Oh sekejap nak ingatkan kita orang perempuan..



Kalau nak khatam Quran dalam masa 30 hari, kita tak boleh ikut plan orang lelaki, 1 hari 1 Juzuk.. KENAPA??? Alamatnya tak khatam lah di bulan Ramadhan hehehe sebab kita puasa tak cukup 30 hari.. Period hehehe. Jadinya kita sebagai orang perempuan kena lebih tough sikit paling kurang pun baca 1 hari 1½ Juzuk.. Dalam masa 20 hari boleh lah khatam Al-Quran... Tapi mesti lah kita nak khatam banyak kali kan??.. Kalau nak banyak kali, kena baca 1 hari 2 Juzuk.. InsyaAllah boleh.. Cuba slow-slow dan cuba hayati.. Apa-apa pun, pokoknya kualiti bukan kuantiti :)



1 Juzuk = 20 mukasurat ye :) Banyak pahala ni... When there's a will there's a way :D



.