Wednesday, May 26, 2010

Prosedur Membuka Akaun Simpanan Di Bank Islam

PROSEDUR MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISLAM
Khas untuk orang yang blur-blur, rasa tak yakin, rasa nak tahu flow, nak dapatkan gambaran macamana cara-cara nak buka akaun simpanan di Bank Islam. :) Sekadar berkongsi pengalaman. Manelah tau berguna kan ? ;p


(mifc.com n.d.)



1. Start dari rumah la ye. Pertama sekali, google lah dulu cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah korang. Lepas tu, terus mandi bersiap-siap. Macam saya, saya pilih Bank Islam cawangan UM ;p (jauh tapi saje nak pegi. ahah)



2. Pastikan korang bawak salinan kad pengenalan (A4 sized). Untuk student, bawak salinan surat tawaran universiti (just in case bank officer tu mintak). Meh nak cerita sikit eh. Masa minggu lepas macam tu, saya ada pergi Bank Islam cawangan Kajang. Time tu memang bawak pen je (tak bawak copies langsung). Unfortunately, bank officer tu mintak salinan IC dengan offer letter. In contrast, kat Bank Islam cawangan UM just mintak salinan IC. Saya rasa, lebih baik bawak both copies kalau nak selamat ;) Nanti kalau dia mintak, kita boleh bagi. Kalau tak mintak, simpan je..kan?kan?



3. Sesampai kat Bank Islam tu, orang pertama yang korang kena jumpa ialah Pak Security. Bagitau secara ringkas apa korang nak buat. Nak senang, cakap ni je.. "Assalamualaikum Pak Cik, saya nak buka akaun simpanan". Lepas tu, Pak Security ni serta merta akan tunjukkan kita kepada officer yang bertugas. Malu bertanya sesat jalan kan? Baik tanyeee~



4. Bila depan officer, dia akan layan korang dengan sangat baik. Dia akan terangkan jenis-jenis simpanan yang berkaitan dan korang kenalah decide which one to choose. Setiap jenis tu ada kelebihan sendiri dan korang tanyalah banyak2 kat officer untuk maklumat lebih lanjut k?



5. Lepas dah pilih yang mana satu yang korang rasa sesuai, officer tu akan kasi a pile of forms. ISI BORANG!! haha. banyak ni tau. OK, saya list down yang mana ingat eh. Ada 2 kad tandatangan spesimen, 1 slip cash deposit (untuk masukkan duit simpanan pertama), 1 borang butiran diri, 2 borang akad, 1 borang kuning untuk atm card. Isi sampai siap. 



6. Submit all the forms beserta dengan salinan IC dan IC original. Tunggu officer tu key in data. *tunggu dgn sabar* Lepas tu, dia akan suruh kita berurusan dengan kaunter bernombor kat depan. Officer akan bagi balik semua borang tu untuk kita bawak ke kaunter bernombor. Oh, jangan lupa ambik nombor giliran. Nanti kang, lame plak tunggu. haha ;p



7. Bila nombor kita dah dipanggil, cepat-cepat serahkan semua borang dan duit simpanan. Untuk duit simpanan, jumlahnya berbeza ikut jenis simpanan. Ada yang minima RM100, minima RM20, tapi masa isi borang tu, korang tanya2 lah officer, berapa jumlah minimum untuk jenis simpanan yang korang pilih :) aduh, simple je kan? Lepas tu, kita kena tunggu lagi *tunggu dengan sabar*



8. Bila dah lama tunggu, nama kita akan dipanggil. Errr, be alert k! Kat sini, dia akan bagi ATM Card. Apa yang perlu kita buat ialah cipta dan set nombor pin 6 digit on the spot. Macam biasa, input tak boleh menyerupai birth date, last number IC etc. Tekan kat satu alat canggih yang disediakan. Ulang tekan nombor pin tersebut. Tekan OK. Lepas tu, sign kat belakang card.



9. Lepas tu, officer akan bagi kita satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku (Passbookless). Emm, jangan terkejut sebab Bank Islam memang takde buku ;p Recheck! Dia akan bagi satu slip rasmi + Kad ATM. Dia akan pesan supaya kita harus ingat nombor pin, register online banking kat ATM Machine kat luar (terus buat), pastu activate online banking via internet kat rumah :)  DONE!!






tambahan untuk JPA scholars!!!
Perasan tak dalam borang Maklumat Akaun Pelajar Biasiswa JPA tu ada nota kaki yang berbunyi *Sila sertakan salinan buku akaun (muka depan sahaja)
OK. Disebabkan takde buku akaun simpanan, usah gusar! ceyceycey. Kita cuma perlu photostate SLIP RASMI *Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku* tu. Dalam tu dah ada Cawangan, Nombor Akaun Simpanan dengan Nama Pemegang Akaun. Lagi sekali, photostate dan kepilkan :) DONE




Sekian :) Itu semua berdasarkan pengalaman saya lah..hehe. lain orang, lain pengalaman kan? Kepada scholars yg belum ada akaun Bank Islam je disarankan baca. Yang dah lama ada tu, tak yah la bace kottt ;D Biaselaah, dulu duit masuk dalam CIMB. Kes culture shock nih ;p

Bye!





Thursday, May 20, 2010

Cara-cara menggunakan Ubat Titik Mata (Eye Drops)

Cara-cara di bawah ni, merupakan cara-cara umum yang boleh diguna pakai untuk kebanyakan eye drops (eye-mo, ubat mata, contact lens drop). Namun, kalau eye-drops anda ada instruction sendiri, better ask your pharmacists if you may have any inquiries.



Cara-cara yang paling betul dan efektif:
  • Basuh tangan anda dengan bersih (gunakan antibacteria soap) dan lap dengan tuala bersih.
  • Duduk/berdiri di hadapan cermin
  • Buka kan penutup eye drops anda dan simpan di tempat yang senang nampak (nanti misplace pulak. ekeke)
  • Dongakkan kepala anda, pandang ke siling rumah dan tarik kelopak mata bawah dengan jari anda membentuk poket. 

source (patient.co.uk, 2010)


  • Halakan eye drops dalam jarak 1/4 atau 1/2 inci daripada poket mata tadi. 
  • Elakkan muncung botol itu terkena bahagian mata anda kerana boleh menyebabkan infeksi bakteria.
  • Kalau dah bersedia, picitkan botol dengan gentle supaya tak terlebih dosage (drop). Kalau satu drop, make sure betul-betul tepat. Kalau dua, buat dua kali. dan seterusnya.
  • Lepas dah dititikkan, lepaskan jari yang menarik kelopak mata bawah tadi. Tutup mata selama yang mungkin gerak-gerakkan biji mata supaya sekata.
  • Lapkan lelehan atau lebihan ubat atau air mata dengan tisu bersih.
  • Bila dah rasa selesa, barulah buka mata o_O
  • Kebiasaannya, eye drops akan meresap ke seluruh mata kita dalam masa lima minit. Sekiranya anda mempunyai dua eye drops yang berlainan dan perlu dititik pada masa yang sama, tunggu 5 minit sebelum menggunakan eye drops yang kedua. Ini kerana, kita bimbang eye drops kedua ni wash out eye drops yang pertama; rugiii~
  • Ambil penutup botol tadi, tutup rapaaaaat-rapaaaat (sgt penting sebab eye drops ialah sterile). Sterile maksudnya free from bacteria. Kalau tak tutup rapat, bacteria masuk, kena buang pulak eye drops tuh. rugiiii lagi~
  • Simpan botol tersebut di dalam peti sejuk selepas digunakan sebab ia perlu disimpan pada suhu 3-8 darjah celcius.




Good Luck! Cara-cara ni penting untuk memaksimumkan kesan baik untuk kesihatan kita. Kalau cepat sembuh, tak ke kite gembireee ??? ^__^

Friday, May 14, 2010

Prosedur Menjalani "Hepatitis B Screening Lab Test".

Assalamualaikum semua pembaca~


Tujuan:
Perkongsian ilmu dan memberi garis panduan tentang persediaan, urutan peristiwa, bagaimana? apa yang harus dibawa? apakah yang harus dilakukan? semasa menjalani "Hepatitis B Screening Lab Test" berdasarkan pengalaman saya.

Maksud ringkas:
"Hepatitis B Screening Lab Test" dijalankan untuk pelbagai tujuan. Bagi kes saya, ujian ini hanyalah untuk mengesan penghasilan antibodies serta antigens dalam badan sebelum terlibat dengan sesi pembelajaran di universiti yang melibatkan disease, virus, bacteria etc. (normally untuk medical-related students)




  • Pertama sekali, sebelum menjalani ujian ini, pastikan dengan betul dan yakin yang anda memang betul-betul diarah untuk menjalani "Hepatitis B Screening Lab Test". Pastikan ianya bukan Hepatitis A atau HIV atau lain-lain sebab they are totally different.

  • Lepas dah yakin, anda boleh terus pergi ke hospital atau klinik yang diingini. Untuk screening test ni, anda tak perlu berpuasa. As we all know, kalau kita nak buat blood test, kita kena puasa kan? Tapi not for this test. So, don't worry~ Saya tinggal di Klang Valley dan untuk menjalani ujian ni, saya memilih Kajang Plaza Medical Center (KPMC) sebab dekat rumah :) 

  • Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen yang berkaitan; medical check-up forms (kalau ada) serta IC (untuk pendaftaran). 

  • Di kaunter pendaftaran, nyatakan dengan jelas yang anda ingin menjalankan "Hepatitis B Screening Lab Test". Nurse bertugas akan menguruskan pendaftaran dan anda haruslah menunggu giliran anda dengan sabarnya. 

  • Bila dah dipanggil oleh Lab Assistant, anda disuruh duduk dan lipat lengan baju tinggi-tinggi (kalau pakai long sleeve lah kan). Lepas tu, lengan kanan anda akan ditepuk-tepuk dengan lembut sebelum kena inject! Beliau akan apply satu cecair kat lengan kanan tu (i don't even know what it is, alaaa yang selalu apply sebelum inject tuh..tahan sakit kot). Lepas tu -inject time!- tak sakit pun~ macam bapak semut gigit. Beliau apply lagi cecair ni dan lekatkan plaster kat injected area :)

  • Lab Assistant ni akan proses result kita dalam masa yang dijanjikan (for my case, haritu sekejap je tak sampai 30minit sebab tak ramai patients). Lepas tu, kita akan dapat result printed on a piece of paper. Result dia simple je samada  'Reactive' or 'Non-reactive'.

  • Menurut Lab assistant, kalau result kita elok (non-reactive), kita tak payah jumpa doctor. Kalau result kita tak elok (reactive), dia nasihatkan kita dapatkan susulan/nasihat daripada doctor pada masa tu jugak. 

  • Lepas dah siap dapat result, kita pun segeralah bergegas ke cashier. hehe. Bayaran untuk ujian ni sangat reasonable. Kalau GH, maybe takde bayaran kot. Tapi untuk Private Hospital macam KPMC ni, bayaran dia hanya RM30. reasonable lah tu kan. Service pun laju~

  • Done!