Friday, August 12, 2011

Nasihat Abah yang terkesan di hati..... :'D

Harini 11/8/11.. Cantik sangat tarikh birthday Abah kali ni. Memang once in a lifetime saja dapat tarikh secantik ni sebab nanti tak dapat dah.. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Kalau tahun 2111, mesti jadi 11/8/111.. Nampaknya kena tunggu 11 Ogos 3011 baru dapat 11/8/11 lagi sekali, which is impossible..


Birthday abah jatuh pada 11 Ogos / 11 Ramadhan.. Kita tak sambut dengan kek & candle blowing, Abah tak suka.. So, untuk solat terawih malam ke-11, Abah bawak pergi Masjid Putra, Putrajaya.. Best sangat sebab ramai sangat orang. Parking full macam solat raya dah :) Bila jalan kaki nak masuk main gate yang besar tu, ramaaaai sangat orang feeling macam kat Mekah. Tapi takleh lawan Mekah la, Mekah lagi amazing!


Eh? Jap!!! Tapi bukan nak cakap pasal ni.. 

Haritu Abah ada pesan something yang mengubah pandangan pada kehidupan. Tink* ehee. Emmm, Abah memang motivator terbaik! His words are wise...

Abah pesan... 
Dalam apa pun situasi, susah dan senang, saya tak boleh tinggal doa. Saya tak boleh berpuas hati dengan apa yang saya ada dan capai sebab saya tak tahu apa yang akan jadi in the future, sebab semua ni kerja Allah. Sepatutnya kalau saya berjaya, saya lebih tingkatkan doa. Bukan berdoa time susah saja. Kejayaan ni tak kekal tanpa izin Allah. 


Sebagai contoh, saya tak boleh bangga kalau saya dapat 4 pointer semasa study (contoh saja) sebab tak semestinya kerja besar.. Saya tak boleh bangga ada mata comel Selena Gomez (sah-sah la contoh yaaa kawan-kawan sekalian) mana tahu one day buta. Semua di luar jangkaan kita. Abah pesan, jangan main-main ya :) Rezeki dari Allah, Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Apa yang perlu saya buat, ialah banyakkan berdoa untuk bekalan hari mendatang... Kuasa doa sangat powerful dan kuat :'D


Tapi doa pun kenalah secara beradab. Saya kena patuhi semua adab berdoa. Dan yang paling penting abah pesan, mestilah merendah diri dan berlapik semasa berdoa. Pertama sekali, kena banyak istighfar sebab kita manusia mestilah banyak dosa. Sangat tak sopan yaa buat jahat tapi berdoa nak yang best-best jer... mintak masuk syurga terus. Amboi doa nak yang best je tapi beramal cincai-cincai jer :P Tebal betul muka you yer...  Mula-mula kena mohon keampunan dulu.. Siapalah kita ni nak mintak lebih-lebih terus.


Saya  : Abah, macamana pulak kalau berdoa yang kita ingat saja? Tak ingatlah doa panjang2...
Abah : Sebab tu kena manage doa. Tingkatkan usaha cari doa-doa yang bagus. Himpunkan. Sangat rugi orang yang berdoa cincai dan dunia saja. Mestilah yang terbaik dan include dunia akhirat...


Saya  : Alamak, habistu kalau baca dah dekat 10 tahun (contoh saja) doa versi simple tu macamana? rugilah kak ngah?
Abah : Jangan risau. Doa kena istiqamah. Doa ni bukannya kita baca terus makbul. Kita sendiri tak tau bila Allah makbulkan. Sebagai contoh : Nabi Adam berdoa mohon ampunkan dosanya, menangis sampai pipi terguris (kesan air mata) selama 40 tahun baru Allah ampunkan.. Nabi Nuh pulak, berdoa untuk meramaikan pengikut naik bahtera, tapi hanya 750 saja yang naik bahtera tu dalam tempoh 950 tahun berdoa... Sobs.. Tak perlu risau tentang masa, itu di luar jangkaan kita. Yang penting, kita modified dulu doa kita kalau rasa tak complete :) Makin meaningful kalau baca in a long term, InsyaAllah..



Saya merenung balik, tak salah berkongsi personal life kat public tapi sebenarnya apa motif sebenar kita tulis? - Gaji bulan ni boleh beli 4 butir beg Louis Vuitton. YAY!!! Confirm la nak bagi semua orang tahu pasal ni (walaupun sikit), bahasa kasarnya menunjuk. Kalau taknak, takkan tulis kat public ye dak? Ish2. Riak ni one day akan memalukan.. Tak semua yang kita rancang, menjadi... Kena ada Plan A B C dan D... Nauzubillah...



Bye..

Thursday, August 4, 2011

Girls tak boleh baca 1 hari 1 juzuk.

.


Alhamdulillah.. Puasa tahun ni rasa bermakna sangat sebab indescribable betul susah nak bagitau hangpa... 1) Sebab hati ni tenang sungguh, syukur Alhamdulillah.. 2) Dapat puasa dengan family tercinta dan Mak (nenek).. Seronok sangat tengok mak berselera sungguh makan.. Mak happy. senyum memanjang alololo. Terawih sama-sama terlanggar siku ngan mak hehehe.. Tengok TV ngan mak sambil borak dengan makan buah.. Sebenarnya saya happy tengok umi saya bahagia dan happy *hugs* Bila seorang ibu ni happy, anak dia dapat rasa jugak tau.. Syurga di telapak kaki ibu.. Sekarang ni ada 2 orang ibu di rumah saya dan bila tengok diorang happy, bertenang-tenang betul hati saya. Eh? 




OK lah nak pegi sambung tadarus. Abah dah banyak juzuk nak habis dah 30 juz.. Saya hari ke-3 baru merangkak kat Juz 5.. huhuu kenapa ni tak produktif :(




Oh sekejap nak ingatkan kita orang perempuan..



Kalau nak khatam Quran dalam masa 30 hari, kita tak boleh ikut plan orang lelaki, 1 hari 1 Juzuk.. KENAPA??? Alamatnya tak khatam lah di bulan Ramadhan hehehe sebab kita puasa tak cukup 30 hari.. Period hehehe. Jadinya kita sebagai orang perempuan kena lebih tough sikit paling kurang pun baca 1 hari 1½ Juzuk.. Dalam masa 20 hari boleh lah khatam Al-Quran... Tapi mesti lah kita nak khatam banyak kali kan??.. Kalau nak banyak kali, kena baca 1 hari 2 Juzuk.. InsyaAllah boleh.. Cuba slow-slow dan cuba hayati.. Apa-apa pun, pokoknya kualiti bukan kuantiti :)



1 Juzuk = 20 mukasurat ye :) Banyak pahala ni... When there's a will there's a way :D



.

Wednesday, August 3, 2011

Bukan kutukan tapi reminder untuk diri sendiri...

Honestly rasa sedih sangat 2 hari dah berlalu.. Rasa sayang sangat nak sia-siakan sesaat pun sebab setiap saat sangat berharga untuk lipat gandakan ibadah.. Bulan Ramadhan ni bulan untuk kita semua rebut tiket-tiket ke syurga. Bulan BONUS!! Ibadah kita digandakan berkali ganda.. Ibadah sunat pahalanya sama taraf dengan ibadah wajib.. Ibadah wajib pulak berganda-ganda-ganda-ganda pahalanya. Doa makbul.. Badan sihat.. 




Untuk lebih efektif, haruslah ada Ramadhan Planner + Disiplin.. (From TV Al-Hijrah :P) Kalau tidak, harapan nak tingkatkan ibadah sia-sia saja.. Cakap tak serupa bikin. Memang pun.. Nak ngaji, nanti dulu. Nak Dhuha, nanti dulu. Macam ni lah senang, kalau ada planner dan ikut, kita akan dapat pahala luar biasa. Kalau tak buat planner, dapat pahala yang sepatutnya saja... (Tiada disiplin, planner tidak bermakna)





Sample:


Kita kalau main game di Facebook, pandai pula ya susun strategi macamana nak dapat banyak points/duit/cip.. Sepatutnya skill tu kita apply dalam kehidupan. Kalau kita pandai sangat main Cafe World sampai jadi jutawan, bawak-bawaklah kumpul pahala banyak-banyak macam kita kumpul duit bebanyak tu. (Kena batang hidung sendiri. Oops) Ini tak! Strategi games pandai susun, strategi pahala? Sikit-sikit countdown raya. 28 days to RAYA. Can't Wait.. Errrr confuse di situ. Orang lain sedih, dia tak sabar nak habis puasa.....Motif sangat!





Gunakanlah masa di Bulan BONUS Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan sungguh teliti dan bermanfaat.. Fikirkan,, apa jadi kalau ini merupakan Ramadhan terakhir kita?? Sempat ke nak bertaubat??  Dah banyak dah pahala??  Dosa free-hair dah terbayar??  Dosa dating??  Dosa melawan cakap ibu bapa?? Dosa kering mengumpat??  Kita tak tahu bila ajal kita. Esok pun boleh jadi.... T____T Oh takut sungguh saya...



 
Syukur Alhamdulillah Allah bagi nafas dan nyawa untuk kita join Ramadhan kali ni tau. *terharu* Jom khatam Al-Quran banyak² kali. Rugi lah khatam sekali saja :)




Abah cakap :
Cuba renungkan, selama 20 tahun hidup, sepatutnya kita khatam Al-Quran AT LEAST 20x..
Kita ada?




Kena batang hidung sendiri. I better stop :) No I'm no good.

Monday, August 1, 2011

Signboard Di Bulan Ramadhan.....

Google-google-google jumpa gambar menarik pasal Ramadhan.. Sememangnya bukan gambar bulan bulat atau bulan separuh, tapi more or less like comic. Serious comey sebab papan tanda ni dia renovate jadi kata-kata perangsang (?) hah issit? macam what to do or what's not di bulan mulia Ramadhan....


Kreatif betul ^^


Salam Ramadhan buat semua kenalan dan tidak kenalan (?) : untuk seluruh manusia sejagat. Semoga amalan kita diterima dan diberkati & dapat men-tamrin-kan diri kita ke arah yang lebih baik. Insha-Allah... Jom kita manfaatkan bulan Ramadhan kali ini, manalah tau this is our last Ramadhan kan? sobs



.