Saturday, December 25, 2010

Fakta tentang Pokok Krismas :)


1. Boleh ke orang Islam simpan/tanam Pokok Krismas di dalam atau di luar rumah?

2. Dari mana asalnya Pokok Krismas?

3. Kenapa orang Kristian simpan Pokok Krismas dalam rumah?

4. Kenapa orang Kristian menghias Pokok Krismas dengan ornaments dan kad-kad ucapan?






Semua jawapan tertulis dalam blog ini



Ada juga di sebalik tabir pembikinan Hasyiah Al-Kitab :)




Tuesday, December 21, 2010

Cerpen "One Is One and All Alone" dalam Bahasa Melayu untuk pelajar Form 2. (PART 1)

One Is One and All Alone
Nicholas Fisk



Trish merupakan seorang budak perempuan yang berada dalam kapal angkasa menuju ke Planet Trion. Dia sorang je kanak-kanak yang ada dalam kapal angkasa tu. Yang lain semuanya orang dewasa. Dia tersangatlah boring bermain berseorangan. 


Pada awal cerita, dia meluahkan perasaan pada diary dia. Dia cakap dia sorang je kanak-kanak dalam kapal angkasa ni. Orang lain semua orang dewasa yang ada tugasan tersendiri (menyelenggara kapal angkasa dan pastikan pendaratan di Planet Trion satu hari nanti selamat). Bagi semua orang, mendarat di planet Trion tu paling BEST lah. Tapi itu bukanlah keseronokan yang besar bagi Trish. Katanya, dia dah tinggalkan Bumi pada 12 Mac 2045. Setiap hari dia pangkah kalendar sampailah dia bosan sebab lame sangat nak pangkah... Diorang dijangka mendarat pada pertengahan Januari 2047, semasa Trish 13 tahun.


Ayah Trish ni orang penting dalam kapal angkasa, merangkap Executive Officer. Sangat busy. Ayah dia takdelah teruk sangat. Caring tau! Selalu je jenguk dia dalam bilik, senyum dan tanya macam ni "Trish OK? Macamana sekarang? Semua OK? Jom dinner sama-sama, chocolate milkshake pukul 6 ni jom!" Trish pun balas "Yum Yum!".. Ayah Trish senyum tapi Trish dapat lihat dari mata ayah dia macam tengah fikir pasal kerja. Sibuk je memanjang. Masa tengah borak pun Ayah Trish sempat lagi la kan jeling notis yang tertampal kat dinding :( Emak Trish ada kat planet Trion. Busy duk siapkan Space Station kat sana. Kesian Trish... 


Emak takde, ayah sibuk, kawan takde, Trish pun berkawan la dengan VP (VoicePrinter) sejenis gadget pintar. Setiap kali Trish cakap, percakapan tu akan ter-print dengan sendirinya. Trish simpan jadi diary. Yang untungnya, helaian cetakan tu improve ejaan dan tanda baca Trish! Hehe. VP ajar dia silibus sekolah. VP pun main game dengan dia. Favourite game ialah Pop Star, Trish jadi artis olok-olok depan VP. Sangat real. Best kot. Tapi kan, bukan apa yang dia cakap tak semestinya di-print. Kalau nak tukar jadi dialog je pun boleh...

Trish : Awak kawan baik saya, VP?
VP : Harap-harap. Saya cubalah. Tapi nanti bila mendarat di Trion, awak jumpalah rakan manusia baru macam awak.
Trish : Lambat lagi :(
VP : Takpe, sabar jelah. Sekarang, jom main Pop Star!
Trish : OK! ......

(Main)

Trish : Saya bosanlah tengok imej computer, sound, jadi sorang-sorang je budak dalam kapal angkasa ni. Saya nak orang yang boleh bercakap, bersama-sama....erm orang yang sebaya. Awak faham tak perasaan saya VP?
VP : Faham...Saya simpati betul. Jom main benda lain.
Trish : Tak nak ah main dah. Ajar la saya pulak. Ape dah perkataan terakhir dari kamus yang kita belajar?
VP : Kita dah sampai CLO... Perkataan seterusnya ialah CLOCK
Trish : Lepas tu?
VP : CLONE
Trish : Ajar laaa pasal CLONE
VP : CLONE ialah 
Trish : Oh. Macam susah je... Eh, kejap kejap. Yang clone biri-biri tu kan dulu?
VP : Biri-biri, binatang lain pun
Trish : Betul betul. Yang dia amik sikit spesimen dari kulit biri-biri, dan dari spesimen yang sikit tu boleh buat beratus-ratus biri-biri tu kan?
VP : Lebih kurang laaa.. Biri-biri tu semua sama sebab datang dari spesimen yang sama kan.
Trish : Memang rumit lah
VP : Memang. Sangat
Trish : Sekarang orang buat lagi ke CLONE?
VP : Mestilah.. Kenapa? Alat dalam makmal kapal angkasa ni cukup kalau nak buat CLONE


VP terangkan cara-cara nak buat cloning. Trish dah fikir macam-macam idea. Dia takmau dengar lagi dan Save supaya dapat dengar lain kali. Apa yang dia fikir tu? BioLab dalam kapal angkasa ni besar sangat. Memang kena besar pun sebab tujuan ke planet Trion untuk kaji sape yang duduk kat Trion, ape, akan datang siape sesuai dll. Sekarang ni, BioLab takde orang guna sebab tak sampai planet Trion lagi kan. Trish berhasrat nak buat klon diri sendiri sebab dia nak kawan yang sama macam dia.


Ting!! Kawan baru dah siap. Nama dia 'Clo'. Trish dah lupakan VP sebab ada Clo. Clo dengan Trish memang sebijik. Susah nak bezakan. Lebih sama daripada kembar seiras. Kalau ayah Trish datang jenguk, memang terkejut sebab nampak 2 orang Trish. Tapi Trish ni budak perempuan pandai... Dia selalu sorok Clo dalam satu bilik kosong yang sebelah bilik dia. Pintu bercantum. Clo tidur kat bilik satu lagi ni. Macamana dengan 2 baju? 2 makanan? 2 berus gigi? Nanti kantoi la dengan ayah dia.. OK, disebabkan kapal angkasa ni banyak stor, takde orang perasan pun kewujudan serba dua ni.




(Bersambung Part 2)

  • Tujuannya nak bagi pelajar Form 2 faham storyline (: 
  • Sebab saya excited baca cerita ni. Ending sangat mendebarkan :P Stay tuned.