Monday, March 25, 2013

I did my own amoxicillin capsules YAY! (Sejenis antibiotik)

Assalamualaikum dan hai semua readers mahupun yang baru ataupun yang lama :)
Amaran: Entry ni banyak menggunakan term saintifik. Kalau tak faham, sila tanya di bahagian komen, I will be more than happy to explain hihihi


Sekarang ni tengah buat lab report yang bertajuk "Capsule Filling and Testing". Hari Rabu ni kena hantar kepada Dr. Rajan Rajabalaya (Doktor yang sangat sporting dan funny!). Sebenarnya sangat seronok eksperimen capsule ni sebab kumpulan kita ialah kumpulan pertama yang siap buat 200 kapsul dalam masa kurang 1jam. Haaa. Paling penting, kumpulan kita ialah kumpulan pertama yang balik. Sukaaa amat *sengih*


Ahli kumpulan: (Dari kiri) Lukkman, Charmaine, Vivien, Jasmine, Me, Diyana 


Eksperimen ialah pada hari Selasa 19 March 2013. Kebetulan pula sampai awal haritu, sementara menunggu MDL 5 (Multidisciplinary Lab) bukak, saya berborak dulu dengan Jasmine berkongsi kerisauan tentang class test Pharmaceutical Analysis. Rupanya MDL 5 terkunci dari dalam dan seorang pelajar dengan tangkas pi unlock dari dalam dan fiuhhh berdesup kami masuk nak buat kapsul. Haha.


Prosedur membuat Amoxicillin cara kita:
  1. Timbang ubat (dalam kes ni kita guna antibiotik yang bernama Amoxicillin). Antibiotik ialah ubat untuk bunuh kuman. Bukan virus, bukan kulat, bukan cacing ye. Ingat! Antibiotik = kuman Antibiotik = kuman Antibiotik = kuman (Harapan ulang 3 kali supaya kamu memorize! Haha)
  2. Timbang excipients (bahan tambahan) seperti starch, lactose dan pelincir yang bernama aerosil. Pelincir/lubricants ditambah untuk buat flow property dia smooth maksudnya bila tuang serbuk ke mesin pengendalian, dia akan meluncur laju tanpa sekatan....
  3. Grind (uli dengan lesung batu) kesemua bahan sehingga sebati dan betul-betul halus supaya dia uniform size kesemua sekali. Kalau uniformity achieved, kandungan ubat + excipients akan jadi sama banyak dalam setiap kapsul. Haaa.
  4. Lepastu, kami guna mesin khas untuk capsule filling. Ianya semi automatic sebab yang ni cuma berskala kecil ye dak? Kalau kat kilang besar seperti Pharmaniaga Manufacturing, dia akan guna hi-tech instrument lah yang fully automatic. 
  5. Biarlah gambar yang bercerita *Kruk krak patahkan jari*

IPQC (In-Process Quality Control) - Untuk check capsule kita ni berkualiti tinggi ke rendah (amboi camtu lah ayat layman dia). Untuk kalini, kita hanya buat Disintegration Test sahaja untuk kapsul. Padahal selama ni, macam-macam test kita buat nak membuktikan ubat kita buat ni lepas standard. Hehe seperti weight variation test, hardness test, friability test, dll...


Disintegration test ni sangat menarik. Konsep dia macamni lah senang! Kita rendamkan ubat kita tu dalam liquid yang bersuhu sama dgn badan manusia (37 celcius) dan lihat berapa lama ubat tu hancur (drug release). OK! Bila ubat pecah/hancur, dia akan bagi effect lah kan? Faham tak adik-adik? Maka, kita nak uji, berapa lama dia travel dalam badan kita + pecah + beri effect. (Emm, saya sebagai pharmacy student sangat geram bila ramai unprofessional direct-seller yang jual vitamin cakap, mostly semua ubat (tablet, capsule) akan pecah dalam 4-6 jam bila dalam badan which is for me sounds silly la. It depends on how hard your tablets are. Usually, ubat ni dalam 15 minit dah pecah dah ok! But again it depends on the tablet hardness. Kalau slow release, maka lambatlah dia pecah. Kalau fast release, ubat hancur within 15 minutes je dalam badan k!) Moral of the story: Dapatkan konsultasi dari orang yang betul. Dont trust people circle-circle. Jangan percaya orang bulat-bulat.



-___- bebel pulak sini. Ehhhhh?? hehe. Ok babai. Nak siapkan dulu lab report.
Terima kasih kerana melawat dan follow.
Hope memberi input kepada pembaca semua. I terlaaaaalu suka mengajar orang and if u have request nak I ajarkan topik apa sekalipun, boleh beritahu kat komen k!