Tuesday, February 25, 2014

[Food Review] Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing by Bellahee

Salam korang...

Rainbow cookies... Bagi I, dia ialah makanan unicorn. Ok nottt!

Rainbow cookies ni dah lama dah trending. Tak silap, masa raya 2013 pun orang dah hidang dalam balang kuih. Orang melayu kita panggil Biskut Lidah Kucing je. Disebabkan dia mcm rainbow, maka orang mula meng-english-kan dia jadi 'Rainbow Cookies'. Tapi, biskut ni masih lagi trending pada masa ni (orang kata tak lapuk dek zaman). Malah, masih lagi jadi sumber rezeki buat segelintir insan di luar sana walaupun dah tak raya.

Disclaimer: Review yang I sampaikan ialah selepas I guna/pakai/makan sampai habis. Diingatkan, bukan 1st impression review. I sama sekali tidak dibayar/ disponsor untuk promote item ni. Malahan, beli dengan kerelaan hati, dengan duit sendiri. Review ini dibuat semata-mata untuk berkongsi dengan pembaca blog ni apa pandangan jujur I samada suka / tak selepas penggunaan penuh sebab I percaya penggunaan secara berterusan memberikan review yang jujur berbanding sekali pakai, terus review. Terima kasih.


Berdasarkan pembacaan, biskut lidah kucing originates dari Indonesia (correct me if I'm wrong). Sebab tu bila google information tentang rainbow cookies, takde pulak resipi mat salleh yang keluar. Malah, diorang tak pernah tahu pun biskut ni. Lepastu, masa bakar dalam oven, biskut ni sebenarnya ada loyang special. 

Oh ya, I nak kenalkan chef Rainbow Cookies by Bellahee ni nama dia Bella. Dia ex-housemate I kat uni dulu. Hands down, Bella yang I kenal ni memang pandai masak tau, dahla cantik, modest dan penyayang. Untung siapa dapat dia. I paling suka dia masak asam pedas daging, siakap stim umph sedap gile etc. Bella memang sangat organize dan kemas dan pembersih. Seriously I berkenan cara dia handle rumah memang terbaik! (Ni I puji bukan bias sebab I kenal dia ke ape, tapi honestly I suka cara dia). Overall, korang tak payah ragu dengan hasil kerja Bella sebab I gerenti dia mmg sangat teliti dan pembersih, so biskut dia memang tiptop kayh!



Satu lagi, I rasa orang panggil 'Biskut Lidah Kucing' inspirasi daripada Nyan Cat. (I rasa tak payah kot explain siapa Nyan Cat ni sebab dia sangat trending last year 2013. Dekat 9gag merata hehe) Oklah foine, I attachkan gambar Nyan Cat tu kat sini okey!







Sekarang, I akan review apa yang I rasa berbaloi beli biskut ni berbanding biskut X yang banyak lagi dijual di luar sana:

Rasa
Sedap dan addicting. Rasa macam semperit lah senang, tapi rainbow cookies lebih buttery (taste like butter). Bagi saya, semperit lebih pada rapuh hancur, tapi rainbow cookies lebih pada rapuh rangup. All in all, sangaaaat sedap biskut ni tau. Seriously ketagih.



Tekstur
Nipis, rapuh, rangup, cair di mulut. Dia takdelah cair di mulut macam biskut makmur tu, hahaha. Tapi sebab dia nipis comel, so effort untuk mengunyah tu kureng sikit. Jimat masa... Sesuai untuk semua golongan dari bayi, budak mahupun nenek takde gigi pun kita tak risau tercekik. Ni betul tau.

Warna
Color true to display. Sangat bold (terang) dan menarik warna dia. I pernah jugak tengok biskut kat lain, warna biskut X pudar macam luntur. So, keinginan nak beli pun turut luntur hehe. Bella you did a good job! Color dia cantik.

Bau
Bau butter sebab main ingredients dia of course butter. Butter yang menggiurkan! Kalau sengaja letak hidung kat bekas, konpem rasa nak ngap sebiji. Dah ngap sebiji, konpem tambah sebijik lagi.

Presentation
First, susunan biskut dalam bekas tersangatlah teratur. Impressive! Memang disusun sangat kemas. Angle kesengetan biskut tu pun macam sekata je 30º. I sebagai seorang penghidap OCD, puashati dengan hasil kerja Bella, hmm betapanya! Packaging dia classy dan cantik. Secure dengan selotape cantik dan sticker pengenalan diri biskut kat atas tu. So, bagi I presentation dia simple, kemas dan jelas. Amboi sedap ye komen. 



Presentation (II) 
Satu lagi yang menambat hati I ialah, ukuran biskut dari satu color ke satu color tu sama lebar. Hmm jangan tak tahu I ni OCD, bila benda cincai I akan rasa annoyed dan serabut. Haha. I pernah tengok biskut X (bukan nama sebenar) senget benget, terus I assume orang yang buat biskut ni tak cermat. I tak suka. I suka semua yang sempurna. So, yeah I suka biskut Bella sebab cantik. I recommend korang beli dengan dia.

Harga
Masa I beli, ada 2 saiz: bekas besar dan bekas kecil. I beli bekas besar. 
Bekas kecil : RM15 (30 pcs)
Bekas besar : RM24 (60 pcs)
Dia kata COD (Cash On Delivery) hanya di Melaka buat masa ni.
Better korang contact Bella untuk update harga dan tanya dia apa-apa soalan, deal dengan dia kayh!

Contact
Seperti di atas, korang boleh
LIKE instagram : @bellahee
Whatsapp di talian seperti yang tertera.

Bintang
Honestly I bagi:
I lupa nak cerita, masa Aki (Japanese friend dari Tokyo) menginap kat rumah early January, dia teruja tengok rainbow cookies. Dia kata "Kawaiiii, I haven't see this yet in my life". She took plenty of photos dan suka makan, dia kata sedap!




Thanks for reading this entry.
Macam I kata kat disclaimer, review ni tak bias sebab I memang puashati beli.
Bye bye.

Friday, February 7, 2014

TUDUNG BAWAL INSTANT 2 LAYER MIYA ZARA (TUDUNG MZ)

AVAILABILITY TUDUNG (AVAILABLE / HABIS) 
DI UPDATE PADA: 06 SEPTEMBER 2014


Pada yang rasa annoying view kat blog, boleh terus ke dan LIKE
FB Page : facebook.com/miyazara.collection
Instagram : @miya_zara
Yang di sini versi carian google ye. Takde paksaan untuk anda nak view kat mana pun. Thanks!


Assalamualaikum semua adorable ladies :')
(I don't think guys are gonna read this ihiks)

Hai! Update kalini berkisar tentang tudung. Penjualan tudung.... Alhamdulillah syukur, tudung bawal instant ni mendapat sambutan yang best! Dah lebih 3x restock tau. Cuma belum pernah buat entry lagi... Yang ni pun dah nak habis dah, restock mid of January haritu.... Syukur :) Tapi tudung collection ini sangat special, dijahit handmade secara inovatif. Jadi, confirmlah dengan penuh kasih sayang kan? Tambahan pula, ada pelbagai kelebihan tudung ni. Asalkan uols kreatif untuk menggayakannya. Okey, mari saya listkan kenapa saya jadikan dia tudung kegemaran:

KENAPA SAYA JADIKAN TUDUNG BAWAL INSTANT MZ SEBAGAI FAVOURITE?

  • Senang nak solat. Kalau saya outing (keluar), paling penting sekali ialah pemilihan tudung yang senang nak pakai lepas solat. Sebab malas nak berebut tilik cermin. Tudung bawal instant MZ ni, sambil pakai kasut pun boleh pakai terbentuk elok tak roboh. Teehehe magic kan?
  • Warna yang pelbagai. Setakat ni, kita ada more than 50+ colors. Tone warna rapat-rapat je beza. Sangat best bila nak match dengan baju, sebab ada wide selection. Heaven on earth.
  • Terlajak senang untuk dipakai. Sarung je + pinkan di bawah dagu (untuk ketatkan) dan siap!!! Jimat pin sebab guna 1 pin sahaja + selesa bergerak ye. Senang nak bela tudung. Tiada masalah memikirkan style nak selimpang tudung bawal dah!
  • Ruffles di hujung tudung yang wavy. Iye! Jahitan handmade kan, kita buat sehabis cermat + kemas ikut citarasa kita. Kelim sangat kemas, halus dan wavy. Dia macam ropol tudung Fareeda yang ori tu. Menimbulkan volume yang kepok-kepok dan tak flat.  
  • Fabric bawal/voile berkualiti tinggi. Kita guna fabric bawal asli dari Kelantan. Senang lah bentuk di muka. Dia tak lembik sangat. Trust us! Kita sangat kenal jenis kain. Bila kita kata, kain bawal berkualiti, kita maksudkannya. (sebab kita dulu ada butik kat Terengganu dan kenal beza kain cotton, satin, silk, georgette, lycra, chiffon lining, chiffon silk, spandex dll.) Kita tak suka tipu pelanggan mengatakan ini tudung bawal tetiba dapat kain chiffon. No no no. Tudung MZ ialah bawal asli dari Kelantan ye. 
  • Pelbagai gaya. Boleh pakai tanpa brooch, dengan brooch, dengan ring, pin di bahu, boleh modified letak kristal, boleh pakai ke sekolah, ke dinner, ke kerja, untuk bersukan, untuk leisure, juga boleh pakai ke sekolah (untuk tudung sekolah, tudung puteri islam, tudung pengakap etc.) Sebab apa? Sebab dia sangat senang, sarung dan siap.
  • Nampak classy. Bila pakai dengan kerongsang besar kat tengah. Seriously. Effortless dan classy. Cuba try pakai....
  • Senang basuh. Basuh saja dalam mesin basuh itu. 
  • Jimat masa. Biasanya bila saya lewat, tapi nak cantik saya akan pilih tudung ini. Teehehe
  • Untuk semua golongan umur. Sesuai dari umur 2 tahun - nenek nenek. Sungguh!


Cepat-cepat pilih sebelum kehabisan stok! 
.
.
.
BAWAL INSTANT 2 LAYER MIYAZARA
(BAWAL INSTANT MZ)
RM24 / helai
(Postage RM6 SM / RM10 SS)
Free Postage for 3 pieces and above!!!
FREE POSTAGE PROMO DAH TAMAT



AVAILABLE     |    Code: MK 01 (Black)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 02 (Dark Gray)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 03 (Light Gray)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 04 (White)
 .
AVAILABLE    |    Code: MK 05 (Prussian Blue)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 06 (Pine)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 07 (Turquoise)

.
AVAILABLE     |    Code: MK 08 (Moss)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 09 (Apple)

.
AVAILABLE      |    Code: MK 10 (Grass)
.
AVAILABLE   |    Code: MK 11 (Powder Blue)

.
AVAILABLE       |    Code: MK 12 (Sky)

.
AVAILABLE    |    Code: MK 13 (Royal Blue)

.
AVAILABLE    |    Code: MK 14 (Purple)

.
AVAILABLE     |    Code: MK 15 (Lavender)

.
AVAILABLE    |    Code: MK 16 (Lilac)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 17 (Mulberry)

.
AVAILABLE   |    Code: MK 18 (Peach)

.
AVAILABLE     |    Code: MK 19 (Coral)

.
AVAILABLE    |    Code: MK 20 (Bubblegum)
.
SOLD OUT  |    Code: MK 21 (Carnation Pink)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 22 (Deep Pink)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 23 (Barbie)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 24 (Fuchsia)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 25 (Red)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 26 (Maroon)
.
AVAILABLE   |    Code: MK 27 (Brown)
.
AVAILABLE   |    Code: MK 28 (Orange)
.
AVAILABLE      |    Code: MK 29 (Mustard)
.
AVAILABLE   |    Code: MK 30 (Yellow)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 31 (Yellow Green)
.
AVAILABLE      |    Code: MK 32 (Emerald)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 33 (Pistachio)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 34 (Icicle)
.
AVAILABLE    |    Code: MK 35 (Midnight)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 36 (Blueblack)
.
AVAILABLE     |    Code: MK 37 (Yam)
.
AVAILABLE   |    Code: MK 38 (Orchid)
.
AVAILABLE      |    Code: MK 39 (Ruby)
.
SOLD OUT    |    Code: MK 40 (Sunkist)
 .
 TRUSTIMONIAL 
(Contoh Penggayaan)

She's wearing MK17 (Mulberry) without the brooch
She's wearing MK18 (Peach) without the brooch
She's wearing MK30 (Yellow) with the brooch

.
.

BERMINAT?
SILA EMAIL KOD TUDUNG YANG DIMINATI, NAMA, ALAMAT, NO TELEFON ANDA LAJU-LAJU KE order.miyazara@gmail.com
013 339 6681 (Whatsapp)
 (InsyaAllah akan balas laju-laju jugak sama laju dengan kamu)
Saya akan reply invoice/sebut harga dan advise payment untuk pembayaran secepat mungkin. Kalau setuju boleh teruskan pembelian/kalau tak setuju takpe saya tak paksa beli pun..