Thursday, December 10, 2009

Prosedur Membuat Passport Antarabangsa


Prosedur membuat passport :

  • Prosedur ini boleh berjalan lancar tak kurang dari 3 jam dan boleh juga berlanjutan sehingga beberapa hari. Jadi, persediaan amat penting untuk membuat passport. Pertama, sila google mana mana pejabat Imigresen yang berdekatan dan mesti berwaspada sebab tak semua cawangan boleh buat passport. Ada yang special case (Pekerja asing) macam macam. So, lebih elok jika google dulu. Saya tinggal di Klang Valley dan pejabat Imigresen yang famous adalah di Kompleks PKNS Shah Alam (saya apply passport kat sini), Plaza Metro Kajang, Damansara and more tapi i dont know :) Pilih office yang disukai.

  • Once you dah decide which office to go, sila bangun awal pagi seawal 6am sebab percayalah! pukul 7.30am pun orang dah line up dari kaunter sampai ke pintu keluar sampai ke toilet. Fuhhh! Jauh gile okey. So, untuk menjimatkan masa, silalah bangun pagi untuk buat passport. Let say, you sampai pukul 8.30am kan? Your service will be on 12.00pm. Bayangkanlah! Setiap hari Pejabat Imigresen penuh dengan orang yang nak pegi oversea yang kita pun tak tahu mana hala tuju mereka ;'( Jangan bertangguh tunggu hari lain. Sebab hari lain pun same jer. Rugi masa bertangguh tangguh!

  • Dah sampai office, pertama sekali, pergi kaunter pertanyaan. Walaupun kita ni terlalu arif tentang hal ini, i suggest you pergilah kaunter pertanyaan. Kat sini, you will be given a form. Complete it. If you may have any question, diorang akan layan you. Heaven :) Tapi borang ni mesti dilampirkan dengan photocopy IC and 2 gambar passport antarabangsa. Kat situ biasanya ada booth photostate and booth Photo. Jangan risau kalau tak sediakan dari rumah! Booth photostate sama je service macam kedai kat luar :) Excellent. Manakala booth Photo, kena tunggu 5 minit untuk siap and bayaran die lagi murah dari kedai foto kat luar. only RM10 untuk 4 keping. Berbaloi! Additional to Student, you will be given another form, simple form pasal Universiti yang you dapat offer. Die mintak Nama Uni and Alamat die. Ingatlah k? Form ni kena lampirkan Surat tawaran original and photocopy juge. If you want to renew your passport, bawak sekali passport lama.

  • Dah siap isi borang, sila berlari lari untuk beratur di kaunter 11 (hanya di PKNS) sebab kat sinilah kaunter yang panjang sampai kat toilet luar tuh. huhu..Kaunter ni wanted sebab kite nak dapatkan nombor giliran dan pegawai nak semak samada borang kite ni complete ke tak, ada dokumen yang tak lengkap ke ape, sebab nak memudahkan proses kelak. OK, bila dah dapat nombor giliran, sila tunggu dengan penuh SABAR :) ramai kot orang.

  • Bila nombor kita dah di display kan, pergi kat kaunter yang tertera (same macam kat bank) and ikutjelah ape yang die suruh. Submit borang, Bagi IC and kene cap jari kat borang. Oh, dan juga scan fingerprint :) Selesai.

  • Lepas tu, sila bergegas ke kaunter pembayaran. Kat sini kene tunggu juga sehingga nama kita dipanggil. Sebab mana lah tau, kot kot orang sebelum kite penat gile tunggu, tibe tibe nak cross plak kan ;'( haih. SABARSABAR. Bila dah panggil nama, pergi kat kaunter dan kita akan buat bayaran. Passport yang kita buat adalah yang 5 tahun. Harga asal RM300 tapi untuk student with surat tawaran ni, akan dapat half price. Besh besh! Lepas bayar, officer akan keluarkan resit pembayaran dan as stated, kena tunggu 2 jam untuk kutip passport yang siap. Kalau nasib tak baik, kena datang esok hari :( Oh, btw, borang, and passport lama (kalau ada) as well as surat tawaran ori dia pegang. Dont you worry bout that ;) dia bagi your IC and resit pembayaran jer.

  • Lepas 2 jam, datang ke kaunter Kutipan Passport dan letakkan resit tadi di satu bekas khas. Officer akan ambil your resit and panggil nama. Tunggu lagi. Kalau takde orang, maybe boleh amik terus. Masa kat kaunter, die mintak IC, sign borang, sign buku baru and scan fingerprint. Passport dah siap. Senang kan tapi perlukan kesabaran sikit.....




Losing all my patience,