Sunday, July 24, 2011

Sumpahan Hollywood : 27 Club .. (Entri Seram)



Dulu, ada satu rancangan ni menarik minat betul. Pasal dokumentari 13 Jenis Sumpahan Hollywood. Memang seriously menakutkan and bila tengok, I bet semua orang akan cakap "Eh..betul wey takut nyaaaa. Mana bantal mana bantal?". Dan salah satunya ialah 27 Club. Memang seram. Warning : Sape penakut, boleh hentikan pembacaan sekarang.



Yang menariknya, kematian Amy Winehouse semalam pun tergolong dalam  27 Club.. Wallahualam. Ajal maut di tangan Tuhan. Takde lah percaya pun dan semua ni kebetulan. Anyway, tulis punya tulis, jom tengok siapa tu Amy Winehouse. Sy sendiri pun tahu nama je and pernah dengar  sebutir je lagu dia, Rehab.

Amy Winehouse ni penyanyi terkenal kat British. Banyak menang Grammy Award. Suara sedap, tak rock pun. Duffy dengan Adele tiru suara dia lah sebab tu famous hikhikhik. Lepas tu dia dah kawin dah tapi kuat sangat ambil dadah. Cocaine tu bubuh dalam hidung setiap masa. Parah sungguh.


Sumpahan 27 Club tu macamana?


27 Club / Forever 27 Club / Club 27 ni merupakan sumpahan bagi artis Hollywood yang mati muda tapi kenapa mati muda mesti umur 27 tahun? Ishh. So, terhasillah group ni. Sebab tu diorang kan, bila sape² yang sambut birthday ke-27, diorang mesti takut. Haritu orang aim Britney Spears. Tapi lepas pulak, still alive. Sekarang orang perhati artis 27 tahun ni (Amy Winehouse & Lindsay Lohan). Tiba-tiba aim mengena. Amy Winehouse dah takde umur 27 tahun.


Ahli 27 Club : 

1) Brian Jones (Rolling Stones)
    - Mati sebab lemas dalam swimming pool masa umur 27 tahun 125 hari.


2) Jimi Hendrix (The Jimi Hendrix Experience)
    - Mati sebab makan sleeping pill + wine masa umur 27 tahun 295 hari.


3) Janis Joplin (Big Brother and The Holding Co.)
    - Mati sebab heroin overdose masa umur 27 tahun 258 hari.


4) Jim Morrison (The Door)
    - Mati sebab sakit jantung masa umur 27 tahun 207 hari.


5) Kurt Cobain (Nirvana)
    - Mati sebab tembak diri sendiri (suicide) masa umur 27 tahun 44 hari
      (Dia pernah bagitau adik dia, dia ada niat nak join the Club 27) ish ish
 


6) Amy Winehouse 
    - Mati sebab ???? (tengah siasat) umur 27 tahun ?? hari.


Banyaaaaaaak lagi berpuluh-puluh lagi in the list. Nah link, baca sendiri KLIK SINI Wikipedia : The 27 Club


Ramai sangat dah Hollywood stars mati muda umur 27.. Kebanyakannya artis Rock & Roll. Jadinya,  bagi diorang dah jadi trademark "Artis Rock & Roll mati umur 27 tahun".. Tapi ni kepercayaan orang putih. Kita percaya ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah SWT :)



Sape umur 27 tahun? Beware... kihkih :Pp 

 .

Thursday, July 14, 2011

Molekul Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada gambar)

Assalamualaikum


Info kali ni sangat penting untuk pedoman semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah' sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni, harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah' sebelum minum :)




1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)
 Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan Molekul Air' yang diselidik oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan Honshu.  Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu -5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan high speed camera :
  
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto 
  Membentuk kristal segi 6 yang indah
- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank you dalam bahasa Jepun)
  Membentuk kristal yang sangat indah
- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
  Membentuk kristal yang buruk
- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
  Membentuk kristal yang berbunga indah
- Air itu didengarkan music Heavy Metal
  Kristal hancur!
- Air itu dibacakan doa dalam agama Islam
  Membentuk kristal segi 6 yang indah dan berkilauan! SUBHANALLAH




2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)
Selepas penyelidikannya berjaya, beliau telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr. Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan berkilauan!

 

Dr. Emoto : Molekul air apakah ini?
Hadirin : (Senyap)
Peserta dari Malaysia : Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia..
Dr Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..
Molekul air zam-zam
Ternyata air boleh "mendengar" kata², "membaca" tulisan dan "mengerti" perasaan




3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di Malaysia.
Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan 'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji. 

Kehebatan Air Zam-Zam
- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini 
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.




3) Menyingkap rahsia di Kaabah
Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah, ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah² yang datang secara gema gelombang). Niat ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita insaf. 

Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas, memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa kebesaran Allah SWT..




4) Air Sumber Penyucian.
Kerana air berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan, ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula 
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...




5) Ayat Al-Quran tentang Air.
Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
- Air menyimpan kekuatan
- Air menyimpan daya penyembuh

Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan air :
- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi majib
- Jenazah wajib mandi jenazah




6) Air dan Badan Manusia
60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif / negatif? 
Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak tenang. Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.



Wallahualam. Renung²kan dan selamat beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau nak baca original version, KLIK SINI (credit to http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)

Monday, July 11, 2011

Fine lines under eyes. Please go awayyyyy....

Assalamualaikum

Hello fine linessssss >:( you ruined my moods!!!!!  (bukan wrinkle sebab i bukan nenek tua..hehe). Setiap pagi, belek muka mesti slacking betul laaah alahaiii fine lines bawah mata. Dah macam akar serabut dah aku tengokkk. Itu monolog dalaman yer. Tapi betullah. Sungguh tak puas hati bila tengok garisan halus samar-samar bawah mata. I'm no beauty queen bak kata Sel tapi macamana uolls erase all the lines ye? Mind sharing :) 


Diagram mata lebih kurang macam ni :

FAKTOR PENYUMBANG :
  1. I pemakai tegar contact lens. Saya rabun jauh. harap maklum :D
  2. Suka genyeh mata sebab pakai lens lama². Biasalah tu. Student..
  3. Genyeh mata kaw-kaw-kaw punye. LUPE SEJAP KULIT MATA NIPIS DAN SENSITIPPP :'(
  4. Tengok dah berakar tunjang dan berakar serabut ..... Aaaaa sudahhhh....








HELPPPPPP!!!!!










NAK BUAT APEEEE NI SEKARANGG???







MY SOLUTION : I tak kira I nak tepek Krim Kontur Mata Safi Balqis Perfect 10 setiap malam 15g.. keh3
FAKTA TENTANG KRIM KONTUR MATA NI :
  • Kesian dia... Baru selamat keluar dari kotak. Beli masa bulan April dulu sebab eye bag besor gilor berdimension 14mmx15mm
  • Harga : Sangat murah. Around RM10 kot. Saya beli jenama drugstore je. Hehehe. Standard lah. Student. Brand drugstore lain, mesti mencecah puluhan ringgit :(
  • Effectiveness : Untuk case eyebag besor gilor saya haritu, Bagus sangat weyyyyyy. Hilang dalam 1 week. Tapi kan, kulit area mata jadi pelik sikit. (SEBAB SAYA TEPEK BANYAK GILERRR OVERLIMIT KONON ESOK TERUS TAKDE EYEBAG) No wonder lah kulit pelik. Korang kalau nak pakai, pakai ikut arahan ya.
  • Saya pakai sesuka hati. Tak konsisten... Lepas tu terus masuk kotak. Sekarang baru jejak kasih balik..





SEMOGA AKAR-AKAR SERABUT NI HILANG... SHUHHH SHUHHH FINE LINESSSS... GRR

I would love to put the outcome really² soon :)

Friday, July 1, 2011

DOA Menghilangkan Sifat Malas :)

Assalamualaikum


Hai blog lama tak blogging. Malas katanya.. OK harini nak share satu doa untuk menghilangkan sifat MALAS.  Doa ni diambil terus dari Al-Ma'thurat. Jadinya, memang terlepas dari unsur-unsur yang berbau khurafat.. Doanya sangat ringkas, padat dan mudah dihayati. Kalau usaha sikit, InsyaAllah sangat mudah untul dihafaz yer... Jom kita amalkan, semoga menjadi lebih rajin.. 


TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


Tak lengkap doa kalau kita tak tahu cerita di sebalik 'Macamana doa ni boleh ada?' Setiap doa mesti ada sejarahnya, atau cerita asal-usul nya. Bab ni saya paling suka!!! Kalau masa belajar Syariah dulu, saya memang tunggu part Asbabul Nuzul :P Okay, tanpa bercakap banyak jom kita baca kisah Asbabul Nuzul nya....

ASBABUL NUZUL 
(Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...



P/S: Jom kita amalkan dengan istiqamah dan tawadhuk :)