Thursday, July 14, 2011

Molekul Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada gambar)

Assalamualaikum


Info kali ni sangat penting untuk pedoman semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah' sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni, harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah' sebelum minum :)




1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)
 Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan Molekul Air' yang diselidik oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan Honshu.  Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu -5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan high speed camera :
  
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto 
  Membentuk kristal segi 6 yang indah
- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank you dalam bahasa Jepun)
  Membentuk kristal yang sangat indah
- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
  Membentuk kristal yang buruk
- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
  Membentuk kristal yang berbunga indah
- Air itu didengarkan music Heavy Metal
  Kristal hancur!
- Air itu dibacakan doa dalam agama Islam
  Membentuk kristal segi 6 yang indah dan berkilauan! SUBHANALLAH




2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)
Selepas penyelidikannya berjaya, beliau telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr. Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan berkilauan!

 

Dr. Emoto : Molekul air apakah ini?
Hadirin : (Senyap)
Peserta dari Malaysia : Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia..
Dr Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..
Molekul air zam-zam
Ternyata air boleh "mendengar" kata², "membaca" tulisan dan "mengerti" perasaan




3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di Malaysia.
Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan 'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji. 

Kehebatan Air Zam-Zam
- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini 
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.




3) Menyingkap rahsia di Kaabah
Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah, ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah² yang datang secara gema gelombang). Niat ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita insaf. 

Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas, memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa kebesaran Allah SWT..




4) Air Sumber Penyucian.
Kerana air berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan, ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula 
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...




5) Ayat Al-Quran tentang Air.
Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
- Air menyimpan kekuatan
- Air menyimpan daya penyembuh

Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan air :
- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi majib
- Jenazah wajib mandi jenazah




6) Air dan Badan Manusia
60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif / negatif? 
Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak tenang. Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.



Wallahualam. Renung²kan dan selamat beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau nak baca original version, KLIK SINI (credit to http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)

5 comments:

Atika Aula said...

saya pun pernah terbaca tentang perkara ni..itu lah kehebatan air, semua yang Islam ajar itu adalah fitrah manusia. Kalau kita buat, mesti dapat kebaikan. Dalam teori saintifik itu sendiri dah terbukti..Al-Quran selaras dengan fitrah manusia dan logik akal. Kita je yang masih keras hati dan degil untuk tak nak ikut sebab kita malas nak mengkaji, jadi sukar nak nampak kehebatan Al-Quran itu sendiri. SubhanaAllah:)

Afiq Anwar said...

menariknya entry sarah ^___^

FarahAqilah said...

really interesting,hye adik sara,akak nak share kt blog yea credit to adik :)

Sarazaqea said...

Atika => Subhanallah :) Brilliant opinion from you. Thanks for dropping by :)))


Dik Afiq => Entry Afiq lagilah menarik. Siap ada gambar lagi tau.. hehe


Farah => Ok sure... Hehe. Thanks for reading this entry :) Much love.

AISYAH ZAHRA said...

nak share..nanti i letak link adik ye..terasa mcm nak bli mikroskop sebijik..nak tgk sendiri...huhu...