Wednesday, May 26, 2010

Prosedur Membuka Akaun Simpanan Di Bank Islam

PROSEDUR MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISLAM
Khas untuk orang yang blur-blur, rasa tak yakin, rasa nak tahu flow, nak dapatkan gambaran macamana cara-cara nak buka akaun simpanan di Bank Islam. :) Sekadar berkongsi pengalaman. Manelah tau berguna kan ? ;p


(mifc.com n.d.)



1. Start dari rumah la ye. Pertama sekali, google lah dulu cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah korang. Lepas tu, terus mandi bersiap-siap. Macam saya, saya pilih Bank Islam cawangan UM ;p (jauh tapi saje nak pegi. ahah)



2. Pastikan korang bawak salinan kad pengenalan (A4 sized). Untuk student, bawak salinan surat tawaran universiti (just in case bank officer tu mintak). Meh nak cerita sikit eh. Masa minggu lepas macam tu, saya ada pergi Bank Islam cawangan Kajang. Time tu memang bawak pen je (tak bawak copies langsung). Unfortunately, bank officer tu mintak salinan IC dengan offer letter. In contrast, kat Bank Islam cawangan UM just mintak salinan IC. Saya rasa, lebih baik bawak both copies kalau nak selamat ;) Nanti kalau dia mintak, kita boleh bagi. Kalau tak mintak, simpan je..kan?kan?



3. Sesampai kat Bank Islam tu, orang pertama yang korang kena jumpa ialah Pak Security. Bagitau secara ringkas apa korang nak buat. Nak senang, cakap ni je.. "Assalamualaikum Pak Cik, saya nak buka akaun simpanan". Lepas tu, Pak Security ni serta merta akan tunjukkan kita kepada officer yang bertugas. Malu bertanya sesat jalan kan? Baik tanyeee~



4. Bila depan officer, dia akan layan korang dengan sangat baik. Dia akan terangkan jenis-jenis simpanan yang berkaitan dan korang kenalah decide which one to choose. Setiap jenis tu ada kelebihan sendiri dan korang tanyalah banyak2 kat officer untuk maklumat lebih lanjut k?



5. Lepas dah pilih yang mana satu yang korang rasa sesuai, officer tu akan kasi a pile of forms. ISI BORANG!! haha. banyak ni tau. OK, saya list down yang mana ingat eh. Ada 2 kad tandatangan spesimen, 1 slip cash deposit (untuk masukkan duit simpanan pertama), 1 borang butiran diri, 2 borang akad, 1 borang kuning untuk atm card. Isi sampai siap. 



6. Submit all the forms beserta dengan salinan IC dan IC original. Tunggu officer tu key in data. *tunggu dgn sabar* Lepas tu, dia akan suruh kita berurusan dengan kaunter bernombor kat depan. Officer akan bagi balik semua borang tu untuk kita bawak ke kaunter bernombor. Oh, jangan lupa ambik nombor giliran. Nanti kang, lame plak tunggu. haha ;p



7. Bila nombor kita dah dipanggil, cepat-cepat serahkan semua borang dan duit simpanan. Untuk duit simpanan, jumlahnya berbeza ikut jenis simpanan. Ada yang minima RM100, minima RM20, tapi masa isi borang tu, korang tanya2 lah officer, berapa jumlah minimum untuk jenis simpanan yang korang pilih :) aduh, simple je kan? Lepas tu, kita kena tunggu lagi *tunggu dengan sabar*



8. Bila dah lama tunggu, nama kita akan dipanggil. Errr, be alert k! Kat sini, dia akan bagi ATM Card. Apa yang perlu kita buat ialah cipta dan set nombor pin 6 digit on the spot. Macam biasa, input tak boleh menyerupai birth date, last number IC etc. Tekan kat satu alat canggih yang disediakan. Ulang tekan nombor pin tersebut. Tekan OK. Lepas tu, sign kat belakang card.



9. Lepas tu, officer akan bagi kita satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku (Passbookless). Emm, jangan terkejut sebab Bank Islam memang takde buku ;p Recheck! Dia akan bagi satu slip rasmi + Kad ATM. Dia akan pesan supaya kita harus ingat nombor pin, register online banking kat ATM Machine kat luar (terus buat), pastu activate online banking via internet kat rumah :)  DONE!!






tambahan untuk JPA scholars!!!
Perasan tak dalam borang Maklumat Akaun Pelajar Biasiswa JPA tu ada nota kaki yang berbunyi *Sila sertakan salinan buku akaun (muka depan sahaja)
OK. Disebabkan takde buku akaun simpanan, usah gusar! ceyceycey. Kita cuma perlu photostate SLIP RASMI *Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku* tu. Dalam tu dah ada Cawangan, Nombor Akaun Simpanan dengan Nama Pemegang Akaun. Lagi sekali, photostate dan kepilkan :) DONE




Sekian :) Itu semua berdasarkan pengalaman saya lah..hehe. lain orang, lain pengalaman kan? Kepada scholars yg belum ada akaun Bank Islam je disarankan baca. Yang dah lama ada tu, tak yah la bace kottt ;D Biaselaah, dulu duit masuk dalam CIMB. Kes culture shock nih ;p

Bye!





45 comments:

ardinihumaira said...

betul tu.. skang memang dah tak ado buku akaun kan.. hehe... ramai yang terpinga2 dan juga blur nak cari kat mana buku akaun tu... padahal sekarang dah pakai slip sajo hehe...

Big Fish Moment with Pizza Hut

umi~wannza said...

Satu lagi...

Jangan lupa bawak emak sekali, tukang tanya itu-ini,
hehe...

amirashrafizam said...

eeemmmm...thnkz for the info!!!

Sarazaqea said...

ardinihumaira:
hehehe ;p memang memang. tadi pon kalut sebab baru perasan takde buku. aiyakk. sib baek ade ummi yang setia ni...ummi yg jd problem solver. terima kasih mi..... :D


umi:
ehehehehe :P kak ngah tambah dah tips berguna tu mi...edit balik dah :)


amirashrafizam:
Same-same daun keladi..errr ade ke? ;p

kupu-kupu said...

thank you,, info yg sgt berguna kepada sesiapa yg nak buka akaun bank islam..

eda nomie said...

terima kasih ... dah ada panduan nak buka akaun bank islam :)

∫λΣ!¯ƒΠÞY ™ said...

huhu . bagusnya die wt tutorial mcm ni ! sukasukasukasuka !
thx , amat membantu .

ainata said...

salam...nak tnye...ape jadi yer kalau kita tak register online banking ??? and kita still boleh register bila2 masa kn? TQ

ainata said...

salam...nak tnye la...kalau kita tak buat register online banking tu plak mcm mana?

farz zull said...

input berguna buat saya...thanks2...;)

Sarazaqea said...

Eda nomie :
Sama sama eda :D hehehe glad u liked it.


Honorable guest (susah nak eja)
U r welcome... yayyyy glad u liked it toooo... thanks for reading yew.


Ainata :
Boleh aje register bile-bile mase yg free :D


Farz zull :
Ya okey.. thanks in return for reading ^^

hanep nep said...

kalu untuk plajr skolh mnengah mcam mne lak eak??

Anonymous said...

Terima kasih. Mmg ternyata berguna utk ramai org. Thx!! =)

Unknown said...

Terbaik!!

Anonymous said...

Assalamualaikum..nk tnye sikit.. :)
maksud post yg ditulis "register online banking kat ATM Machine"
maknenye cuma masukkan no pin dekat mesin Atm tu and check baki akaun sahaja kan?
sori confuse sikit..

Sarazaqea said...

Hanep nep:
Salam.. Untuk sekolah menengah rasanya same jer ;) Untuk confirmation, boleh tanya pada kaunter pertanyaan ya, saya gerenti mereka dpt bantu...

Anonymous:
Sama-sama :) Terima kasih sebab leave a comment here. Saya sangat hargai :)

Yoona Admy:
Terima kasiiiiih :)

Anonymous:
Waalaikumussalam.. Ya, masukkan no pin kat ATM machine hehehe

Farhan Zukri said...

Sekarang kat klinik..tengah uruskan medical check up adik nak masuk u..pasni nak gi buat dia punya acc bank islam..nasib baik jumpe tutorial ni..amat membantu..tq puan punye blog!!! Haha

Anonymous said...

thanks lah sebab bagitau psl hal ni..memnag sebelum ni x pernah buka akaun sendiri..selalunya ayah je yg buat..manatau satu hari nnti, saya terpaksa buat sendiri. :) terima kasih sekali lagi.

melahm said...

assalamualaikum.. nak tanya, macam mana nak transfer duit melalui internet banking? boleh tolong ajar tak? tq ^^

rdani said...

thanks for the simple + interesting ways cara2 utk bukak akaun Bank Islam!

Like it very much! ^_^

Anonymous said...

Explanation yg simple...mudah fhm...n mesra pembaca...sgt bgs...

Dzasc Skachers said...

thanks... :D

Unknown said...

Thank you this is very helpful!

nora razalli said...

kalau bukn stdent or kje nk bukk akaun kne bpe rm ea?
rm100 ke bpe?
tahu tak ? :)

Anonymous said...

this is so helpful . terpinga2 macam mana nak photostate no akaun tanpa buku . just photostate slip tu ek ,tq ;)

Sarazaqea said...

Farhan Zukri:
Hehe Alhamdulillah at least this entry membantu Tuan Farhan tuk menguruskan flow adik nak masuk u gittew. Hehehehe. Thanks for coming! Ahah

CT:
CT.. Betul tu, selama ni saya pun parents yang kena ada sekali kalau nak buat account pape. Now dah besar, kena buat sendiri... Ngeeee ^__^


Melahm:
My dear... Ooh nak transfer duit online ye? Insha Allah akan buat tutorial for that. Thanks for reminding! Paling penting mudah je. Cube ke bahagian Transfer Fund k!


Rdani:
Alhamdulillah glad that u liked it dear! ^^ Bunge-bunge dah hati baca komen awak ngee.


Anon:
Alhamdulillah syukur sbb bagi satu pendekatan yg mesra pembaca ek? OH myyy. Terharu. Insha Allah akan pertingkatkan lagi...


Wadud:
Sama-sama you are welcome kikiki ^^


Dust:
You are welcome my dear :) You look gorgeous babe (tetibe lari topik sbb u look gorg dlm profile pic tu)


MG:
Kalau kerja... Kita actually boleh pilih nak pakej akaun mana. Dia banyak pilihan pakej. Setiap pakej tu ada minima berapa RM. Ada je yang serendah RM10 i think tapi benefit dia lain-lain lah:) Boleh confirmkan dengan pegawai bank bertugas k! Good luck!


Anon:
Alhamdulillah syukur. Yup as simple as that. Photostat je slip tu. Dia dah mewakili buku akaun dah k:) Semoga jelas. hihi

Aeyn Fazz said...

lpas buat 2 hri lps sy x prgi pn kt msin ATM..trus blik rmah..ingt dh slesai..tp blum ke?cm mne nk thu no akaun bank ek?so sy x fham ape ptut buat skrg...:(

Sarazaqea said...

Aeyn:
Aeyn... hai! Usually no akaun bank ada kat salinan slip tu. Kalau takde pun, boleh tengok through ATM machine. Masukkan kad, bubuh password dan akan keluar lah acc no tu. Hope membantu....

Anonymous said...

Hai? Tumpang tanya..klau nak kluar kn duit under student mesti ada penjamin ka?

Sarazaqea said...

Anonymous:
Hai :) kalau nak keluarkan, tak payah penjamin. Keluarkan duit melalui atm sorang-sorang pun boleh. Hope membantu. Hihi

Anonymous said...

Hai, mcmana nak semak penyata pula? Nti xtw pla brpa gaji masuk..huhu help plis

Anonymous said...

Salam. Kalau nak buat kat bank islam ni kena ada pengesahan cap jari ke? Sorry tnya. Hihihi

Anonymous said...

Klu nk smpn rm 50 boleh x??

Unknown said...

tpi sya diberi slip saja . Kad tidak diberi so mcm mana sy nak tau pin sya ??

Unknown said...

kak saya umur 14 klo org bank in blh msuk dlm acc kita jgk ke btw tlong ws sy blom paham

Sarazaqea said...

Anonymous:
Semak Penyata?
Sy tak pasti, biasanya boleh tengok di online banking / ATM pun boleh check. Cik boleh dapatkan maklumat lanjut dr pegawai bank ye :)

Anonymous:
Pengesahan Cap Jari?
Ya :) Biasanya macamtulah, kena cap jari kalau nak bukak akaun di mana-mana bank. Hehe

Anonymous:
Nak simpan RM50?
Cik boleh dapatkan update terbaru daripada pegawai bank, rasanya boleh :) Sy punya entry bertarikh 5 tahun lepas (2010), mesti pakej dia dah berubah :)

Unknown:
Diberi slip sahaja, kad tidak diberi, macamana nak tau pin?
Biasanya dekat slip mesti ada maklumat akaun kita, mesti ada no. akaun. Kad pula mesti diberi masa daftar :) Bila dah dapat kad, pegawai bank akan assist kita setup no pin kad sampai berjaya. Cik boleh refer kes cik ke bank.

Aiman Zack:
Kalau umur 14, orang bank in boleh masuk ke?
Yup, mesti boleh masuk. Biasanya untuk kanak-kanak, nak keluarkan duit je ada limit. Nak masuk duit, xde masalah. Wallahualam :) Kalau nk lebih pasti, boleh tanya pegawai bank tau.

Anonymous said...

kat mane nak tahu nombor akaun bank ni? and boleh ke orang nk bank in duit kat akaun kita? sy kurang faham dan perlukan bantua

Sarazaqea said...

Anon:
Kat mana nak tahu nombor akaun bank?
Hi :) Cara yang semua org boleh buat, check di ATM machine. Masukkan kad bank, password dan buat ala-ala nak keluarkan duit. Snap je gambar nombor akaun yang panjang tuh. Kalau tak bercadang nak keluarkan duit, cancel transaction.

Boleh ke orang nak bank in duit kat akaun kita?
Boleh. Kita bagi nombor akaun pada orang yg nak masukkan duit. Nombor akaun yang panjang, bukan password kad bank atau bukan nombor yang tertera di kad tau.

Unknown said...

Salam...bagaimana nak dptkan salinan buku akaun? Bole dptkan through ATM tak? Sbb slip pembukaan akaun saya dah hilang...hope bole bantu saya 😊

Sarazaqea said...

Zyla:
Waalaikumussalam wbt :) Better awak consult dengan pegawai bank yang bertugas, rasanya tak boleh kot dapatkan salinan buku akaun through ATM sebab kalau print takkanla sekecik resit kan? Semoga urusan awak dipermudah.

Unknown said...

Assalamualaikum. syarat minimum terkini berapa ringgit masuk?

Unknown said...

a big thanks 😊

Anonymous said...

Assalamu alaykum. Hello :)
Kalau mcm saya dapat biasiswa JPA (PIDN), perlu tak bawa apa2 yg berkaitan (borang atau surat etc.) untuk buka akaun bank Islam nanti? Atau boleh je sy pergi bank buka akaun simpanan mcm tu je?

Anonymous said...

Hi mcm mana kalau kehilangan slip tu boleh minta balik tak rasanya?

Khairul Anuar said...

assalamualaikum...
slip rasmi buka akaun bank islam tu yg mana. ada gmbar tak.. yg slip deposit tu ke...
...terima kasih...