Thursday, October 14, 2010

10 rahsia untuk mendapatkan kulit yang cantik

Ini merupakan routine-based tips. Bukan product-based tips. Jadi, tips ini boleh diamalkan oleh semua peringkat manusia. Tak perlu ada product mahal-mahal untuk cantik. Yang paling penting, cara kita apply! :)




1
Hydration adalah kunci bagi kulit yang sihat
Salin ni: Hydration datang dari dalam. Tiada krim atau losyen ajaib yang dapat menggantikan kelebihan air yang kuno tu. Minumlah segelas air pada waktu pagi, sebaik-baiknya lepas bangun tidur. Segelas lagi sebelum tidur. Tambah lagi dengan 6-8 gelas air pada waktu lain (waktu makan lain cerita). Let say korang travel atau bersukan, tambah lagi kuantiti. Percayalah, you guys can handle more than six glasses per day :)



2
Peredaran darah yang baik membuatkan kulit seseorang berkilau
Janganlah takut guna air sejuk semasa mandi. Bukan apa, ia boleh buat peredaran darah kita lancar. Dan yang paling penting, saya pun mengamalkan mandi air sejuk tak kira masa :) Mulakan dengan bilas badan kita dengan air panas untuk membuka pori (elakkan kulit muka - akan diterangkan dalam next tips). Kemudian bilas balik dengan air sejuk untuk tutup balik pori tu. Ia berkesan! Kenapa? Sebab cara ini "mengejutkan" sistem saraf kita, sistem saraf hantar wake-up call kepada otak dan otak terus beri isyarat supaya pump lebih banyak darah dan seterusnya kulit kita akan ada pinkish effect.



3
Jangan guna air panas masa basuh muka
Air panas membesarkan salur darah kita, dan dalam jangka masa panjang boleh merenggangkan dan melebarkan kulit kita. Air panas pun mengeringkan kulit. Guna air suam-suam sejuk atau air sejuk untuk basuh muka. Apa saya biasa buat? Saya suka letak ais dalam sapu tangan kecil dan tekapkan pada muka, terutamanya bahagian mata. Saya buat ini semua selepas saya minum segelas air masa bangun tidur tu :)



4
Cuba belajar apa kelebihan dan risiko cahaya matahari
Pengawalan tu merupakan kunci kepada segala-galanya, termasuklah cahaya matahari. Cermin mata hitam, sunscreen dan krim ber-SPF adalah wajib! Korang semua ni mesti dah tau pasal ni tapi tapi tak practise kan?? Cahaya matahari beri kita vitamin D pada waktu pagi up to 10 am. Segeralah kita sun-bathing. Tapi yang penting, setiap hari jangan terperap je dalam bilik. Keluarlah sekali sekala walaupun kat halaman rumah.



5
Siapa cakap kita kena berbelanja lebih pada skincare dan masque mahal-mahal?
Masque merupakan topeng kosmetik. Ada 2 jenis masques yang murah dan senang! Do-It-Yourself dan efektif: 1) Strawberi: Lenyekkan beberapa strawberi + 1/2 sudu kecil madu + 1/2 sudu kecil Vaseline. Apply pada seluruh muka. 15 minit kemudian, rinse off. 2) Timun: Campurkan beberapa hirisan timun dengan yogurt dan apply pada muka dan mata. Tutup dengan kain yang lembap selama 15 minit. Bilas. Juga, 1x atau 2x seminggu, guna hirisan lemon dan usap pada muka. Selepas beberapa minit, bilas dengan air sejuk. 



6
Jangan tidur selagi tak bersihkan muka. Jangan sesekali!
Semua orang tahu benda ini, tapi macam biasalah mesti skip kan? Malas tu tak boleh dipisahkan. Macam ni, bukan sahaja kita biarkan kekotoran, make up, minyak menyerap masuk ke dalam kulit, malahan ia akan melekat pada bantal kita. Bila melekat, dia akan membentuk mendapan dan akan menyerap balik ke muka kita pada malam berikutnya! Jadi, it's a big NO!



7
Berlemah-lembut pada kulit.
Terutamanya bahagian mata dan leher, sebab kulit kat sini nipis. Kita tak mahu kulit yang sedia ada halus mulus jadi berkedut dengan cepat. Selepas basuh muka, tekapkan muka dengan lembut menggunakan tuala bersih. Penting! Jangan wipe dengan kuat, kononnya dapat menanggalkan sel-sel mati. Teori ni salah. Kulit kita ni benda hidup. Be gentle pada living thing barulah dia akan menunjukkan effect yang baik pada kita. Selain itu, saya juga menyarankan untuk guna make-up remover berasaskan minyak. Sebab dengan oil-based, make-up akan tertanggal dengan slide movement dan kita tak guna tenaga yang banyak untuk tanggalkan mekap. Orang zaman dulu gunakan minyak zaitun tau. Minyak zaitun sangat bagus untuk kulit dan dompet! hehe.



8
Jangan merokok!
Tak boleh dinafikan ada saja perempuan yang merokok, bukan? Jangan merokok sebab bila merokok kita akan nampak kesan ini: penuaan bukan pada masanya, kedutan pada kulit dan kulit tak sihat yang berwarna kuning pucat. 



9
Jadikan penjagaan kulit sebagai amalan
Di Amerika, penjagaan kulit lebih tertumpu kepada wanita berusia untuk mendapatkan semula kulit muda remaja sebaik sahaja timbulnya kedutan. Di Perancis, penjagaan kulit menjadi amalan sejak kecil; di mana para ibu akan ajar anak-anak mereka tentang cara menjaga kulit walaupun anak mereka belum baligh lagi. Ini yang kita mahu!! Contoh ye: Orang Perancis biasanya akan ajar anak mereka, contohnya anak kecil 4 tahun untuk berdiri di depan sinki, dapatkan suhu air yang sesuai tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, basuh muka dengan air semata-mata dan itu sahaja. Nanti kanak-kanak ini akan terdidik untuk basuh muka dengan konsisten. Tiru orang Perancis jom!




10
Finally: Pastikan ia RINGKAS
Ini ialah moto saya for almost everything: makanan, pakaian dan penjagaan kulit juga! Kita tak memerlukan berjuta-juta krim / magic potion / cara pemakaian untuk jadi cantik. Secara ringkas, kita hanya perlu cari 1 pencuci muka + 1 toner + 1 moisturizer yang betul-betul sesuai dengan kulit kita. Bila dah jumpa, stick with them. Jangan tukar-tukar dah! Yang dah serasi tu dah cukup untuk buat muka kita glowing. InsyaAllah muka kita akan cantik. Tak semestinya yang serasi tu yang mahal-mahal saje. Yang murah pun OK.


That's all from me :)
Thank you. . .


-credit to Shine-








12 comments:

Khumaera Ismail said...

gud info sara =)

minho said...

very good info...thanks for sharing....and i'm happy reading your post(because of the colorful picture)^^

nurfazlinaJalaludin said...

info yg menarik!!
especially for teenagers ((:

Sarazaqea said...

Khumaera:
Sharing is caring... hehe. Sara pun suka dgn artikel ni.
Makanye terus paraphrase and translate. Hehe. Thx

Minho:
Awwwh. I feel blessed. Thank you for reading this entry.

Fazlina:
Me likey :)) Hehe.

UyaRayza said...

LIKE post nie hehehe

KU MAHU BAHAGIA said...

saye sedih lah.. sejak sye beli satu produk tu,pori kat muka saya kelihatan pastu dah de lubang! :( produk tu kire berjenama dan mahal tapi hanye merosakkn muke saye je..nk wat cm ne dah tebeli sye habiskn dulu lah..skrg sye nk cri produk yg serasi n boleh tutop pori kt muke saye ni..buat mse ni sye gune bedak sejuk berkesan utk muke berjerawat sye klo pori tak tau lah.. help me :'(

Tabisco George said...

Really like this post . It help me with the information given . Tq

Anonymous said...

sis, pakai pncuci muka, toner n moistrzer apa ?

fisha hasan said...

Seeloknya pakailah yg semulajadi.. nak elakkan kulit kering dan kusam..
RAWATAN KECANTIKAN DENGAN KENTANG

Norzi beautilicious house said...

Info yang sangat menarik terima kasih atas perkongsian. cara dapatkan kulit cantik

syireen amerlim said...

Setuju dengan penulis bahawa cara hidup sihat seperti minum air kosong dengan kuantiti yang mencukupi, serta tidak merokok memang factor utama menyumbang kepada kulit sihat.

Selain itu penggunaan skincare yang asas seperti pencuci, toner, krim siang dan malam juga sangat membantu.

Maknanya nak cantik kena ada inner and outer factor...dalam kena jaga (makanan dan supplement), luar pun kena jaga (skincare dan aktiviti senaman)

Yu Yun said...

info yang amat berguna..thanks for sharing these!