Sunday, January 2, 2022

Nama anak Sarazaqea yang kedua

Assalamualaikum wbt & hai semua.


Introducing, Louvenia ...

Louvenia Elisha Binti Mohd Hizwan
لوئينيا إليشا
Meaning: 
One who inspires and lead; above the rest of creation (فَضَّلْنَا عَلَى ٱلْعَالَمِين) and among the excellent (مِنَ ٱلْأَخْيَار)

Maksud: 
Seorang yang memberi inspirasi & memimpin; tertinggi dari ciptaanNya & antara yang paling cemerlang


Name origin: Latin + Arabic
Pronunciation: lou-vi-ni-a e-li-sha
Root name: Lavinia Elisha
DOB: 06/12/2021 (Isnin) tepat jam 11:30 pagi bersamaan 1 Jamadilawal 1443H
POB: ANDORRA Women & Children Hospital
Doktor bersalin: Dr. Haliza Kamarudin (Resident Consultant, O&G Department)
Doktor paediatrik: Dr. Suhaila Ishak (Resident Consultant, Paediatric Department)



Menamakan anak kedua, sejujurnya ... susah nak finalize berbanding yang sulung. Tekanannya berbeza; tersilap haribulan nanti tak matching / kot lah nanti juga tak semeriah nama pertama / nanti pusing-pusing maksud tak bermakna. Siapa overthinking serupa saya? Tambahan lagi, setiap orang bagi ucapan; 'Tahniah Sarah selamat bersalin, baby nama apa? Loveesa apa kalini?'. Semua pun tazabar nak tahu nama.


Pada awal kehamilan, 1st scan @ 20/52 (5 bulan) di Klinik Kesihatan Kuala Pilah oleh Dr. Khairul Akmal, katanya gender baby 'macam pistol'. Saya dalam diam menaruh nama 'baby ح' tapi selepas detailed scan @ 24/52 (6 bulan) di Klinik As-Salam Bangi oleh Madam Celynn, confirmed pula baby girl. Jadinya, saya tak fikir nama secara serius, maksudnya kita rilek-rilek dulu. Dengan suami pun kami langsung tak brainstorm. Tapi, Reyna & Loveesa macam ada instinct, dari awal selalu panggil baby Bella.. baby Katie.. saya layankan aje.


Masa Loveesa dulu, pun spontan je letak nama. Pilih nama selepas bersalin, zap zus zas daftar. Tapi... untuk Louvenia, lagi lah gamble nya. Sebenarnya saya sendiri ada simpan nama lain untuk #BabyLove2 tapi saya senyap je tak bagitau sesiapa pun termasuklah suami. nak buat macamana.. dia pun takde berbunyi nak bubuh nama apa. Punyalah relax / tak beria sampailah saya naik runsing. Akhirnya, saya keluarkan kertas mahjung & brainstorm lah nama beserta maksud, kita mix-and-match yang sesuai. 

Reyna secara spontan nya namakan baby Katie Darjirah. 
Awwh so cute! Haha taste dia kena dengan jiwa. Mana Reyna dapat Darjirah? Dia fikir sendiri. Haha


Kertas mahjung tu buka-lipat-simpan-buka-lipat-simpan berhari-hari, barulah ilham datang. Asalnya saya nak namakan anything Cinta (?) (bermacam hashtag dah create), Laudya, Youmni. Tak kisah pun tak Love... tak LE. Dengan viralnya sekarang, nama Lalisa Blackpink (paling cocok sebab baby lali sokmo, ngantuk je kerjanya), Lavida pun dalam list, hahah. Tapi dah tertulis di azali, nama baby masih juga Love dan initial LE. 


Umumnya, saya cerewet... banyak! (1) Eksklusif : kalau saya tahu nama tu bertuan; contohnya sepupu saya nama Damia, saya malas dah namakan anak Damia lagi kerana mengacau keunikan nama sepupu tu. Agitchew~ Biarlah eksklusif untuk dirinya kerana ada berjuta lagi nama lain. (2) Maksud nama : sebab saya ditakdirkan belajar Arab Tinggi, bab maksud nama.. saya particular sikit. Kena ada puitis tak kisah ada balaghah tu. I dont like simple names simple meaning. Maka... terhasillah

Louvenia Elisha ~
Harapan papa & mama agar Louvenia Elisha betul-betul memberi inspirasi / teladan yang baik kepada umat manusia, memimpin kami semua ke jalan Allah. Juga betul-betul menjadi 'faddhalna alal alamin' serta 'minal akhyar'. Khayr maksudnya baik. Akhyar yang paling baik. Best of the best. Semoga anak-anak mama menjadi anak yang hebat nanti.


Terima kasih atas doa semua. Amin. Bye!

No comments: