PROSEDUR MEMBUKA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISLAM
Khas untuk orang yang blur-blur, rasa tak yakin, rasa nak tahu flow, nak dapatkan gambaran macamana cara-cara nak buka akaun simpanan di Bank Islam. :) Sekadar berkongsi pengalaman. Manelah tau berguna kan ? ;p
.jpg)
(mifc.com n.d.)
1. Start dari rumah la ye. Pertama sekali, google lah dulu cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah korang. Lepas tu, terus mandi bersiap-siap. Macam saya, saya pilih Bank Islam cawangan UM ;p (jauh tapi saje nak pegi. ahah)
2. Pastikan korang bawak salinan kad pengenalan (A4 sized). Untuk student, bawak salinan surat tawaran universiti (just in case bank officer tu mintak). Meh nak cerita sikit eh. Masa minggu lepas macam tu, saya ada pergi Bank Islam cawangan Kajang. Time tu memang bawak pen je (tak bawak copies langsung). Unfortunately, bank officer tu mintak salinan IC dengan offer letter. In contrast, kat Bank Islam cawangan UM just mintak salinan IC. Saya rasa, lebih baik bawak both copies kalau nak selamat ;) Nanti kalau dia mintak, kita boleh bagi. Kalau tak mintak, simpan je..kan?kan?
3. Sesampai kat Bank Islam tu, orang pertama yang korang kena jumpa ialah Pak Security. Bagitau secara ringkas apa korang nak buat. Nak senang, cakap ni je.. "Assalamualaikum Pak Cik, saya nak buka akaun simpanan". Lepas tu, Pak Security ni serta merta akan tunjukkan kita kepada officer yang bertugas. Malu bertanya sesat jalan kan? Baik tanyeee~
4. Bila depan officer, dia akan layan korang dengan sangat baik. Dia akan terangkan jenis-jenis simpanan yang berkaitan dan korang kenalah decide which one to choose. Setiap jenis tu ada kelebihan sendiri dan korang tanyalah banyak2 kat officer untuk maklumat lebih lanjut k?
5. Lepas dah pilih yang mana satu yang korang rasa sesuai, officer tu akan kasi a pile of forms. ISI BORANG!! haha. banyak ni tau. OK, saya list down yang mana ingat eh. Ada 2 kad tandatangan spesimen, 1 slip cash deposit (untuk masukkan duit simpanan pertama), 1 borang butiran diri, 2 borang akad, 1 borang kuning untuk atm card. Isi sampai siap.
6. Submit all the forms beserta dengan salinan IC dan IC original. Tunggu officer tu key in data. *tunggu dgn sabar* Lepas tu, dia akan suruh kita berurusan dengan kaunter bernombor kat depan. Officer akan bagi balik semua borang tu untuk kita bawak ke kaunter bernombor. Oh, jangan lupa ambik nombor giliran. Nanti kang, lame plak tunggu. haha ;p
7. Bila nombor kita dah dipanggil, cepat-cepat serahkan semua borang dan duit simpanan. Untuk duit simpanan, jumlahnya berbeza ikut jenis simpanan. Ada yang minima RM100, minima RM20, tapi masa isi borang tu, korang tanya2 lah officer, berapa jumlah minimum untuk jenis simpanan yang korang pilih :) aduh, simple je kan? Lepas tu, kita kena tunggu lagi *tunggu dengan sabar*
8. Bila dah lama tunggu, nama kita akan dipanggil. Errr, be alert k! Kat sini, dia akan bagi ATM Card. Apa yang perlu kita buat ialah cipta dan set nombor pin 6 digit on the spot. Macam biasa, input tak boleh menyerupai birth date, last number IC etc. Tekan kat satu alat canggih yang disediakan. Ulang tekan nombor pin tersebut. Tekan OK. Lepas tu, sign kat belakang card.
9. Lepas tu, officer akan bagi kita satu slip rasmi Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku (Passbookless). Emm, jangan terkejut sebab Bank Islam memang takde buku ;p Recheck! Dia akan bagi satu slip rasmi + Kad ATM. Dia akan pesan supaya kita harus ingat nombor pin, register online banking kat ATM Machine kat luar (terus buat), pastu activate online banking via internet kat rumah :) DONE!!
tambahan untuk JPA scholars!!!
Perasan tak dalam borang Maklumat Akaun Pelajar Biasiswa JPA tu ada nota kaki yang berbunyi *Sila sertakan salinan buku akaun (muka depan sahaja) ?
OK. Disebabkan takde buku akaun simpanan, usah gusar! ceyceycey. Kita cuma perlu photostate SLIP RASMI *Pembukaan Akaun Simpanan Tanpa Buku* tu. Dalam tu dah ada Cawangan, Nombor Akaun Simpanan dengan Nama Pemegang Akaun. Lagi sekali, photostate dan kepilkan :) DONE
Sekian :) Itu semua berdasarkan pengalaman saya lah..hehe. lain orang, lain pengalaman kan? Kepada scholars yg belum ada akaun Bank Islam je disarankan baca. Yang dah lama ada tu, tak yah la bace kottt ;D Biaselaah, dulu duit masuk dalam CIMB. Kes culture shock nih ;p
Bye!