Tuesday, December 21, 2010

Cerpen "One Is One and All Alone" dalam Bahasa Melayu untuk pelajar Form 2. (PART 1)

One Is One and All Alone
Nicholas Fisk



Trish merupakan seorang budak perempuan yang berada dalam kapal angkasa menuju ke Planet Trion. Dia sorang je kanak-kanak yang ada dalam kapal angkasa tu. Yang lain semuanya orang dewasa. Dia tersangatlah boring bermain berseorangan. 


Pada awal cerita, dia meluahkan perasaan pada diary dia. Dia cakap dia sorang je kanak-kanak dalam kapal angkasa ni. Orang lain semua orang dewasa yang ada tugasan tersendiri (menyelenggara kapal angkasa dan pastikan pendaratan di Planet Trion satu hari nanti selamat). Bagi semua orang, mendarat di planet Trion tu paling BEST lah. Tapi itu bukanlah keseronokan yang besar bagi Trish. Katanya, dia dah tinggalkan Bumi pada 12 Mac 2045. Setiap hari dia pangkah kalendar sampailah dia bosan sebab lame sangat nak pangkah... Diorang dijangka mendarat pada pertengahan Januari 2047, semasa Trish 13 tahun.


Ayah Trish ni orang penting dalam kapal angkasa, merangkap Executive Officer. Sangat busy. Ayah dia takdelah teruk sangat. Caring tau! Selalu je jenguk dia dalam bilik, senyum dan tanya macam ni "Trish OK? Macamana sekarang? Semua OK? Jom dinner sama-sama, chocolate milkshake pukul 6 ni jom!" Trish pun balas "Yum Yum!".. Ayah Trish senyum tapi Trish dapat lihat dari mata ayah dia macam tengah fikir pasal kerja. Sibuk je memanjang. Masa tengah borak pun Ayah Trish sempat lagi la kan jeling notis yang tertampal kat dinding :( Emak Trish ada kat planet Trion. Busy duk siapkan Space Station kat sana. Kesian Trish... 


Emak takde, ayah sibuk, kawan takde, Trish pun berkawan la dengan VP (VoicePrinter) sejenis gadget pintar. Setiap kali Trish cakap, percakapan tu akan ter-print dengan sendirinya. Trish simpan jadi diary. Yang untungnya, helaian cetakan tu improve ejaan dan tanda baca Trish! Hehe. VP ajar dia silibus sekolah. VP pun main game dengan dia. Favourite game ialah Pop Star, Trish jadi artis olok-olok depan VP. Sangat real. Best kot. Tapi kan, bukan apa yang dia cakap tak semestinya di-print. Kalau nak tukar jadi dialog je pun boleh...

Trish : Awak kawan baik saya, VP?
VP : Harap-harap. Saya cubalah. Tapi nanti bila mendarat di Trion, awak jumpalah rakan manusia baru macam awak.
Trish : Lambat lagi :(
VP : Takpe, sabar jelah. Sekarang, jom main Pop Star!
Trish : OK! ......

(Main)

Trish : Saya bosanlah tengok imej computer, sound, jadi sorang-sorang je budak dalam kapal angkasa ni. Saya nak orang yang boleh bercakap, bersama-sama....erm orang yang sebaya. Awak faham tak perasaan saya VP?
VP : Faham...Saya simpati betul. Jom main benda lain.
Trish : Tak nak ah main dah. Ajar la saya pulak. Ape dah perkataan terakhir dari kamus yang kita belajar?
VP : Kita dah sampai CLO... Perkataan seterusnya ialah CLOCK
Trish : Lepas tu?
VP : CLONE
Trish : Ajar laaa pasal CLONE
VP : CLONE ialah 
Trish : Oh. Macam susah je... Eh, kejap kejap. Yang clone biri-biri tu kan dulu?
VP : Biri-biri, binatang lain pun
Trish : Betul betul. Yang dia amik sikit spesimen dari kulit biri-biri, dan dari spesimen yang sikit tu boleh buat beratus-ratus biri-biri tu kan?
VP : Lebih kurang laaa.. Biri-biri tu semua sama sebab datang dari spesimen yang sama kan.
Trish : Memang rumit lah
VP : Memang. Sangat
Trish : Sekarang orang buat lagi ke CLONE?
VP : Mestilah.. Kenapa? Alat dalam makmal kapal angkasa ni cukup kalau nak buat CLONE


VP terangkan cara-cara nak buat cloning. Trish dah fikir macam-macam idea. Dia takmau dengar lagi dan Save supaya dapat dengar lain kali. Apa yang dia fikir tu? BioLab dalam kapal angkasa ni besar sangat. Memang kena besar pun sebab tujuan ke planet Trion untuk kaji sape yang duduk kat Trion, ape, akan datang siape sesuai dll. Sekarang ni, BioLab takde orang guna sebab tak sampai planet Trion lagi kan. Trish berhasrat nak buat klon diri sendiri sebab dia nak kawan yang sama macam dia.


Ting!! Kawan baru dah siap. Nama dia 'Clo'. Trish dah lupakan VP sebab ada Clo. Clo dengan Trish memang sebijik. Susah nak bezakan. Lebih sama daripada kembar seiras. Kalau ayah Trish datang jenguk, memang terkejut sebab nampak 2 orang Trish. Tapi Trish ni budak perempuan pandai... Dia selalu sorok Clo dalam satu bilik kosong yang sebelah bilik dia. Pintu bercantum. Clo tidur kat bilik satu lagi ni. Macamana dengan 2 baju? 2 makanan? 2 berus gigi? Nanti kantoi la dengan ayah dia.. OK, disebabkan kapal angkasa ni banyak stor, takde orang perasan pun kewujudan serba dua ni.




(Bersambung Part 2)

  • Tujuannya nak bagi pelajar Form 2 faham storyline (: 
  • Sebab saya excited baca cerita ni. Ending sangat mendebarkan :P Stay tuned.


Monday, November 29, 2010

Semua orang pun boleh dapat contact lens Acuvue free...

Assalamualaikum



Memang tak sia-sia klik nuffnang pada blog si polan. Hehehehehe (excited lebih). Rewind balik kejadian tadi. Tadi, jalan-jalan kat satu blog tu, ada iklan Acuvue. Lepastu, tertarik pada perempuan langsing berbaju love dan tanpa fikir panjang terus klik iklan tu...Kuikui.. rambang mata betul (simpulan bahasa macam confuse). Sebelum tu, mesti semua orang tahu Acuvue tu apa kan? Acuvue tu in case ada yang taktau, meh sini ceq nak habaq! Acuvue tu satu rangkaian contact lens yang famous.



Inilah iklan yang penuh dengan kuasa godaan tu 
(bukan yang ni tapi lebih kurang aaa sebab ada perempuan itu. Lawa sungguh beliau. Auuuh)


Lepas tu keliru nak click mana satu sebab ada 2 jenis CLICK HERE
A) FREE Trial
B) THIS FEELING Contest
(Seriously otak ligat semacam nak pilih pilihan mana satu. Cuak macam nak jawab exam pun ado)



Akhirnya pilih A untuk Ayam. Isi-isi sikit details macam nama, email jawab soalan kalau tak silap 3 soalan kot dan Tarraaaaaaaaa....dapat contact lens free untuk percubaan selama 3 hari. Tapi kena pergi redeem sendiri lah dekat outlet berdekatan. Dia manada mintak alamat hang, depa xpos okeh! Ulangan DAPAT CONTACT LENS ACUVUE FREE. Apa lagi, semua orang boleh dapatkannya dengan mengikuti langkah langkah yang mudah! 



Hampa xcaya ka? Nah tengok ni haaa


Hehe :) Jom tidor dengan gembira malam ni jom!






Yang pasal contest tu pulak, kalau rasa selesa pakai yang trial 3 hari tu, cepat-cepatlah beli 2 kotak Contact Lens Acuvue untuk melayakkan diri masuk contest. Haceeewah, ayat promosi habis. Yelah, kalau xbeli 2 kotak, xlayak masuk. Rugi jer. Bila layak masuk contest, segeralah mengira berapa biji love yang tertera pada borang yang diberi, sertakan nombor siri 2 kotak tadi dan submit~ Tunggu result.


Hadiahnya berupa:
1) Percutian untuk 2 orang ke Gold Coast Australia
2) 3 Bulan supply contact lens Acuvue


Thank you Nuffnang tayang iklan tu, dapat contact lens free rasa bertuah! Semua orang pun bertuah.






P/S:
Cakap pasal Australia, terima kasih sister Aqeela Aliah sebab buat saya gembira harini. Sayang sangat <3 Sangat sangat :))

Saturday, November 27, 2010

Healing Incantation Lyrics by Rapunzel


Healing Incantation
by Rapunzel

Flower, Gleam and Glow
Let your power shine
Make the clock reverse
Bring back what once was mine

Heal what has been hurt
Change the fates design
Save what has been lost
Bring back what once was mine

What once was mine...


:)

Friday, November 5, 2010

Tips Paling Berkesan Untuk Kuruskan / Gemukkan Badan.

Assalamualaikum.

Tahniah! Jikalau anda membaca entry ini, anda sebenarnya tergolong dalam kalangan yang concern pada kesihatan, ada kesedaran nak memulakan hidup yang sihat. Hehehehe. Sebelum itu, Mari kita buat survey.. Yang mana satukah anda? Gambar 1 atau Gambar 2?


Gambar 1: Saya banyak tidur dan gemuk :(
Gambar 2: Saya rasa saya cantik dan slim :) Tapi perlu maintain






Baiklah. 
Langkah pertama tersangatlah penting dalam penjagaan kesihatan, iaitu mengetahui 'berapa kalori yang badan kita perlukan?'.... Mari saya perkenalkan:


Kalkulator Kalori


Pengenalan:
Sebelum kita nak diet, diet untuk kurus / diet untuk maintain / diet untuk gemuk, kita kena tahu berapa keperluan kalori yang perlu diambil. Setiap manusia ada nilai kalori tersendiri mengikut jantina, aktiviti (aktif or sedatif), umur, persekitaran dan lain-lain. Keseimbangan kalori ini sangat penting sebab kalau lebih kalori, kita boleh gemuk. Kalau kurang kalori, kita boleh jadi kurus. Maintain kalori kalau dah rasa ideal. 



Contoh:
Nilai kalori saya 2000cal/hari,

1) Kalau nak maintain = Kena makan 2000 sehari plus minus
2) Kalau nak naikkan berat badan = Kena makan 3000 ke atas supaya kalori yang berlebihan tu tak dibakar dan boleh disimpan sebagai isi.
3) Kalau nak turunkan berat badan = Kena makan 1500 ke bawah supaya semua kalori terus dibakar dan yang lagi 500 tak cukup tu, badan kita bakar kalori yang dulu2. Habislaaah. kuruussslah kuruslahh.




Faham tak konsep?
Takpelah
Mari kita teruskan.....




Ini cara nak kira pengambilan kalori yang betul:



W itu berat kita in kilogram
SEE tu Standard Error Estimation. Maksudnya kalau perlu, kita tambah, kalau tak perlu buat bodoh saja.....Jikalau A dan B, umur, jantina, pekerjaan sama tapi A lebih banyak muscle (kuat) dari B, maka tambah lah SEE. Kiranya, dia memang perlukan kalori lebih.



Contoh calculation:

Nama: Puan Salmah (Bukan nama sebenar)
Umur: 30 tahun
Berat : 70 kg


8.3 x ( 70kg ) + 846 = 1427cal diperlukan untuk basal metabolic rate!!!
Ini belum tambah SEE
Bayangkan Puan Salmah ni seorang yang tak kurus sangat tak gemuk sangat,
maka nilai kalori ni dah cukup untuk dia.
Tapi tengok pula pada umur dia!!! 30 tahun..

Jadi kena tambah SEE sebab
Semakin muda, semakin banyak kalori yang kena consume!

1427 + 112 = 1539 kalori setiap hari untuk maintain kesihatan (plus minus)






Harap faham. Kalori ni langkah pertama untuk kurus dan untuk gemuk tahuuu? Kalau asyik diet takmau makan tapi bila makan, ambil makanan kalori tinggi macam Pasta, takde gunenye baii ~


Kalori boleh dirujuk pada nutritional value pada food packaging. Godek-godek sikit.... mesti ada..ataupun boleh rujuk pada internet.


What's your value? hehe

p/s: Sorry kalau ada salah info. Kalau ada salah, tolong betulkan.... I'm not a nutritionist (= thank you v much

Wednesday, November 3, 2010

Perbezaan Bahasa Arab Tinggi & Bahasa Arab Komunikasi

Assalamualaikum :)
Harini rasa macam nak ajar Bahasa Arab Tinggi kat semua orang sebab terjumpa ini:


(gambar kertas soalan Bahasa Arab Tinggi SPM 2007 milikku)
dah delete. Atas sebab tertentu



Bahasa Arab Tinggi ni lain sangat-sangat dengan Bahasa Arab Komunikasi. Sebab apa? (mengikut pengalaman saya)...



Bahasa Arab Komunikasi / Lughotul Arabiyah Ittisoliah

  • Senang sikit. Susah juga kalau tak faham... Tapi bila compare dengan Tinggi, sangat senang
  • Direct translation. Sebab tak banyak kiasan macam Tinggi
  • Belajar grammar basic macam Ism (noun), Fi'il (verb), dll.
  • Huruf berbaris, senang nak baca. (Baris ni macam guideline. Salah baca, maksud dah lain)
  • Simple sentences kalau nak compare dengan Tinggi. Contoh: "izinkan saya keluar dari kelas" --- "Asta'zinu lil khuruujil fasl"
  • Sebab tu budak lower form yang ambil. 
  • Input sama je dengan BM. Ada petikan, buat essay, murodif (sinonim), mudhod (antonim), translate petikan Melayu kepada Arab, bagi gambar dan buat essay, buat rumusan daripada petikan.
  • Agak senang walaupun silibus merangkumi satelit, komunikasi bagai.





Bahasa Arab Tinggi / Lughotul Arabiyah Al-Aliyah

  • Upper form yang ambil subjek ni
  • Belajar bukan setakat grammar simple, tapi yang complex punya.
  • Belajar Qawaid. Contoh: Maf'ul Bih, Maf'ul Mutlak, Maf'ul Li-Ajlih, Maf'ul Fih dan banyak lagi...Lupa laah dah lame tinggalkan :(
  • Yang kat atas ni sebenarnya teknik-teknik nak bubuh baris. 
  • Bila belajar Bahasa Arab Tinggi, baris dah tak disediakan, hanya ada huruf. Kalau salah baris, salah maksud! Ingat tu.
  • Pernah terfikir tak kenapa ada Allahu, Allaha, Allahi? Hmmm, maksud lain-lain ni...bukannya sebab nak sedap bunyi je :)
  • Belajar sastera Arab, iaitu Balaghah. Sangat best sebab rasa kagum! Nak-nak bila kaitkan dengan Al-Quranul Karim. Subhanallah!
  • Ada Ujian Lisan. Iaitu: Berborak-borak dengan Ustaz pasal isu semasa. Baca petikan yang takde baris depan Ustaz (susah ni). Bila dah baca, kena jawab soalan pemahaman daripada Ustaz, Bagi maksud perkataan susah susah, dll.
  • Essay mestilah ada tapi soalan essay sesusah soalan BM level SPM lah
  • Ada peribahasa. Banyaaaaaak peribahasa. Kena buat essay pendek untuk peribahasa.
  • Ada banyaaaaaak simpulan bahasa, peribahasa, kiasan sana, kiasan sini yang sangaaaat best!
  • Essay bukan sebarang essay. Tak main dah buat Faedah Membaca, Faedah Menabung semua tu. Essay Arab Tinggi ialah buat Ucapan. Buat Surat Rasmi...haha. Senang tak senang!
  • Contoh Balaghah ataupun Sastera Arab:



Mari kita belajar apa ya? Dah lupa banyak. Haaa, kita belajar Haqiqat Wal-Majaaz. hehe sebab yang ni je yang paling ingat:


HAQIQAT WAL-MAJAAZ.


Saya bagi satu vocab untuk korang eh. 
Asadun = Singa


Ini ada dua ayat comparison. (Saya dah lama tinggal bahasa arab, so saya buat ayat simple je lah OK?)


1) Ya'iisyu al-asadu fil ghoobah.
maksudnya: Singa tinggal di dalam hutan



2) Yakhtubu al-asadu 'alal minbar
maksudnya: Singa sedang memberi khutbah atas mimbar



Haqiqat : Ayat satu sebab beri maksud yang direct
Majaaz  : Ayat kedua sebab beri kiasan. Singa yang beri khutbah tu bukan singa betul. Bukaaan. Tapi singa yang dimaksudkan ialah orang yang berperwatakan seperti kuat, berani, macam singa.





Itu sahaja yang dapat difikirkan untuk kali ini. Jutaan terima kasih buat Ustazah dan Ustaz yang mengajar Arab dari Form 1 sampai Form 5. Paling saya hargai, Ustaz Mohd Fakhzan Zulkawi sebab ajar Arab dari Form 2 hingga Form 5..Syukran Jazilan ya Ustaz! Walaupun vocab takde la banyak sangat tapi mudah faham ayatul Quran, mudah ingat nama orang dan tahu maksud, mudah semua. Hidup lebih bermakna :)Alhamdulillah ala kulli haaal. Terima kasih Ya Allah atas ilmu ini :o)