Wednesday, November 3, 2010

Perbezaan Bahasa Arab Tinggi & Bahasa Arab Komunikasi

Assalamualaikum :)
Harini rasa macam nak ajar Bahasa Arab Tinggi kat semua orang sebab terjumpa ini:


(gambar kertas soalan Bahasa Arab Tinggi SPM 2007 milikku)
dah delete. Atas sebab tertentu



Bahasa Arab Tinggi ni lain sangat-sangat dengan Bahasa Arab Komunikasi. Sebab apa? (mengikut pengalaman saya)...



Bahasa Arab Komunikasi / Lughotul Arabiyah Ittisoliah

  • Senang sikit. Susah juga kalau tak faham... Tapi bila compare dengan Tinggi, sangat senang
  • Direct translation. Sebab tak banyak kiasan macam Tinggi
  • Belajar grammar basic macam Ism (noun), Fi'il (verb), dll.
  • Huruf berbaris, senang nak baca. (Baris ni macam guideline. Salah baca, maksud dah lain)
  • Simple sentences kalau nak compare dengan Tinggi. Contoh: "izinkan saya keluar dari kelas" --- "Asta'zinu lil khuruujil fasl"
  • Sebab tu budak lower form yang ambil. 
  • Input sama je dengan BM. Ada petikan, buat essay, murodif (sinonim), mudhod (antonim), translate petikan Melayu kepada Arab, bagi gambar dan buat essay, buat rumusan daripada petikan.
  • Agak senang walaupun silibus merangkumi satelit, komunikasi bagai.





Bahasa Arab Tinggi / Lughotul Arabiyah Al-Aliyah

  • Upper form yang ambil subjek ni
  • Belajar bukan setakat grammar simple, tapi yang complex punya.
  • Belajar Qawaid. Contoh: Maf'ul Bih, Maf'ul Mutlak, Maf'ul Li-Ajlih, Maf'ul Fih dan banyak lagi...Lupa laah dah lame tinggalkan :(
  • Yang kat atas ni sebenarnya teknik-teknik nak bubuh baris. 
  • Bila belajar Bahasa Arab Tinggi, baris dah tak disediakan, hanya ada huruf. Kalau salah baris, salah maksud! Ingat tu.
  • Pernah terfikir tak kenapa ada Allahu, Allaha, Allahi? Hmmm, maksud lain-lain ni...bukannya sebab nak sedap bunyi je :)
  • Belajar sastera Arab, iaitu Balaghah. Sangat best sebab rasa kagum! Nak-nak bila kaitkan dengan Al-Quranul Karim. Subhanallah!
  • Ada Ujian Lisan. Iaitu: Berborak-borak dengan Ustaz pasal isu semasa. Baca petikan yang takde baris depan Ustaz (susah ni). Bila dah baca, kena jawab soalan pemahaman daripada Ustaz, Bagi maksud perkataan susah susah, dll.
  • Essay mestilah ada tapi soalan essay sesusah soalan BM level SPM lah
  • Ada peribahasa. Banyaaaaaak peribahasa. Kena buat essay pendek untuk peribahasa.
  • Ada banyaaaaaak simpulan bahasa, peribahasa, kiasan sana, kiasan sini yang sangaaaat best!
  • Essay bukan sebarang essay. Tak main dah buat Faedah Membaca, Faedah Menabung semua tu. Essay Arab Tinggi ialah buat Ucapan. Buat Surat Rasmi...haha. Senang tak senang!
  • Contoh Balaghah ataupun Sastera Arab:



Mari kita belajar apa ya? Dah lupa banyak. Haaa, kita belajar Haqiqat Wal-Majaaz. hehe sebab yang ni je yang paling ingat:


HAQIQAT WAL-MAJAAZ.


Saya bagi satu vocab untuk korang eh. 
Asadun = Singa


Ini ada dua ayat comparison. (Saya dah lama tinggal bahasa arab, so saya buat ayat simple je lah OK?)


1) Ya'iisyu al-asadu fil ghoobah.
maksudnya: Singa tinggal di dalam hutan



2) Yakhtubu al-asadu 'alal minbar
maksudnya: Singa sedang memberi khutbah atas mimbar



Haqiqat : Ayat satu sebab beri maksud yang direct
Majaaz  : Ayat kedua sebab beri kiasan. Singa yang beri khutbah tu bukan singa betul. Bukaaan. Tapi singa yang dimaksudkan ialah orang yang berperwatakan seperti kuat, berani, macam singa.





Itu sahaja yang dapat difikirkan untuk kali ini. Jutaan terima kasih buat Ustazah dan Ustaz yang mengajar Arab dari Form 1 sampai Form 5. Paling saya hargai, Ustaz Mohd Fakhzan Zulkawi sebab ajar Arab dari Form 2 hingga Form 5..Syukran Jazilan ya Ustaz! Walaupun vocab takde la banyak sangat tapi mudah faham ayatul Quran, mudah ingat nama orang dan tahu maksud, mudah semua. Hidup lebih bermakna :)Alhamdulillah ala kulli haaal. Terima kasih Ya Allah atas ilmu ini :o) 



14 comments:

FaRHaN SyAHiR said...

how i miss those...
btw sarah, u did remember a lot..
aku da lupe byk sgt..

Sarazaqea said...

SO TRUE :o)
If I can turn back time, I'll learn it with heart <3 lol
btw, manede...yang tu contoh paling senang la classmate ku :)

Rozana Razali said...

bgsnya sara! sy pon belajar dr form one gak, even smpai uia belajar lg,, tp xhebat mcm sara.. dh lupa dh semua2 tu.. =P

zarifahmr said...

aku lagi lerr..jangan kata arab, english pun lintang pukang. lain lah jawaa ngeh ngeh

Anonymous said...

pndainye sara masih ingat slybus arab :) yup arb tinggi memg susah...haha. tp subject b.arab kat uia lg senang dr arab komunikasi. hehe pelik.

inniakhofullah said...

salam.ni sarah zakiah ek?

sbpik?huhu.xsangka jumpe junior2 kat sni...btw, ingat akak x?

Sarazaqea said...

Rozana Razali-->
Auwhhh. Sep sep sep!! Same la kite belajar dari form one. Tapinye Sara manede tere. uhuk :( Awk la tere sebab praktik..hihihi. Konfem!


Zarifahmr-->
Haih. Tudiaaaaaaa. Takpeee bahasa asing lintang pukang. Mother tongue kene jadi number satu. Sara ni haa, semua sekali merapu-rapu :S

Sarazaqea said...

Anon-->
HO LIAO (buat-buat terkejut)?????? Takpelah...UIA lagipun bukan semua ambil arab. Untung lah yang ade basic. Boleh score punya... Mesti awk seorang master. Saye segan nyeeeee.


Erma Fatiha-->
Salam K. Erma :)
INGAAAAAAAAAAAAT. Kak Erma rumah merah ni kan? Kecik je dunia. :DD

cik mas said...

wah..ingt lagi ye...rindu nk blaja bahasa arab lagik... :)

King Of Single said...

ohhhhh cam tuu eyy..
xcam tkejut lak saye bace singa beri khutbah an..hahah.

nice tutor!

syukran2..hehe

syazwa said...

whoaa. xsangka. sy pn jwb paper tu aw..! susa penin2 hengat nk balek umah je time tu..

Anis Farhan Muhamad Ali said...

salam...maaf mencelah..kunjungan utk kumpul mklumat..bt..contoh2 yg baik..moge dpt terus igt ape yg dah dipelajari...terus cintai لغة الجنة....:)

Anis Farhan Muhamad Ali said...

salam ziarah...cth2 yg sgt baik...teruskan mencintai لغة الجنة nie..:)

Anonymous said...

:-D