Friday, April 2, 2010

Cookies bukan bermaksud biskut sahaja. ♥

Kadang-kadang dalam computer mahupun kalau canggih sikit, laptop, pasti kita semua jumpe perkataan cookies..(aku bold sikit) betul tak? betul tak? Jangan risau kerana ia bukanlah serpihan biskut biskut yang korang makan dan terjatuh kat celahan keyboard dan kau buat-buat tak sedar dan kau tonyoh-tonyoh habuk tu masuk dalam-dalam dan akhirnya dijumpai oleh komponen di dalam komputer kita. Oh no...not at all~ Aku sarankan semua belilah vacuum keyboard yang tidak menggunakan bateri, yang ada usb tu. Aku jumpa dekat Giant Bukit Kinrara semasa membeli tiket flight bersama umi ;') 800 sen malaysia. Murah gile.

Berbalik kepada cookies. Aku nak beri info yang ringkas saje sebab aku mengaku aku tak pandai sangat bab komputer ni. Kalau korang nak detail sangat, korang pegi tanye kat kedai komputer mahupun tanye kat forum mahupun google sendiri baca yang bahasa inggeris. Kalau korang malu bertanya, pegi tanye pakwe2 korang. 

COOKIES
Basically cookies ni bukan virus. So, bab ni kalau pop-out, korang jangan risau. Cookies ni sebenarnya suatu mekanisme yang record semua data asas yang korang type pada sesuatu website dan data-data ni disimpan ke dalam hard disk untuk digunakan balik pada masa depan, termasuk esok, luse dan seterusnya *paham tak?*

Tujuan dia tak lain tak bukan untuk memudahkan kita nak datang website tuh berulangkali tanpa perlu memasukkan data-data tu balik semula. Aaaa. keling tak? Aku rase tak. 

Contoh: Facebook. Korang tak payah log in setiap kali nak masuk (kecuali korang log out). Die ade cookies yang simpan data: email and password. So, memang direct terus pergi Home. Tapi kat komputer tu jelah. Jangan tanya aku balik, "Apsal aku bukak Facebook dekat cybercafe pastu aku balik rumah, kena log in balik?" T_T malas nak layan.


cookies untuk tatapan semua. aku suka cookie yang paling depan dua dari kiri. rase nak ngap sekarang juga. 


ada benda penting aku nak cakap. malam ni pukul 10 aku cakap

2 comments:

umi~wannza said...

cookies juga bermaksud Bantal busyuk sepertimana yang kita jumpa kat miss T di Sunway hari tu...betul x?

Siap bergambar2 dgn akma af lagi kita kat situ. yahoo!

Cop2! Nak tya yang mana satu di antara cookies tu adalah ANDA?

jawab2...

Sarazaqea said...

sangat sangat bentul umi...comeyl sangat bantal cookies-cookies tu, bukan setakat tu je, die siap tulis due kali tu tak tahannye,,,kukih kukih..hehehe..

cop cop nak jawab kakngah mestilah yang paling comel..umi tu, yang barisan kedua...hehehe....supo dooh. lek lek lek..supo nak edit letak muko umi tepi..