Sunday, September 24, 2017

Nama anak Sarazaqea

Assalamualaikum wbt & hai semua.

Introducing, Loveesa ...

Loveesa Enaara Binti Mohd Hizwan
لوئيسا إناره
Meaning: 
A charismatic, brilliant, illuminating renowned warrior who is sent from heaven
Maksud: 
Seorang pahlawan terkenal berkarisma, pintar dan bergemerlapan yang dihantar dari syurga

Name origin: Swedish + Arabic
Pronunciation: lo-vi-sa i-naa-ra
Root name: Louisa Inaarah
DOB: 03/07/2017 (Isnin) jam 1.25 petang. Betul-betul start azan Zohor 9 Syawal 1438H
POB: Labour Room 13, Ward 8B, Hospital Serdang
Doktor bersalin: Dr. Vivian Melissa + Dr. Ayu Nadia (my junior back then in SBPIK)
Tarikh daftar nama: 07/07/2017 (Jumaat) Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya by her Papa


Bila pertama kali terpandang Lovisa, saya terfikir mesti huruf 'v' akan bunyi 'u'; lu-wi-sa. Macam brand terkenal 'BVLGARI' sebut 'Bulgari', sebabnya v tu stylized aje, based on classical Latin dimana 'u' ditulis 'v' pada tulisan purba sebab nak bagi lawa-lawa kat batu. Rupanya sangkaan saya salah. I'll say lo-vi-sa. Isn't that an interesting sound? Ejaan nama 'Lovisa' diterima di Sweden, jadi saya olah jadi Loveesa supaya unik biar nama dia seorang sahaja carian google dalam dunia, and yes she is :) Loveesa has 'love' in the name. Bagi saya, Loveesa tu sangat charming, satisfying name, something just a little different. Jadi, siapa yang tiru-tiru dapat cam/detectlah... sebab saya yang reka ejaan ni. Sama juga dengan ejaan Sarah Zakiah saya reka jadi Sarazaqea. Tak sangka rekaan jadi kegilaan. Siap namakan anak Sarazaqea, berkenan betul tiru zaqea zaqea ye, nak tercekik halkum kita menyebutnya ;p


Apa ciri utama letak nama? Apa yang saya tekankan?

Sejujurnya sehari sebelum daftar nama 07/07/17 yakni 06/07/17 baru gabungan nama ni wujud. Inara kami dah cop masa mengandung 7 bulan, dah start panggil 'Nara' dalam group whatsapp family. Tapi ____ Inara??? Kalau nak diikutkan, saya nak letak nama 'Julya'. Ilham datang masa akhir sangat dah. Masa letak nama Reyna 2 tahun lepas, nama comel-comel saya terus save dalam Notes phone. Sekali Notes tu hilang sebab phone corrupt. Menangis. Saya dan suami pula tak pernah discuss nak letak nama apa masa mengandung.


PALING UTAMA, saya nak nama beri maksud yang baik sebab nama akan mempengaruhi siapa diri kita FOREVER & saya nak penceritaan / kesinambungan maksud yang menarik. Saya tak suka maksud seketul-seketul or tak significant/tak jelas or tak ada cerita. Kalau lembut, lembutlah orangnya. Kalau pemimpin, dia akan ada sifat kepimpinan. Kalau cerdik, cerdiklah dia. Saya percaya, nama itu doa.


Janganlah kata saya letak nama mengarut Loveesa Loveesa macam saya cetek akal. Geramlah. Saya ni scan nama orang je terus tahu makna tau. Haa jangan main-main. Saya tengok je, 'Karimah - mulia', 'Jameela-cantik', I cannot haha sebab minat. Bukan takat ejaan nama huruf pelik pun saya ingat, makna pun terus tahu. Saya ada based Bahasa Arab yang kuat sebab saya orang Arab ahahah memain je walaupun my non-Malay friends selalu kata saya bukan Melayu. Saya start belajar Arab sejak Form 1 di SMKA Tok Jiring dengan Ustazah Fatimah selama 8 bulan. She's awesome buat saya bijak Arab dengan formula tangan tu. Lepastu sambung belajar Arab di SBPI Kuantan dengan Ustaz Izalludin sambung Ustaz Fakhzan sambung Ustazah Habibah siap masuk choral speaking Bahasa Arab, syarahan Bahasa Arab serta kuiz Bahasa Arab peringkat kebangsaan di SM Sains Teluk Intan tahun 2006. Ustaz Fakhzan la yang buatkan saya terer Arab sebab dia paling lama ajar saya & terrrlalu best; hafal maksud guna lagu, spontan gitu je insert vocab arab masa ajar contohnya 'Barnamij Gaya Sihat' 'Haiya Bersenam', sangat sempoi! Mereka semua ajar sampai saya dapat A1 almost semua ujian Bahasa Arab Tinggi & SPM yang kena tulis surat kiriman rasmi tu. Ustaz Fakhzan pun selalu scan nama orang pastu dia bagitahu maksud. Haha saya terikut dia lah. Ingat lagi dia kata 'Erika' dari root word 'Arikah' maksud singgahsana. Berbintang-bintang saya teruja.


Saya nak nama 'International' semua satu dunia rasa tak pelik. Macam nama saya Sarah. Semua bahasa pun kenal Sarah. Senang nak study oversea hehe. Macam tu lah konsepnya. Saya nak nama tak common / unik sebab personally saya suka orang nama unik. Contohnya dalam buku TKC (Tunku Kurshiah College) dulu, sidang redaksi dia nama 'Puteri Nur Syurga'. Siapa gerangannya orang ini? Orang nama unik ini easy-to-spot betul tak?. Semua nak kenal. So, membuka peluang lebih cerah kat dia. Saya suka publisiti hehe. Dan saya taknak rigid sangat ikut initial H & S. Nanti buntu nak cari maksud sedap. Biarlah initial apa pun, asalkan maksud sedap. Masih anak saya juga kan?


Okaylah, untuk entry warm-up bertahun tak menulis, saya tulis pendek-pendek dulu. Ada lagi ke yang suka saya menulis? Maksudnya ada lagi ke nak saya berblog macam dulu? Kalau ada yang suka, komen 'I want more' di ruangan komen ye.


Thank you baca, bye!