Friday, November 15, 2013

Revision Bersama NIAT Solat Jama' Qasar Taqdim / Ta'khir

Assalamualaikum ya muslimin muslimat :)

Zaman sekarang ni, zaman satu kereta/satu person, semua orang pun pernah terima title 'musafir' kan? Kecuali beli kereta untuk hantar anak sekolah je tapi coppp itupun mesti pernah bermusafir dengan menaiki bas/tumpang orang/dll. Rasanya sangat penting untuk kita 'revise' balik betul ke? salah ke? niat kita solat jama' qasar kan? Kadang-kadang kita main cincai je sebut until jadi rutin pulak seumur hidup. Ruginya kita~ Walaupun ia sekadar niat, Allah terima niat kita walau macamana pun, jom revise sama-sama supaya tiada lagi was-was di hati + tahsin solat kita. Jom baca sepintas lalu....


Syarat-syarat perjalanan yang membolehkan kita solat jama'/qasar:
  1. Perjalanan bagi tujuan yang baik (bukan nak buat maksiat)
  2. Jauh perjalanan tidak kurang dari 2 marhalah (90 km)
  3. Tahu jalan ke destinasi yang dituju (bukan jauh lokasi + sesat jalan = 2 marhalah)
Jama' 
Bahasa : Himpun / Kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam 1 waktu **dengan syarat-syarat tertentu
Jamak ni antara perkataan Arab yang dimelayukan. Kita dah familiar kan? Ok moving on to the next word! Solat Jama' hanya applicable pada fardhu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak. (Except Subuh)

Qasar
Bahasa : Pendek + Ringkas
Istilah : Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat
Qasar dalam bahasa Arab maksud dia potong, so bila kita olah akan jadi pendek la kan. Hanya applicable pada fardhu Zohor, Asar, Isyak (Except Subuh, Maghrib)


Solat jama' qasar terbahagi kepada 2:
  1. Solat Jama' Qasar Taqdim
  2. Solat Jama' Qasar Ta'khir  


SOLAT JAMA' TAQDIM
Combine 2 waktu solat pada waktu yang pertama.
Taqdim tu sendiri datang dari root word arab "Qo-da-ma" yang bila derive boleh jadi Muqaddimah, Taqdim, dan banyak lagi. Muqaddimah kan pendahuluan hehe so, senang ingat solat yang waktunya terdahulu. Antara zohor-asar, solat jama' masa waktu Zohor. Begitu juga antara maghrib-isyak, solat jama' masa waktu Maghrib. So, ingatlah JAMA' TAQDIM - MUQADDIMAH


Niat Solat Jama' Taqdim Zohor + Asar
 
TERJEMAHAN WORD BY WORD (Atas - Zohor)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhozzuhri - Fardhu Zohor
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihil 'Asri - Kepada Asar
Jam'a Taqdim - Jamak Taqdim
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala

TERJEMAHAN WORD BY WORD (Bawah - Asar)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal 'Asri - Fardhu Asar
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihizzuhri - Kepada Zohor
Jam'a Taqdim - Jamak Taqdim
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala

Niat Solat Jama' Taqdim Maghrib + Isyak


TERJEMAHAN WORD BY WORD (Atas - Maghrib)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal Maghribi - Fardhu Maghrib
Tsalatsa rokaatin - 3 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihil 'Isyaai - Kepada Isyak
Jam'a Taqdim - Jamak Taqdim
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala

TERJEMAHAN WORD BY WORD (Bawah - Isyak)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal 'Isyaai - Fardhu Isyak
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihil Maghribi - KepadaMaghrib
Jam'a Taqdim - Jamak Taqdim
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala



SOLAT JAMA' TA'KHIR
Combine 2 waktu solat pada waktu yang kedua.
Ta'khir tu pulak datang dari root word arab "A-kho-ro" yang  beri makna akhir. Akhir pun dah dimelayukan dengan meluas kan. See, senang je bahasa arab sebab banyak familiar dengan kita. Bila derive boleh jadi Ta'khir. So, senang ingat solat yang waktunya akhir antara 2 tu. Antara zohor-asar, solat jama' masa waktu Asar. Begitu juga antara maghrib-isyak, solat jama' masa waktu Isyak. So, ingatlah JAMA' TA'KHIR - AKHIR


Niat Solat Jama' Ta'khir Asar + Zohor

TERJEMAHAN WORD BY WORD (Atas - Asar)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal 'Asri - Fardhu Asar
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihizzuhur - Kepada Zohor
Jam'a Tak-khir - Jamak Ta'khir
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala

TERJEMAHAN WORD BY WORD (Bawah - Zohor)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhazzuhri - Fardhu Zohor
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihil 'Asri - Kepada Asar
Jam'a Tak-khir - Jamak Ta'khir
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala
 
Niat Solat Jama' Ta'khir Isyak + Maghrib


TERJEMAHAN WORD BY WORD (Atas - Isyak)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal 'Isyaai - Fardhu Isyak
Roka'ataini - 2 rakaat
Qasran - Dipendekkan
Majmu'an - Dihimpunkan
Ilaihil Maghribi - Kepada Maghrib
Jam'a Tak-khir - Jamak Ta'khir
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala

TERJEMAHAN WORD BY WORD (Bawah - Maghrib)
Usolli - Sahaja aku solat
Fardhal Maghribi - Fardhu Maghrib
Tsalatsa roka'atin - 3 rakaat
Qasran -Dipendekkan
Majmu'an -  Dihimpunkan
Ilaihil 'Isyaai- Kepada Isyak
Jam'a Tak-khir - Jamak Ta'khir
Lillahi Taala - Kerana Allah Taala




Hikmah solat jama' qasar:


  1. Meringankan + memudahkan umat Islam menunaikan solat dalam perjalanan
  2. Tanda kasih sayang ALLAH SWT kepada manusia
  3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan walau apa keadaan sekalipun
  4. Menggalakkan umat Islam melancong bagi menambahkan keimanan + mengeratkan tali persaudaraan


For more info, don't hesitate to do extra reading by your own especially details tentang syarat-syarat sah, permasalahan, kaifiyat dan lain-lain. Tqvm :)



References:
  1. Jafar A. Solat Jamak Dan Qasar [Internet]. 2013 [updated 2013 February 16, cited 2013 November 11]; Available from: http://www.slideshare.net/AbdulJafar1/solat-jamak-dan-qasar
  2. JAKIM. Panduan Solat Qasar Dan Jama' [Internet]. 2013 [updated 2013 November 15; cited 2013 November 15]; Available from: http://www.islam.gov.my/e-solat/panduan-solat-qasar-dan-jama
  3. Lembaga Zakat Selangor. Panduan Solat Jama' Dan Qasar [Internet]. 2006 [updated 2006; cited 2013 November 15]; Available from: http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_jamak.asp
  4. Kitab-kitab agama (Munyatul Musolli dll.)


P/s: Sebenarnya timbul niat nak revise bacaan sebab saya kerap sangat bermusafir. Almost everyday! Kejap ke Tapah, esok ke Pahang, lusa gerak Johor, gi sana gi sini tak berhenti. Memang dari kecil umur 5 tahun dah didedahkan solat jamak qasar sebab abah selalu outstation dan kami selalu mengikut Abah + Umi solat. Bila masuk sekolah+fardhu ain, belajar secara formal, rasa sangat suka, excited sebab kita dah ada pendedahan awal dari kecil :) Tapi itu tak menjanjikan apa-apa. Kita kena tahsin solat sokmo-sokmo supaya lebih baik dan baik dan semoga dekat dengan Allah SWT :) Take care all.


Jzkk!


8 comments:

Mohd Farhan said...

Assalamulaikum puan ustazah..
nak tanya sikit...ape hukum tertinggal solat kalau traffic jam?...menda kite paham2 lah kalau traffic jam ni kadang2 3 jam bergerak 100 meter je...

Sarazaqea said...

Waalaikumussalam Farhan.
Ohmyyyyy bukanlah ustazah pun, banyak lagi benda kena belajar. Boleh refer ustaz-ustaz yang arif ye untuk pencerahan....

Mohd Farhan said...

owh yeke...ingat ustazah tadi...sya pun main pakai tnya je...sbb tiba2 jumpe blog aok bnyak post pasal ugama....mintak maaf la...

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

PirateKing™ said...

salam. good info here

fatimatuzzahra said...

Thanks for sharing dear.bagus info ni sisp ade terjemahan lg, sng nak hafal..

Pengedar Shaklee Malaysia Brunei

Aziz Atif said...

Thanks atas perkongsian..semoga dipermudahkan segala urusan..insyaallah..amiinn...

Anonymous said...

Mohon share ya info dalam nie.trima kasih