Saturday, March 24, 2012

25 idea yang korang cakap 'Elehhh' tapi sebenarnye 'Ohsemmm gile dow'

Lepas korang baca ni kan, gerenti semua akan cakap 'WHY DIDN'T I THINK OF THATTT!!???" Hahahahaha sebab saya pun macam tu. Mulut mengomel sampai senget bila tengok setiap gambar *tepuk dahi* Berikut ialah 25 diagram pelik yang boleh diaplikasikan untuk memudahkan kehidupan kita. Tibe-tibe. Hidup ni bukan susah sangat pun kalau kite pandai ejas-ejas sikit. Saya jumpa article ni daripada FB Aquila Asia pada bulan 1 (lambat beno nak share). Dalam 9gag pun ade uols. y u no read no faster?




Credit to : amy-newnostalgia.blogspot.com
Buang daun strawberry dengan straw. Tebuk laju-lajuu. Ade setengah orang tu, makan strawberry sekali dengan daun-daun terus pemalas gile wakakaka sebab daun dia melekat mcm bubuh gam gajah kan? Tapi bukan saya la pemakan daun tu..korang la tu :p (Sangat ideal untuk strawberry yg ade kat kek birthday, boleh try)




Credit to : apartmenttherapy.com
Licinkan balik permukaan perabot yg tercalar dgn menggosok walnut. Ambik je walnut seketul (boleh beli kat Jusco), gilap kat kesan calar sampai berkilat twinkling sparkling. Hehe. Ni tak sure sangat lah betul ke tak sebab tak cuba lagi..

Credit to : unplggd.com
Hilangkan kesan contengan crayon kat skrin TV/komputer/ dinding dengan WD40. Apekebende WD40 ni ye? (Kena google balik sebab tak femes kat Malaysia tapi malas nak google sekarang).. Oh click here for WD40's info. Sangat sesuai untuk ibubapa yg ada anak kecil suka Draw Something tak tentu hala. Tak payah babap, gonyoh dengan WD40 je.




Credit to : athomewithrealfood.blogspot.com
Ikat epal dengan getah (rubber band) untuk elak epal tukar warna cokelat. Biasa ibu-ibu bekalkan anak-anak buah epal yg dah dipotong supaya boleh makan time rehat. Tapi bila time rehat MasyaAllah epal dah oxidise dan anak-anak tak selera dah sebab dah masuk angin, basi katenye. Dugaan sangat. Boleh cuba idea ni ye para ibu.




Credit to : marthastewart.com
Masukkan cadar dalam sarung bantal supaya tak hilang dan senang nak cari. Ni biasa terjadi kat budak-budak asrama balik bermalam. Balik rumah basuh-basuh, malas nak lipat tolak ke tepi. Esok nak sekolah baru nak lipat. Alih-alih hilang dah sarung bantal berlencana sekolah. Menangis satu rumah. Hoho. Buatlah cani nextime, sedap mata memandang! Macam hotel kan? haha




Credit to : realsimple.com
Untuk kuatkan volume iPhone/iPod letakkan dia dalam mangkuk. Sebab apa? Sebab mangkuk ni bersikap hayun, eh tak dia bersikap concave shape (melengkung). iPhone kan speaker dia kat bawah so mangkuk ni amplifies the music. Semakin concave, semakin kuat bunyi. Sape bubuh dalam mangkuk leper ala-ala pinggan, good bye. Serious korang tak payah ar beli aksesori memahal tu wey. Mahal gile kot. Kurus dompet. One more thing, iPad boleh ke? Boleh je tapi kena cari mangkuk menguli doh kek yg gedabak sikit. Bawak la kehulu-kehilir mangkuk tu ye. Trololololol




Credit to : savvyhousekeeping.com
Simpan beg plastik dalam bekas wet wipes (tisu wangi baby). Jangan buang bekas dia, sangat berguna untuk organize plastik bag. Tapi saya suka lipat satu satu ikut jenis dan warna hiks. Tak paham kenapa orang longgok je dah la sakit mata memandang lepas tu tak menjimatkan ruang okey dan berkedut, ok bye blabbering on and on. 




Credit to : iheartnaptime.net
Pakai bedak sebelum berlari-lari atas pasir di pantai. Tahukah kamu? Bedak boleh menyingkirkan pasir pantai dengan mudah semudah ABC? Seriously, u must try. Mulai sekarang sila tambah bedak dalam list picnic ke pantai. Saya pun selalu hampa sebab bila nak naik kereta, mestilah kena basuh kaki kat ombak tapi bila jalan jengket-jengket selalu je ada pasir yg melekat. Tensen giler. huh. 




Credit to : realsimple.com
Simpan soft toys (anak patung, plushies, teddybear dll) dengan melekatkan dia pada velcro strip. Aaaa velcro strip tu macam pelekat yang kat kasut sekolah dulu. Bila tarik bunyi srekkk srekkk. Wahhhh. Velcro strip name dia. Sila hafal. Lekatkan kat dinding, boleh jadi wallpaper dan jimatkan ruang. Comel untuk bilik kanak-kanak.




Credit to : flickr.com
Gunakan wayar dawai untuk simpan pembalut hadiah, gantung kat siling. Yang ni pun menarik boleh sorok dan jimatkan ruang. Lebih elok la daripada biarkan dia berlonggokan sesama sendiri atas lantai. Buruk sangat keadaannye. Bergelandangan sangat~




Credit to : instructables.com
Balutkan hos vacuum dgn sarung kaki untuk mencari barang yg halus dan kecil macam diamond, subang dll. Gotcha! Tak perlu meraba raba dah sampai terpaksa jadi Cinderella lap-lap habuk dengan tangan. Rumah bersih, barang yg hilang pun jumpa. Tapi elakkan stokin koyak, kang menangis pulak. Elakkan stoking tebal juga, kang seminggu vacuum tak jumpa-jumpa. Bahaha




Credit to : realsimple.com
Torehkan huruf 'X' atas penutup kotak kasut untuk jadi tempat letak cupcakes. Kotak cupcakes kan macam mahal kan. Untuk jimat, boleh toreh-toreh gitu je. Kreatif sangat :) Ikut ukuran cupcake, buat segiempat dan toreh X.




Credit to : stephmodo.com
Nah cara-cara melipat cadar dengan cantik. Ramai antara kita yg fed-up lipat cadar sebab kat hujung dia assymmetry kan. Haha kalau nampak cadar je terus passing kat mak dan cakap "Alamak besarnye, mak tolong lipat". But not me okey lol. Kadang-kadang kembung semacam je hasil lipatan  haha nak tergelak tengok. Lepas ni, boleh lipat cadar dengan gembira dan ketagih melipat cadar mungkin?




Credit to : sprwmn.blogspot.com
Gunakan magnet untuk menyimpan bobby pin, klip rambut, tweezer. Kita sebagai perempuan selalu meratapi kehilangan pin rambut kat manelah pin rambut padahal baru je beli. Selalu je invest kat benda2 macam ni walaupun ialah RM1 kan. Tapi kalau beli selalu, kurusla dompet. Nice sangat guna magnet. Tapi bila pakai klip rambut toksah la lalu kat magnet, nanti kepala melekat pulak, sape nak tanggung?




Credit to : realsimple.com
Simpan kasut dalam shower cap untuk travellers. Bagus sangat untuk menjimatkan bilangan beg (sumbat je dalam beg baju) dan sekaligus mengelakkan tapak kasut mengotori baju anda. Plastic pun boleh, tapi shower cap memang fit la kasut tu. Ingat lagi masa camping KRS zaman sekolah dulu, bergantungan plastic bag (plastik rokrak ore kelate panggil) kat beg baju. Kasut ada 4, selipar jepun, kasut kawad, kasut sukan. Haih. Saya gantung keliling pinggang hahahaha noob sangat.




Credit to : familyfun.go.com
Simpan alatan kraftangan dalam muffin pan tapi sebelum tu, dalam setiap bekas masukkan magnet supaya dia stay in place. Kanak-kanak suka tarik tarik lepas tu tumpah... Ibu-ibu boleh cuba buat ni. Lebih bagus simpan dalam kitchen cabinet terus. No more worries. Haha. Kanak-kanak pun rasa terseksa gitu takleh Draw Something kat dinding.




Credit to : unplggd.com
Tag roti boleh buat label pada wayar elektrik. Macam kat atas, dia tulis mouse, keyboard dll. Kemas sangat. Tiada lagi wayar bergelimpangan dan kusut masai. Semua orang pun tak suka kusut masai kan especially earphone sebab nanti dia akan jadi pendek tak memasal muka melekat kat skrin laptop, karaoke berseorangan sambil cium skrin laptop. Simpan la tag roti gardenia :)




Credit to : kiboomu.com
Bake cupcakes terus dalam kon aiskrim. Jimat pun jimat duit, boleh makan lagi kon tu. Paper cups takleh makan ye kena ingat tuh. Dapat menarik kanak-kanak makan cupcakes kita. Tapi awas, kanak-kanak mungkin tertipu sebab sebijik macam aiskrim! Haaa. Mungkin boleh menaikkan selera budak-budak. Lagi bagus kalau simpan dalam fridge. Chill




Credit to : squawkfox.com
Dia kata microwavekan popcorn dalam paper bag yang coklat plain ni je daripada microwavekan dalam bekas mahal-mahal. Eco friendly, lebih sihat sebab tak emit radicals. Dan semestinya lebih murah. Saya rasa semua idea kat atas ni jimat, murah. Haha. Popcorn akan swell up and burst open dalam paper bag murahan ni tapi feeling-feeling beli popcorn kat TGV okeyy.




Credit to : jengrantmorris.blogspot.com
Letak satu tension rod untuk gantung bekas spray. Genius sangat, brilliant space-saver! :) (bukan kayu yang tension ye kawan kawan). Tension here means emm susah la nak cakap. Kalau fizik, keadaan yang tertekan disebabkan force atau tenaga yang bertindak berlawanan antara satu sama lain. Aaah. Bahasa kampung dia macam kayu yang ditekan oleh dua tenaga dari atas dan bawah dengan serentak. So, dia akan hang there. Ahah dah la tu tengok jelah gambar dah faham :p








Credit to : 9gag.com
Cara-cara buat telur rebus berbentuk hati untuk memenangi hati kekasih. Awwww kekasih sangat kan... Kekasih here means, mak ayah, suami isteri, kawan-kawan laa. Tidakkah comel ciptaan ini? So genius. Awww terus boil eggs di dapur.




Credit to : wilton.com
Terbalikkan muffin pan, lekatkan adunan doh biskut kat situ dan bakar! Lepas bakar kita akan dapat mangkuk aiskrim atau cocktail yang boleh dimakan. Seee. How cute this invention is. Boleh tak comel gile mangkuk biskut ni.. hehe. Doh biskut kan tak lembik sgt (tak macam adunan kek), jadi kite boleh lekat kat belakang muffin pan tu. Takde lah meleleh. Lagi sedap daripada kon aiskrim pun ada. Must try!




Credit to : realsimple.com
Buat kiub ais aloe vera untuk meredakan sunburn. Jus aloe vera ni kite boleh dapatkan kat Jusco ke (ish asyik Jusco je keje). Lepas tu, freeze kan dia. Lastly, kat mana sunburn? kat mana sunburn? haahaa ckp lebat. Lumurkan ke sunburn sebab aloe vera kan bersifat sejuk, dia boleh sooth kan sunburn tu. 




Credit to : lifehacker.co.au
Gutter garden! Lekatkan guttering (saluran air hujan yg kat bumbung tu), lekatkan kat dinding. Make sure saluran air hujan tu janganlah guna yg sedang digunakan nanti mengamuk ibu bapa. Gunalah yg lama ye. Lepas tu, boleh lah semai biji benih seperti sayur sawi, salad dll. Sangat berbakti kepada tanah.




Credit to : re-nest.com
Gunakan bekas telur untuk menyimpan & categorize barang kecik2. Macam krismas decoration ke. Tapi kite orang Islam tidaklah menyambut krismas. Kita boleh menyimpan alatan lain macam guli, batu seremban dsb. Idea ni menarik jugak tapi telur kat Malaysia adakah dijual dalam kotak? Ahah rasenye dalam bekas plastik bukan? wakakaka.





Which one of these u like the most???

Panjang nye entry ni. Credit untuk semua websites yg brilliant and genius as stated above sebab bagi inspirations yang sangat menterujakan (is this word exists?). Okay. Thank you for taking your time reading the longest entry ive ever made. Bubye :)

Thursday, March 15, 2012

Lagu baru belajar main di piano :P

Hehehe.  Masa hari Isnin haritu baru first time dengar lagu 'You're The Reason (Acoustic) daripada Victoria Justice'. Emm, selama ni kenal Victoria Justice ni gitu-gitu je. Dia berlakon cerita Victorious.  But yeaah... Hari Isnin lepas, macam dah jatuh cinta dengan lagu ni sebab dia piano song.. yayyy saya memang suka sangat piano song.




Lepas tu saya pun pergi main kat piano. Yayyy suka suka suka. Haha. Tapi adatlah kan, name pun cover so, dia abit different lah. Same lah jugak macam memasak, kalau macaroon tu, dalam google image comel je, kalau Homemade macaroon, wajiblah rupe dia gaye-gaye cekodok. LOL. Saje je buat perbandingan... Same lah jugak dengan cover lagu... sekian :)


Thursday, February 16, 2012

ENTRY UNTUK MY BELOVED AMIRA NG :)

HAAAAPPPYYY   BIIIIRTTHHDDAAAAYYYYYY 
MIRA    MIAMORRRRR 



Saya kan, tak tenang sungguh tak ucap birthday awak :( Uhh... Daripada 11 Februari lagi saya berjalan mundar-mandir teringatkan 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari, 12 Februari...Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira, Birthday Mira. Sebab kekangan masa dan FB yg sy dah tutup tu, lambat pulak saya wish birthday awak. Kalau duduk katil sebelah-sebelah, saya selit je terus birthday card celah tilam awak. Bukan setakat tu, saya nak selit hadiah biar bonjol-bonjol tilam awak. Hihi..




Whatever it is,
Maafkan saya Mira..
SEMOGA AWAK PANJANG UMUR + MURAH REZEKI + DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT + BAHAGIA DENGAN FAMILY AND UR BELOVED ONE + CANTIK-CANTIK SOKMO + KERJA DENGAN PALING CEMERLANG (Im proud of u! Bangga pernah satu dorm dari form 1 okey!!) + BFF xoxo + DIMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT + JADI ANAK YANG SOLEHAH PD IBU BAPA + KEKAL BAIK + SEMUA SEKALILAH YANG BAGUS-BAGUS sebab Mira tak pernah tak bagus. Selalu adore kan awak ok :') Masa first-time masuk Tanjung lagi.



Baiklah
HAPPY BIRTHDAY ONCE AGAIN MY DEAR. Muahx


Saturday, February 11, 2012

Which one should I play?

I'm in between..... Ehehehe if you're in my shoes kan, which song will you choose? Yang romantik-romantik la sikit, bulan Februari ni haa. Ohoh memain je.. Eh back to the topic, saya sangat keliru nak belajar/main lagu mana. Oh by the way, I play the piano.. jejejejeje.  Tolong pilihkan untuk saya yang mana nak sambung belajar please...................



  • Who Says by Selena Gomez (I play half song ady!) - sambung lagu ni sampai habis...
  • The One That Got Away by Katy Perry (I play 3/4 song ady!) - belajar bridge and I'll complete the song
  • Secrets by One Republic
  • Set Fire To The Rain by Adele
  • Give Your Heart A Break by Demi Lovato
  • It Will Rain by Bruno Mars (I play half song ady!) - sambung je la lagu ni senang...


Tapi dalam hati nak belajar lagu baru no. 4 tu? hmmm :Pp Malas nak sambung lagu yang dah reti main sikit-sikit. Lolllllll.

Thursday, January 19, 2012

Sempena birthday saya 15 Januari 2012, saya mahu.....

mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang masih menghargai, mengingati, realize my existence dengan mengucapkan ucapan yg meaningful seperti 'happy birthday', 'selamat hari lahir/jadi', even 'hb'. Wpun pendek, itu semua bermakna sangat² tau.. Rase dekat je dgn org yg wish tu dan buat saya gembira tak kepalang. Wah.



Thanks kepada semua yg wish :

1) Mostly kat wall Facebook
2) Message Facebook
3) SMS
4) iMessage
5) Viber
6) MMS
7) Call
8) Face to face
+ mana mana channel dan talian hayat yg ada

20% from whole value

Finally dah selamat reply satu-satu. Ambik masa jugak lah kan nak reply setiap satu wall post sebab sangat berterima kasih. Taknak lah reply copy paste je ucapan yg sama sebab bg saya, org dah wish tu kite kene lah berterima kasih lebih sikit.... :D Bukan selalu orang nak bertegur sapa ngan kite nie... Thanks all.




Special thanks untuk semua yg berkorban celebrate walaupun tak di suruh. Terharu sangat :

(Yang ni taknak list ikut nombor sbb semua eksklusif dan semuanya sy prioritize)

- Housemates yg bertungkus lumus hadiahkan glossy choc cheese cake bertatahkan macaron yg sedap ni..
- Family yang tak putus-putus bagi kasih sayang  + bagi tuuuuut dan rabito, bawak pergi klinik, jaga saya time saya terhuyung hayang nak pengsan minggu ni sobs. Bagi itu ini semua yang terbaik tanpa di request. Waaaaa terharunyeeeeee
- Whom it may concern yg belanja makan makanan 1st class.
- People yang bagi gifts
 



Serius terharu sbb sy tak mengharapkan apa-apa celebration sebab sy takut menyusahkan orang.... huhu. Kalau boleh masa hari jadi, nak duk senyap2 je dalam rumah. Boleh ke? To those yg x listed in any categories kat atas ni, takde masalah :):) Seriously takde masalah....Lagipun sekarang musim exam kan? Cumanyaaaa sy risau mereka ni terasa hati dgn saya sampai dendam tak nak bertegur sapa. I am really sorry :) Semoga ukhwah yg sedia ada terjalin tak putus sampai situ je tau. 



Thanks again buat semua yg appreciate my existence dan doakan lah ye kesihatan saya, haritu saya kena intramuscular injection sedas & intravenous injection sedas. Sakit gile IM injection. Kenapa? taknak bagitau dan takkan bagitau. ~___^ Adoii.