Friday, August 12, 2011

Nasihat Abah yang terkesan di hati..... :'D

Harini 11/8/11.. Cantik sangat tarikh birthday Abah kali ni. Memang once in a lifetime saja dapat tarikh secantik ni sebab nanti tak dapat dah.. Dalam bulan Ramadhan pulak tu. Kalau tahun 2111, mesti jadi 11/8/111.. Nampaknya kena tunggu 11 Ogos 3011 baru dapat 11/8/11 lagi sekali, which is impossible..


Birthday abah jatuh pada 11 Ogos / 11 Ramadhan.. Kita tak sambut dengan kek & candle blowing, Abah tak suka.. So, untuk solat terawih malam ke-11, Abah bawak pergi Masjid Putra, Putrajaya.. Best sangat sebab ramai sangat orang. Parking full macam solat raya dah :) Bila jalan kaki nak masuk main gate yang besar tu, ramaaaai sangat orang feeling macam kat Mekah. Tapi takleh lawan Mekah la, Mekah lagi amazing!


Eh? Jap!!! Tapi bukan nak cakap pasal ni.. 

Haritu Abah ada pesan something yang mengubah pandangan pada kehidupan. Tink* ehee. Emmm, Abah memang motivator terbaik! His words are wise...

Abah pesan... 
Dalam apa pun situasi, susah dan senang, saya tak boleh tinggal doa. Saya tak boleh berpuas hati dengan apa yang saya ada dan capai sebab saya tak tahu apa yang akan jadi in the future, sebab semua ni kerja Allah. Sepatutnya kalau saya berjaya, saya lebih tingkatkan doa. Bukan berdoa time susah saja. Kejayaan ni tak kekal tanpa izin Allah. 


Sebagai contoh, saya tak boleh bangga kalau saya dapat 4 pointer semasa study (contoh saja) sebab tak semestinya kerja besar.. Saya tak boleh bangga ada mata comel Selena Gomez (sah-sah la contoh yaaa kawan-kawan sekalian) mana tahu one day buta. Semua di luar jangkaan kita. Abah pesan, jangan main-main ya :) Rezeki dari Allah, Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Apa yang perlu saya buat, ialah banyakkan berdoa untuk bekalan hari mendatang... Kuasa doa sangat powerful dan kuat :'D


Tapi doa pun kenalah secara beradab. Saya kena patuhi semua adab berdoa. Dan yang paling penting abah pesan, mestilah merendah diri dan berlapik semasa berdoa. Pertama sekali, kena banyak istighfar sebab kita manusia mestilah banyak dosa. Sangat tak sopan yaa buat jahat tapi berdoa nak yang best-best jer... mintak masuk syurga terus. Amboi doa nak yang best je tapi beramal cincai-cincai jer :P Tebal betul muka you yer...  Mula-mula kena mohon keampunan dulu.. Siapalah kita ni nak mintak lebih-lebih terus.


Saya  : Abah, macamana pulak kalau berdoa yang kita ingat saja? Tak ingatlah doa panjang2...
Abah : Sebab tu kena manage doa. Tingkatkan usaha cari doa-doa yang bagus. Himpunkan. Sangat rugi orang yang berdoa cincai dan dunia saja. Mestilah yang terbaik dan include dunia akhirat...


Saya  : Alamak, habistu kalau baca dah dekat 10 tahun (contoh saja) doa versi simple tu macamana? rugilah kak ngah?
Abah : Jangan risau. Doa kena istiqamah. Doa ni bukannya kita baca terus makbul. Kita sendiri tak tau bila Allah makbulkan. Sebagai contoh : Nabi Adam berdoa mohon ampunkan dosanya, menangis sampai pipi terguris (kesan air mata) selama 40 tahun baru Allah ampunkan.. Nabi Nuh pulak, berdoa untuk meramaikan pengikut naik bahtera, tapi hanya 750 saja yang naik bahtera tu dalam tempoh 950 tahun berdoa... Sobs.. Tak perlu risau tentang masa, itu di luar jangkaan kita. Yang penting, kita modified dulu doa kita kalau rasa tak complete :) Makin meaningful kalau baca in a long term, InsyaAllah..



Saya merenung balik, tak salah berkongsi personal life kat public tapi sebenarnya apa motif sebenar kita tulis? - Gaji bulan ni boleh beli 4 butir beg Louis Vuitton. YAY!!! Confirm la nak bagi semua orang tahu pasal ni (walaupun sikit), bahasa kasarnya menunjuk. Kalau taknak, takkan tulis kat public ye dak? Ish2. Riak ni one day akan memalukan.. Tak semua yang kita rancang, menjadi... Kena ada Plan A B C dan D... Nauzubillah...



Bye..

Thursday, August 4, 2011

Girls tak boleh baca 1 hari 1 juzuk.

.


Alhamdulillah.. Puasa tahun ni rasa bermakna sangat sebab indescribable betul susah nak bagitau hangpa... 1) Sebab hati ni tenang sungguh, syukur Alhamdulillah.. 2) Dapat puasa dengan family tercinta dan Mak (nenek).. Seronok sangat tengok mak berselera sungguh makan.. Mak happy. senyum memanjang alololo. Terawih sama-sama terlanggar siku ngan mak hehehe.. Tengok TV ngan mak sambil borak dengan makan buah.. Sebenarnya saya happy tengok umi saya bahagia dan happy *hugs* Bila seorang ibu ni happy, anak dia dapat rasa jugak tau.. Syurga di telapak kaki ibu.. Sekarang ni ada 2 orang ibu di rumah saya dan bila tengok diorang happy, bertenang-tenang betul hati saya. Eh? 




OK lah nak pegi sambung tadarus. Abah dah banyak juzuk nak habis dah 30 juz.. Saya hari ke-3 baru merangkak kat Juz 5.. huhuu kenapa ni tak produktif :(




Oh sekejap nak ingatkan kita orang perempuan..



Kalau nak khatam Quran dalam masa 30 hari, kita tak boleh ikut plan orang lelaki, 1 hari 1 Juzuk.. KENAPA??? Alamatnya tak khatam lah di bulan Ramadhan hehehe sebab kita puasa tak cukup 30 hari.. Period hehehe. Jadinya kita sebagai orang perempuan kena lebih tough sikit paling kurang pun baca 1 hari 1½ Juzuk.. Dalam masa 20 hari boleh lah khatam Al-Quran... Tapi mesti lah kita nak khatam banyak kali kan??.. Kalau nak banyak kali, kena baca 1 hari 2 Juzuk.. InsyaAllah boleh.. Cuba slow-slow dan cuba hayati.. Apa-apa pun, pokoknya kualiti bukan kuantiti :)



1 Juzuk = 20 mukasurat ye :) Banyak pahala ni... When there's a will there's a way :D



.

Wednesday, August 3, 2011

Bukan kutukan tapi reminder untuk diri sendiri...

Honestly rasa sedih sangat 2 hari dah berlalu.. Rasa sayang sangat nak sia-siakan sesaat pun sebab setiap saat sangat berharga untuk lipat gandakan ibadah.. Bulan Ramadhan ni bulan untuk kita semua rebut tiket-tiket ke syurga. Bulan BONUS!! Ibadah kita digandakan berkali ganda.. Ibadah sunat pahalanya sama taraf dengan ibadah wajib.. Ibadah wajib pulak berganda-ganda-ganda-ganda pahalanya. Doa makbul.. Badan sihat.. 




Untuk lebih efektif, haruslah ada Ramadhan Planner + Disiplin.. (From TV Al-Hijrah :P) Kalau tidak, harapan nak tingkatkan ibadah sia-sia saja.. Cakap tak serupa bikin. Memang pun.. Nak ngaji, nanti dulu. Nak Dhuha, nanti dulu. Macam ni lah senang, kalau ada planner dan ikut, kita akan dapat pahala luar biasa. Kalau tak buat planner, dapat pahala yang sepatutnya saja... (Tiada disiplin, planner tidak bermakna)





Sample:


Kita kalau main game di Facebook, pandai pula ya susun strategi macamana nak dapat banyak points/duit/cip.. Sepatutnya skill tu kita apply dalam kehidupan. Kalau kita pandai sangat main Cafe World sampai jadi jutawan, bawak-bawaklah kumpul pahala banyak-banyak macam kita kumpul duit bebanyak tu. (Kena batang hidung sendiri. Oops) Ini tak! Strategi games pandai susun, strategi pahala? Sikit-sikit countdown raya. 28 days to RAYA. Can't Wait.. Errrr confuse di situ. Orang lain sedih, dia tak sabar nak habis puasa.....Motif sangat!





Gunakanlah masa di Bulan BONUS Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan sungguh teliti dan bermanfaat.. Fikirkan,, apa jadi kalau ini merupakan Ramadhan terakhir kita?? Sempat ke nak bertaubat??  Dah banyak dah pahala??  Dosa free-hair dah terbayar??  Dosa dating??  Dosa melawan cakap ibu bapa?? Dosa kering mengumpat??  Kita tak tahu bila ajal kita. Esok pun boleh jadi.... T____T Oh takut sungguh saya...



 
Syukur Alhamdulillah Allah bagi nafas dan nyawa untuk kita join Ramadhan kali ni tau. *terharu* Jom khatam Al-Quran banyak² kali. Rugi lah khatam sekali saja :)




Abah cakap :
Cuba renungkan, selama 20 tahun hidup, sepatutnya kita khatam Al-Quran AT LEAST 20x..
Kita ada?




Kena batang hidung sendiri. I better stop :) No I'm no good.

Monday, August 1, 2011

Signboard Di Bulan Ramadhan.....

Google-google-google jumpa gambar menarik pasal Ramadhan.. Sememangnya bukan gambar bulan bulat atau bulan separuh, tapi more or less like comic. Serious comey sebab papan tanda ni dia renovate jadi kata-kata perangsang (?) hah issit? macam what to do or what's not di bulan mulia Ramadhan....


Kreatif betul ^^


Salam Ramadhan buat semua kenalan dan tidak kenalan (?) : untuk seluruh manusia sejagat. Semoga amalan kita diterima dan diberkati & dapat men-tamrin-kan diri kita ke arah yang lebih baik. Insha-Allah... Jom kita manfaatkan bulan Ramadhan kali ini, manalah tau this is our last Ramadhan kan? sobs



.

Sunday, July 24, 2011

Sumpahan Hollywood : 27 Club .. (Entri Seram)



Dulu, ada satu rancangan ni menarik minat betul. Pasal dokumentari 13 Jenis Sumpahan Hollywood. Memang seriously menakutkan and bila tengok, I bet semua orang akan cakap "Eh..betul wey takut nyaaaa. Mana bantal mana bantal?". Dan salah satunya ialah 27 Club. Memang seram. Warning : Sape penakut, boleh hentikan pembacaan sekarang.



Yang menariknya, kematian Amy Winehouse semalam pun tergolong dalam  27 Club.. Wallahualam. Ajal maut di tangan Tuhan. Takde lah percaya pun dan semua ni kebetulan. Anyway, tulis punya tulis, jom tengok siapa tu Amy Winehouse. Sy sendiri pun tahu nama je and pernah dengar  sebutir je lagu dia, Rehab.

Amy Winehouse ni penyanyi terkenal kat British. Banyak menang Grammy Award. Suara sedap, tak rock pun. Duffy dengan Adele tiru suara dia lah sebab tu famous hikhikhik. Lepas tu dia dah kawin dah tapi kuat sangat ambil dadah. Cocaine tu bubuh dalam hidung setiap masa. Parah sungguh.


Sumpahan 27 Club tu macamana?


27 Club / Forever 27 Club / Club 27 ni merupakan sumpahan bagi artis Hollywood yang mati muda tapi kenapa mati muda mesti umur 27 tahun? Ishh. So, terhasillah group ni. Sebab tu diorang kan, bila sape² yang sambut birthday ke-27, diorang mesti takut. Haritu orang aim Britney Spears. Tapi lepas pulak, still alive. Sekarang orang perhati artis 27 tahun ni (Amy Winehouse & Lindsay Lohan). Tiba-tiba aim mengena. Amy Winehouse dah takde umur 27 tahun.


Ahli 27 Club : 

1) Brian Jones (Rolling Stones)
    - Mati sebab lemas dalam swimming pool masa umur 27 tahun 125 hari.


2) Jimi Hendrix (The Jimi Hendrix Experience)
    - Mati sebab makan sleeping pill + wine masa umur 27 tahun 295 hari.


3) Janis Joplin (Big Brother and The Holding Co.)
    - Mati sebab heroin overdose masa umur 27 tahun 258 hari.


4) Jim Morrison (The Door)
    - Mati sebab sakit jantung masa umur 27 tahun 207 hari.


5) Kurt Cobain (Nirvana)
    - Mati sebab tembak diri sendiri (suicide) masa umur 27 tahun 44 hari
      (Dia pernah bagitau adik dia, dia ada niat nak join the Club 27) ish ish
 


6) Amy Winehouse 
    - Mati sebab ???? (tengah siasat) umur 27 tahun ?? hari.


Banyaaaaaaak lagi berpuluh-puluh lagi in the list. Nah link, baca sendiri KLIK SINI Wikipedia : The 27 Club


Ramai sangat dah Hollywood stars mati muda umur 27.. Kebanyakannya artis Rock & Roll. Jadinya,  bagi diorang dah jadi trademark "Artis Rock & Roll mati umur 27 tahun".. Tapi ni kepercayaan orang putih. Kita percaya ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah SWT :)



Sape umur 27 tahun? Beware... kihkih :Pp 

 .

Thursday, July 14, 2011

Molekul Air Zam-Zam VS Molekul Air Heavy Metal.. (Ada gambar)

Assalamualaikum


Info kali ni sangat penting untuk pedoman semua... Sebelum tu kita main survey-survey ya... Berapa orang yang baca 'Bismillah' sebelum minum? Berapa orang yang minum sambil pasang lagu? Berapa orang yang bad mood lepas tu mencarut depan minuman? Haaaa.... Lepas kita tengok molekul-molekul air yang berbeza ni, harap-harap lah kita semua tak memandang remeh kelebihan air zam-zam, air yasin, air yang dibaca ayat Al-Quran dan kepentingan membaca 'Bismillah' sebelum minum :)




1) Cerita Dr. Masaru Emoto (1)
 Berikut ialah 'Penyelidikan Perubahan Molekul Air' yang diselidik oleh Dr. Masaru Emoto (Yokohama University). Dia telah menggunakan air yang sangat murni, iaitu air mata air dari Kepulauan Honshu.  Untuk setiap proses, air itu didinginkan sehingga mencapai suhu -5C kemudian dilihat menggunakan electron microscope yang dilengkapi dengan high speed camera :
  
- Air itu dibacakan doa dalam agama Shinto 
  Membentuk kristal segi 6 yang indah
- Air itu dibacakan 'Arigato' (Thank you dalam bahasa Jepun)
  Membentuk kristal yang sangat indah
- Air itu disebut perkataan 'Syaitan'
  Membentuk kristal yang buruk
- Air itu didengarkan music Symphony Mozart
  Membentuk kristal yang berbunga indah
- Air itu didengarkan music Heavy Metal
  Kristal hancur!
- Air itu dibacakan doa dalam agama Islam
  Membentuk kristal segi 6 yang indah dan berkilauan! SUBHANALLAH




2) Cerita Dr. Masaru Emoto (2)
Selepas penyelidikannya berjaya, beliau telah mengadakan satu seminar. Rata-rata orang bukan Islam yang hadir. Dr. Masaru Emoto menunjukkan molekul-molekul air yang buruk sehinggalah yang terakhir, molekul air itu sangat indah, kristalnya bercabang-cabang dan berkilauan!

 

Dr. Emoto : Molekul air apakah ini?
Hadirin : (Senyap)
Peserta dari Malaysia : Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia..
Dr Emoto : (Angguk) Saya tak pasti air itu mulia atau tidak. Tapi memang benar, ini molekul air zam-zam..
Molekul air zam-zam
Ternyata air boleh "mendengar" kata², "membaca" tulisan dan "mengerti" perasaan




3) Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di Malaysia.
Sewaktu persidangan itu diadakan, air dari seluruh dunia telah dikumpul. Setiap air diuji kehebatannya dengan menggunakan 'kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh' untuk melihat gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji. 

Kehebatan Air Zam-Zam
- Begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini 
- Strukturnya tidak berubah
- Tidak terjejas dalam apa sahaja tekanan yang diberikan padanya dan ia tetap utuh
- Hanya air ini sahaja yang mampu merakam dengan TEPAT gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu² tertentu.
Ini menyebabkan seorang Professor Jepun memeluk Islam kerana beliau tahu air zam-zam hanya ada di Kaabah.




3) Menyingkap rahsia di Kaabah
Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah, ada terkandung air yang bersifat Alkali, iaitu air zam-zam (air yang merakam segala niat jemaah² yang datang secara gema gelombang). Niat ini bukanlah niat yang negatif kerana kita pun sudah biasa dengar betapa ramainya jemaah tersesat di Masjidil Haram, tersesat balik ke hotel sebab menyimpan niat negatif, kerana segala niat yang negatif itu terakam maka termakbullah permintaan itu. Dengan itu, ia menjadi peringatan supaya kita insaf. 

Hanya orang yang betul² ingin tahu kehebatan air zam-zam saja yang dapat merasai kehebatannya. Bila niat kita benar² ikhlas, memohon taubat dan keampunan, maka dengan sendirinya kekuatan air zam-zam merakam niat jemaah tadi. Bila jemaah tadi melakukan tawaf 7x pusingan ke kanan, berlaku pula resonan, maka penyerapan dosa² itu terjadi. Kaabah dan Hajarul Aswad memegang rahsia mengapa ia berwarna hitam. Selepas itu, jemaah akan berasa tenang, lapang serta sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasa kebesaran Allah SWT..




4) Air Sumber Penyucian.
Kerana air berupaya merakam gema serta niat. Contoh :
- Wuduk baca niat
- Mandi wajib baca niat
- Tempat terkena musibah akan ada taufan, ombak, gempa bumi dll. untuk serap/seimbangkan semula 
Tak lain tak bukan, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar isyarat agar jangan kita terbuai dan terhanyut jauh oleh nafsu dan segera kembali ke pangkal jalan...




5) Ayat Al-Quran tentang Air.
Allah SWT selalu menarik perhatian kita kepada air :
- Air bukan benda mati
- Air menyimpan daya ingatan
- Air menyimpan kekuatan
- Air menyimpan daya penyembuh

Islam pula adalah agama yang paling melekat dengan air :
- Solat fardhu wajib berwuduk 5x sehari
- Solat sunat & pegang Al-Quran juga wajib berwuduk
- Persetubuhan dan wanita haid wajib mandi majib
- Jenazah wajib mandi jenazah




6) Air dan Badan Manusia
60%-70% daripada badan kita terdiri dari unsur air. Cuba kita fikir ya, apa akan jadi kalau kita membuat sesuatu yang positif / negatif? 
Menurut Ustaz Zamri IKIM, kalau kita dengar benda tak berfaedah dan berbuat negatif, molekul air dalam badan kita tak cantik. Rohani dan jiwa kita bagaimana? Jiwa kita pun kacau sama macam molekul air, rasa tak tenang. Kalau kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-Quran, berfikiran positif, insyaAllah rohani dan jiwa kita akan tenang sama macam molekul air zam-zam yang cantik, sangat indah dan berkilauan.



Wallahualam. Renung²kan dan selamat beramal..... Cerita di atas diolah semula oleh saya dalam bentuk yang lebih ringkas. Kalau nak baca original version, KLIK SINI (credit to http://addin.ritanm.com/tag/molekul-air-zam-zam/)

Monday, July 11, 2011

Fine lines under eyes. Please go awayyyyy....

Assalamualaikum

Hello fine linessssss >:( you ruined my moods!!!!!  (bukan wrinkle sebab i bukan nenek tua..hehe). Setiap pagi, belek muka mesti slacking betul laaah alahaiii fine lines bawah mata. Dah macam akar serabut dah aku tengokkk. Itu monolog dalaman yer. Tapi betullah. Sungguh tak puas hati bila tengok garisan halus samar-samar bawah mata. I'm no beauty queen bak kata Sel tapi macamana uolls erase all the lines ye? Mind sharing :) 


Diagram mata lebih kurang macam ni :

FAKTOR PENYUMBANG :
  1. I pemakai tegar contact lens. Saya rabun jauh. harap maklum :D
  2. Suka genyeh mata sebab pakai lens lama². Biasalah tu. Student..
  3. Genyeh mata kaw-kaw-kaw punye. LUPE SEJAP KULIT MATA NIPIS DAN SENSITIPPP :'(
  4. Tengok dah berakar tunjang dan berakar serabut ..... Aaaaa sudahhhh....








HELPPPPPP!!!!!










NAK BUAT APEEEE NI SEKARANGG???







MY SOLUTION : I tak kira I nak tepek Krim Kontur Mata Safi Balqis Perfect 10 setiap malam 15g.. keh3
FAKTA TENTANG KRIM KONTUR MATA NI :
  • Kesian dia... Baru selamat keluar dari kotak. Beli masa bulan April dulu sebab eye bag besor gilor berdimension 14mmx15mm
  • Harga : Sangat murah. Around RM10 kot. Saya beli jenama drugstore je. Hehehe. Standard lah. Student. Brand drugstore lain, mesti mencecah puluhan ringgit :(
  • Effectiveness : Untuk case eyebag besor gilor saya haritu, Bagus sangat weyyyyyy. Hilang dalam 1 week. Tapi kan, kulit area mata jadi pelik sikit. (SEBAB SAYA TEPEK BANYAK GILERRR OVERLIMIT KONON ESOK TERUS TAKDE EYEBAG) No wonder lah kulit pelik. Korang kalau nak pakai, pakai ikut arahan ya.
  • Saya pakai sesuka hati. Tak konsisten... Lepas tu terus masuk kotak. Sekarang baru jejak kasih balik..





SEMOGA AKAR-AKAR SERABUT NI HILANG... SHUHHH SHUHHH FINE LINESSSS... GRR

I would love to put the outcome really² soon :)

Friday, July 1, 2011

DOA Menghilangkan Sifat Malas :)

Assalamualaikum


Hai blog lama tak blogging. Malas katanya.. OK harini nak share satu doa untuk menghilangkan sifat MALAS.  Doa ni diambil terus dari Al-Ma'thurat. Jadinya, memang terlepas dari unsur-unsur yang berbau khurafat.. Doanya sangat ringkas, padat dan mudah dihayati. Kalau usaha sikit, InsyaAllah sangat mudah untul dihafaz yer... Jom kita amalkan, semoga menjadi lebih rajin.. 


TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


Tak lengkap doa kalau kita tak tahu cerita di sebalik 'Macamana doa ni boleh ada?' Setiap doa mesti ada sejarahnya, atau cerita asal-usul nya. Bab ni saya paling suka!!! Kalau masa belajar Syariah dulu, saya memang tunggu part Asbabul Nuzul :P Okay, tanpa bercakap banyak jom kita baca kisah Asbabul Nuzul nya....

ASBABUL NUZUL 
(Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siand dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...



P/S: Jom kita amalkan dengan istiqamah dan tawadhuk :)


Thursday, June 9, 2011

ANNOUNCEMENT : FOREVER 21 & CHARLOTTE RUSSE DRESSES SALE!

Salam and Hi :)
 
 
 
FOREVER 21 & CHARLOTTE RUSSE merupakan brand yang diimport dari USA. Mungkin ramai yang pernah usha butik F21 kat Malaysia kan? Harga dia mahal kan? Harga dress rata-rata dalam RM199, RM ratus ratus. Biasanya orang masuk butik, jalan, pegang, letak and bye-bye tak jadi beli. Baju memang sangat berkualiti, tahan lama, trendy tapi tulah, harga dia *sorok dompet*


Charlotte Russe? Brand ni sebaris dengan Forever 21, Cotton On semua. Sangat terkenal di US tapi bukan di Malaysia sebab kita belum ada outlet dia. Seriously cantik gila dan kualiti fabric yang sangat ooomph! Chic look! Trendy.. Sangat unik! Macam nilah, kalau awak pakai brand ni, takkan sama dengan mana-mana rakyat jelata di Malaysia. Sila berbangga!


Tapi kali ni, kami akan buat SALE untuk dress brand F21 & Charlotte Russe. Semua dijamin 100% Original (bukan Petaling Street, kita import from US) dan 100% brand new (bukan pre-loved)! Masih ada price tag dalam American Dolar ($)..  Harga pula jauh lebih murah daripada Butik F21 dekat OU, KLCC, Sunway, Pavilion. Harga lebih kurang jer dengan Baju² Korea. Tapi baju ni lebih berbaloi lah, sebab ada brand mahal :D Tak rugi invest duit beli baju branded lagi original sebab tak mudah rosak, orang tengok dari jauh pun kenal, "Eh tengok tu... Gorgeousnya awek tu pakai baju F21...." hehe...


JOM JOM JOM PUKUL 9 NI, MALAM NI YER :D

 
 

Monday, May 9, 2011

Cutie Cookies




MACARON i'm in love :)

Tuesday, May 3, 2011

Review Cerekarama : Anna Maria (TV3)

Hai (okey fine ketinggalan la hoii)
Cerekarama Februari 2011 kalau tak silap


Taaak. Macam ni sebenarnye. Semalam tengok cerita ANNA MARIA dalam Youtube sebagai therapy kepada pembelajaran. Hikhikhik. Cerekarama ni dipilih sebab ramai orang cakap best and yang paling penting, i tak sempat tengok duluuuu masa on air sebab i busy buat lab report (ekk? saya cakap i eh?) OK. Malas nak tengok movie berat-berat sebab nanti otak letih.


Hero : Fahrin Ahmad (hensem *pengsan*)
Heroin : Elly Mazlein (cute, modest, manja *pengsan jugak*)


SINOPSIS:

Mengisahkan tentang Dr. Syahril (Fahrin) yang baru graduate dari oversea dan balik ke Malaysia. Masa study, dia kahwin senyap-senyap dengan Dr. Anna (Elly) tanpa pengetahuan  mak dia.  Dr. Syahril rahsiakan perkahwinan mereka sebab mak dia garang gile weyy.. Bila balik Malaysia, jadi satu masalah besar sebab 1) mak dia suruh tinggal di rumah family (so, takleh tinggal sebumbung dengan bini nanti kantoi). 2) Mak dia jugak nak jodohkan dengan gadis lain, Nadira.  Banyak kali Dr. Anna ni nak jumpa mak mertua dia, tapi disebabkan kegarangan tuh, Dr. Syahril cakap nanti dulu... Rahsia punya rahsia sehinggalah ada satu part tu, Dr. Anna berhenti kerja sebagai doktor dan jadi pembantu rumah di rumah mertua sendiri.. hihihihihiiii. (Ini baru separuh. Sila tengok sampai habis kalau nak tahu ending yang oh-so-lovely)



Cerita ni bukan cerita perbezaan antara dua darjat macam tipikal drama yang kita tengok. Dia tak sedih pun. Saya rasa ni cerita funky ala-ala Adamaya tuu.. Kelakar and comel. Best, ending dia emmm, sangat penyayang. Kenapa saya cakap macam tu? Jom layaaaan (tengok sendiri) :P




Bye bye :)


Monday, May 2, 2011

Neutrogena Commercial's BLOOPERS



  • Suka sangat suara Vanessa Hudgens. Suara dia sangat comel. Cutest Voice on earth, i tell you! Cuba tengok 0:10 sampai 0:16
  • Suka sangat dia punya ketawa. Sangat sopan and comel lah. Cuba tengok 0:13
  • Yes, I am a big fan of her. Because of her appearance and her voice :)
  • And her hair. I love her blackest black hairstyle. 

    • Emm, cuba tengok yang ni : "Washing your face is totally boring right???... shoot" by Hayden Panettiere 0:18 to 0:21
    • Dan yang ni : "my skin was smoother, it was smoother, it was more....did I say smoother twice? Have I gone crazy....?" Hahahaha. comel jer. 0:40 to 0:44
    • Dan yang ni juga : 0:58 mulut ikan Vanessa :) HAHAHA


    Semua kelakar dan semua cantik. 
    Seronoknye jadi Baby V :D

    Tuesday, April 26, 2011

    Fungsi-fungsi birds dalam Angry Bird.

    Hai korang!

    Entry kali ni lebih bersifat sharing sikit sebab nak clarify fungsi beburung Angry Bird yang menjadi kegemaran kita kita dan kita semua. Jadi, for those who are not interested, bolehlah blah. hahahah. OK kasar sangat ayat tu. Boleh lah skip entri ini. Sekian terima kasih :)

    source: Google.com [updated 2011, cited 2011]

    Bye bye.
    See you again nextime. (hehe, bila nak exam, godaan game makin kuat) hadoiiii

    Sunday, April 17, 2011

    (Review Game) - SMURF'S VILLAGE


    By: Capcom Interactive, Inc.

    FREE :) Wajiblah FREE ye dak? Kalau kena bayar, saya manelah nak ade visa, apatah lagi nak ada duit untuk membelinya.. kuikui. Game ni best (kena underline nanti tak nampak).. Boleh dikategorikan sebagai game yang 'ketagih'. Bagi pendapat saya, game ni sangat ceria sebab lagu dia mengancam gila. Kucing dengar pun boleh hangguk kepala... yeaaah! Then, kalau tekan apa-apa button dia akan bunyi 'PCOOIT' 'PCOOIT'.

     Dulu masa kecik² kan selalu ada cerita Smurf kat TV3. Serba sedikit info tentang Smurf:
    • Kartun dari Belgium, introduced on 23/10/1958 oleh kartunis nama Peyo.
    • Smurf ni muka sebijik antara satu sama lain, badan kerdil sebesar epal, kulit biru, pakai seluar panjang warna putih, topi putih cuma ada la kelainan sikit to identify their personalities.
    • Ada Papa Smurf, Baby Smurf, Nanny, Smurfette, Handy Smurf, Lazy Smurf, Grouchy Smurf, Brainy Smurf, haaaa i got a list :)
    • Hanya makan daun sarsaparilla (yang bau sarsi tu), tapi diorang berkeras panggil 'Smurfberries'.
    • Cakap dalam bahasa Smurf.
    • Contoh : We're going smurfing on the River Smurf today. 
    • Smurfing tu ada banyak maksud, to do, to make, to fish, to eat, to run...boleh kata semua perbuatan dia, dia panggil smurfing..... HAHAHA
    • Contoh lagi : A dragon that breathes fire  = A smurf that smurfs smurf. (HAHAHAHAHA)


    Player begins with a single mushroom house and a piece of land. Daripada situ, kita kena buat strategy untuk membesarkan perkampungan Smurf kita by elaborating more colorful crops, building specialized house, and more.... Alaaaa, macam main Farmville tu.... Tapi game ni LAGI BEST sebab dia ada banyak cabang! hehehe. 

    Contoh minigames (game dalam game ni) :
    • Greedy Smurf’s Baking Game
    • Papa Smurf’s Potion Mixing Game
    • Painter Smurf’s Painting Game
    • Lazy Smurf's Fishin' Game and more.......



    Creativity is your own limit... hehehe. Memang rambang mata tengok kampung Smurf orang lain yang dah berjaya reach level tinggi² dan sambil itulah kita tanam azam untuk lawan kampung diorang :) hoho



    Boleh play OFFLINE. Tadak internet pun boleh main.
    Retina-display graphic. Gambar seriously tip-top! hehehe. Strawberry yang kita tanam sgt menyelerakan. Drooling kot!
    IT'S UP TO US TO BUILD A NEW VILLAGE FOR SMURFS TO CALL HOME :) YAY



    This is a picture-perfect new features in their latest update! Yang bernama 'SMURF YOURSELF'. Senang je, feature ni membolehkan kita import gambar muka kita daripada Photo Library, buat perubahan ala-ala smurfy dan upload kat Facebook. Jadi, kita akan jadi sebahagian daripada Smurf! hihi



    Jom main ramai-ramai game ni nak?
    Invite me as your neighbour!
    Bye

    Saturday, March 26, 2011

    Cara-cara menyebut brand antarabangsa dengan betul

    Assalamualaikum :)


    Mood dalam kelas tuition....Fiuh fiuh. Hari ini, saya nak men'tuition'kan readers tentang cara-cara nak menyebut jenama antarabangsa dengan betul dan tepat... Bukan ape, ia amat penting supaya bila kita nak menyinggah di beauty counter tu, takdelah adegan memalukan diri sendiri berlaku.. iye x? Tanpa membuang masa, mari kita belajar. Oh sebelum tu,, saya tak gunakan phonetic yer... ^0^




    she - say - doe
    Ramai jugak yang sebut sun-shay-do, she-shay-doe, shin-say-doe dan lain lain.. (^^,)
    verr-sa-chay
    Ramai jugak yang sebut verr-sach, ver-says, ver-sa-cettt dan lain lain.. (^^,)





    lahn-comb
    Ramai jugak yang sebut land-comb dan lain lain.. (^^,)






    sha-neyll
    Ramai jugak yang sebut chay-nel, channel, cha-neyl  dan lain lain.. (^^,)






    lau-ra mers-yay
    Ramai jugak yang sebut laura-mer-si-year, laura mer-sir  dan lain lain.. (^^,)




    shoe-oo-eh-moor-ah
    Ramai jugak yang sebut shoe-eh! murah! (hehe) shoe-ay-mu-ra, shoe-ummi-ra  dan lain lain.. (^^,)




    eve-sahn-lorr-ahnn
    Ramai jugak yang sebut yes-sen-lau-ren, ves-sain-lau-ren, yives-sain-lau-ren  dan lain lain.. (^^,)




    lox-ee-tahn
    Ramai jugak yang sebut loch-chi-tan, EL-o-kitten, loc-key-tann  dan lain lain.. (^^,)





    ee-say-mee-ya-key
    Ramai jugak yang sebut isi-minyak-ke?, ee-see-mi-ya-ki  dan lain lain.. (^^,)




    goor-lahn
    Ramai jugak yang sebut gua-lain, gu-wer-layn dan lain lain.. (^^,)




    ....dan banyak lagi akan menyusul.. mungkin dalam episod seterusnya... Dah penat dah rahang dan jejari menulis. Make sure ingat semua sebutan ni, jangan main bantai je sebut. Nanti sape yang malu?? Kite jugak kan... hikhik..



    Tata.
    Thank you for reading ^o^





    Tuesday, February 15, 2011

    30 Kelebihan Berselawat

    Salam Maulidur Rasul :) 
    (Kelahiran Nabi)



    30 Kelebihan Berselawat

    1) Memperoleh limpah rahmat daripada Allah SWT

    2) Ditulis 10 kebajikan

    3) Dihapus 10 kesalahan

    4) Diangkat 10 darjat

    5) Memperoleh kesempurnaan iman

    6) Jauh daripada kerugian dan penyesalan

    7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh

    8) Mendekatkan diri kepada Allah SWT

    9) Memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW

    10) Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW

    11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki

    12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa

    13) Menghapuskan dosa dan menutup aib

    14) Terselamat daripada kebingungan di Hari Akhirat

    15) Menjadi sedekah bagi orang yang tak mampu (Maksudnya orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

    16) Terhindar dari kekafiran

    17) Dipandang sebagai orang yang cintakan Nabi Muhammad SAW

    18) Memperoleh keberkatan dalam hidup

    19) Terhindar dari orang-orang bakhil

    20) Penyebab doa diterima oleh ALlah SWT

    21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga

    22) Menjadi zakat dan pembersih diri

    23) Memperoleh selawat dari Allah SWT dan para malaikat

    24) Memperoleh pujian semua makhluk di bumi dan di langit

    25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugasan ibadah

    26) Memperoleh petunjuk dan menghidupkan hati

    27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad SAW

    28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar

    29) Dapat meneguhkan tapak kaki ketika meniti di Siratul Mustaqim di Akhirat

    30) Terkabul segala hajat dan cita-cita



    (sumber dari Wikipedia)
    Wallahualam :)

    Tuesday, February 8, 2011

    Measuring Blood Pressure

    Pagi tadi ada Experiment untuk module BPH1021: Cardiocascular System (CVS). Ni experiment pertama untuk CVS yang bertajuk 'Cardiovascular Monitoring'. Ada dua tugasan sebenarnya, 


    1st kena measure blood pressure using auscultatory techniques, senang cerita guna teknik yang doktor buat dekat klinik tu.. Yang dia balut lengan dan pump sejenis pump.. pastu ada reading naik, lepas tu turun. Dan guna stethoscope. YAY! Dapat main stethoscope IMU tadi! 



    Gambar Google


    2nd kena measure cholestrol level dalam darah guna sejenis alat yang bernama Cholestrol Meter. Untuk guna Cholestrol Meter, wajib ada darah beberapa titik.. So, tadi kena finger prick lagi sekali. Mencucuk jari dengan jarum yang tajam dengan pantas. Bunyi macam nak sakit sangaaat je..Masa prick tak sakit pun..tapi effect lepas tu macam sengal-sengal sikit :P

    Device untuk measure cholestrol dalam  darah

    Experiment kali ni nampak macam Medic-Medic sikit, hakikatnya kami ni student Pharmacy... Sebab tu lah lecturer kami 'lecturer import' dari Medical School. Kitorang ni belajar module Medic gituu.. IMU kan.. suka extreme-extreme. 




    MEASURING BLOOD PRESSURE

    Ada 3 devices yang disediakan. Ada yang Mercury Blood Pressure Monitor (biasa kita tengok kat klinik) dan perlukan ketangkasan physician. Sebab kita kena dengar elok elok bunyi 1st dan bunyi last degupan jantung (Korotkoff sound). Kena fokus betul betul dan tak boleh leka. Kalau leka, reading lari! 1st sound tu Systolic Pressure dan last heart beat tu ialah Diastolic Pressure. Contoh.. 120/80 mmHg untuk normal people. Tujuan die nak dapatkan reading ???/?? mmHg :) 

    Dah reti dah guna. Selama ni blur blur kenapa doktor naikkan reading dan lepastu turunkan balik :?



    Second device, Analogue Blood Pressure Monitor. Yang ni sama je dengan yang kat atas. Tapi lebih praktikal sebab hanya guna Analogue yang kecil macam jom loceng je bentuk dia. Yang kat atas ni guna merkuri dan ala-ala Thermometer. Tapi yang analog ni, dia cuma sangkut je kat lengan. Penggunaan die same je.. Lebih ringan, mudah dibawa ke mana-mana. Cess, macam nak berniaga je. 

    Lebih praktikal sebab tak payah usung berat-berat :)


    Yang ketiga, Automatic Blood Pressure Monitor. Yang ni paling senang dan mungkin paling tepat sebab bukan kita yang ambil reading. Mungkin tiada Random Error lah.. ehe. Unless device ni rosak. Cuma balut lengan, tekan ON dan dapat reading. Dengan tepat. Emmm. Banyak lagi alatnya kot. Tapi during experiment, kitorang try 3 ni je...



    My blood pressure reading
    1 : 193/85 mmHg (92 heart beat/min)
    2 : 107/76 mmHg (92 heart beat/min)
    3 : 116/77 mmHg (?? heart beat.min)



    MEASURING CHOLESTROL LEVEL


    UHUUUU :"( sakit :P 
    Later

    Saturday, February 5, 2011

    What.... What.... What.... WTH!


    Harini baru perasan, dalam beribu ribu lagu dalam iTunes, lagu Avril Lavigne takde langsung! hoho
    Kesian Avril... Dulu suka betul nyanyi lagu dia siap buat Ujian Lisan Bahasa Inggeris lagi tau masa Form 1.



    Maka macam biasa, mestilah wajib download semua lagu, semua album!
    Hari ni telah mendownload 4 buah album beliau sekaligus!!!

    1. I'm With You
    2. Too Much To Ask
    3. Unwanted
    4. Losing Grip
    5. Complicated
    6. Naked
    7. Sk8er Boi
    8. Mobile
    9. Tomorrow
    10. Things I'll Never Say
    11. Nobody's Fool
    12. Get Over It
    13. Forgotten
    14. Freak Out
    15. Nobody's Home
    16. Slipped Away
    17. Take Me Away
    18. Together
    19. Don't Tell Me 
    20. Fall To Pieces
    21. He Wasn't
    22. How Does It Feels
    23. My Happy Ending
    24. Who Knows
    25. Keep Holding On
    26. Girlfriend
    27. I Will Be (Bonus Track)
    28. I Can Do Better
    29. Runaway
    30. The Best Damn Thing
    31. When You're Gone
    32. Everything Back But You
    33. Hot
    34. Innocence
    35. I Don't Have To Try
    36. One Of Those Girls
    37. Contagious
    38. I Don't Give A Damn
    39. Think About It
    40. Girlfriend Remix (feat Lil Mama)
    41. Knockin' On A Heaven's Door
    42. Alone
    43. Falling Down
    44. Two Rivers
    Ni album yang bakal release
    GOODBYE LULLABY
    Mungkin pada 8 March 2011

    45. What The Hell
    46. Alice


    Banyaknyeeee.. 
    Dengar ke tak dengar ke... lain cerita 
    Sebab memang hobi suka download album! kahkahkah :)



    Artist of the month:
    Avril Lavigne
    Tukar suara jadi suara Avril Lavigne untuk sebulan! 
    Bye Bye suara high-pitch Adam Lambert!!!